Alhamdulillah, Allah berikan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga untuk menghadiri Majlis Kesyukuran dan Pelancaran Buku Prof Muhd Kamil Ibrahim dan Puan Raudzah@Roza Roslan di Intekma Resort, Seksyen 7, Shah Alam, pada pagi Sabtu ini.
Tidak perlu lagi lah saya memperkenalkan Prof Kamil dan isteri Puan Roza, kerana yakin ramai pembaca sudah pun mengenali mereka berdua... samada melalui blog Prof Kamil, Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan, atau pun melalui blog Puan Roza, Hidup Itu Indah, atau pun melalui ceramah-ceramah atau majlis ilmu yang dianjurkan oleh insan-insan terpilih yang hendak mendengar perkongsian ilmu dari Prof Kamil.
Sepuluh bulan yang lalu, Prof Kamil dan Isteri serta 2 orang anak mereka telah berhijrah ke Madinah. Prof telah mendapat tawaran di Universiti Taibah, Madinah. hujung bulan June 2012, sempena cuti musim panas, Prof Kamil dan keluarga telah pulang ke Malaysia untuk bercuti. Prof tidak membazirkan sedikit pun waktu beliau di sini... ada saja jemputan dan majlis ilmu yang diterima dan perlu di hadiri...Alhamdulilah Prof sentiasa berusaha untuk memenuhi jemputan pembaca2 blog KRTS dan lain-lain...
Pagi ini, Alhamdulillah Prof Kamil dan Puan Roza telah dapat meluangkan waktu untuk membuat majlis kesyukuran dan pelancaran buku-buku beliau dan isteri yang baru dikeluarkan...Saya, suami dan anak bungsu, Hana ..pagi-pagi lagi seawal jam 7.50pg sudah pun berada di Intekma Resort, Seksyen 7.. Kami lihat Prof Kamil dan Puan Roza sudah pun berada di perkarangan Dewan Bestari... Puan Roza sedang melayani beberapa muslimah dan menandatangani buku beliau, BUKAN SEKADAR RESEPI. Lalu saya terus bertemu Prof dan bertanya khabar, dan Prof terus bersalaman dan berpelukan dengan suami... saya dan Hana menunggu giliran sementara orang belum ramai hadir...
Sempat lagi mengambil gambar kenangan dengan Puan Roza di luar dewan.
Minuman
pagi telah disediakan, 2-3 jenis kuih dan teh-O panas... selepas minum
di tepi kolam renang Intekma Resort, kami naik ke atas semula hendak
masuk ke dalam dewan. Diluar pintu dewan kelihatan ramai juga
orangsedang membeli buku-buku Prof Kamil, dan Puan Roza...
dan saya ternampak seseorang sangat familiar! Siapakah beliau? Rupa-rupanya Hana mengenali beliau...itulah AIN MAISARAH! .... Ain juga hadir untuk memberi sokongan kpd Prof kamil dan Puan Roza...
Sempat juga Hana bergambar dengan penulis kesayangannya, Ain Maisarah.
Selepas pelancaran oleh Prof Dr Hatta Azad Khan, Nash juga hadir untuk mendendang lagu evergreen beliau ...walaupun dengan kesihatan yang kurang baik, beliau gagahkan juga diri utk hadir dan memberi sokongan kepada Prof Kamil dan isteri...
Akhir sekali , Prof Kamil tampil ke pentas dan memberi tazkirah dari Madinah...
Terimakasih Prof di atas teguran Prof mengenai aurat, terutamanya aurat wanita, "tudung mak datin". Teguran bersahaja Prof yang membuatkan sesetangah wanita tersentak ... kadangkala kita berfikir kita sudah menutup aurat, namun sedarkah betapa kita masih lagi BELUM menutup aurat SEPENUHNYA..seperti yang dikehendaki dalam Islam ..
Peringatan Prof mengenai solat malam, betapa Allah telah menjanjikan kepada manusia,
Alhamdulillah satu majlis ilmu yang sangat bermakna buat semua peminat-peminat / pembaca buku Prof Kamil dan Puan Roza... diharap bukan dibaca sekadar itu apabila buku ditutup dengan helaian terakhir, maka ia berlalu begitu sahaja ...tetapi ilmu yang akan kekal selama diizinkan Allah... ...Amin.
