Saturday, July 7, 2012

Sham Kamikaze


Malam semalam di Surau At-Taqwa berdekatan rumah saya, satu forum telah di adakan dgn panelnya terdiri dari Ustaz Halim Din, Ustaz  Ghazali Omar dan Bro Sham Kamikaze.Tajuk forum ialah "Islam, Hiburan...Fitrah Manusia"

Kesimpulan yang boleh saya buat ialah