Terimakasih Prof di atas teguran Prof mengenai aurat, terutamanya aurat wanita, "tudung mak datin". Teguran bersahaja Prof yang membuatkan sesetangah wanita tersentak ... kadangkala kita berfikir kita sudah menutup aurat, namun sedarkah betapa kita masih lagi BELUM menutup aurat SEPENUHNYA..seperti yang dikehendaki dalam Islam ..
Peringatan Prof mengenai solat malam, betapa Allah telah menjanjikan kepada manusia,
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Turun Allah (a.w) ke langit dunia pada tiap-tiap malam ketika habis sepertiga yang pertama malam [yakni waktu selepas tengah malam], (kata Abu Hurairah (r.a) lagi)
telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Maka berseru (Allah (a.w)) dari langit:
‘Aku (Allah (a.w))
Raja bagi segala raja dan kamu sekelian hambaKu, (pertama) sesiapa yang
berdoa kepadaKu (sesuatu), maka Aku makbulkan akan dia, (kedua) sesiapa
yang meminta akanDaku maka Aku beri akandia, (dan, ketiga) sesiapa
meminta ampun akanDaku dosanya maka akan Aku ampunkan baginya’,
maka (Rasulallah (s.a.w) menyambung sabdanya) sentiasalah Dia (Allah (a.w)) berseru sedemikian itu hingga cerah terbit fajar.’
[Hadith hassan lagi sahih riwayat at-Termidzi]
Dan yang akhir peringatan Prof mengenai PUASA, bagaimana kita patut jadikan puasa sebagai amalan , bukan sahaja puasa Ramadhan, tetapi puasa sunat setiap Isnin dan Khamis, dan puasa Nabi Daud.
Apakah puasa Nabi Daud?
Rasulullah bersabda: “Puasa yang paling Allah cintai ialah
puasa Nabi Daud, iaitu dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari.
Solat yang paling Allah sukai ialah solat Nabi Daud, iaitu dia tidur
hingga pertengahan malam lalu bangun mendirikan shalat pada sepertiga
malam dan tidur lagi di akhir seperenam malamnya.” [Shahih al-Bukhari, no: 3167].
Terimakasih Prof dan Puan Roza... dan semua mereka yang hadir pada pagi ini di Intekma Resort..







dah lama tak baca buku walaupun rajin ke toko. lama sejak terpaksa guna cermin mata...he..he..
ReplyDeletetadi dalam fb nampak juga gambar sahabt berjumpa prof kamil dan isteri di sini.
ReplyDeleteharap dapat jumpa proff di madinah mac nanti
DeleteSubhanallah! MasyaAllah! Saya memang selalu terkesan bila membaca buku2 Prof. Kamil esp. Travelog Haji,50 TipsMotivasi Haji etc..& yg recently Bersyukur Saat Diuji..memang phenominal! Sebak, lump in throat, airmata yg tak pasti kenapa terus membasahi.. membuat hati terlalu rindu pd Mu ya Rabbi, rindu pd Manusia Agong Nabi Muhd saw..prof dpt membawa kita kedimensi yg dpt diukir dgn kata.. Allahuakbar! terasa juga layakkah aku kesyurga Firdaus mu Ya Rabb..semuga Allah merahmati Prof. Kamil & wife & family.. hasnah, Tampines, s'pore
DeleteBegitu rencanaNya tanpa diduga..Travelog haji..saya beli utk perpustakaan sek.dlm hambatan masa,buku tu sy.bw kemana2,ada kelapangan,sy buka dgn ghairah sekali,ulang2 bc.,tanpa diduga,dlm th yg sama,sy terpilih menjadi tetamuNya melalui ibu,sdngkan simpanan jauh dari mencukupi
ReplyDeletebeh nyer... saya juga baru berjinak membaca buku2 prof suami isteri.. terkesan
ReplyDelete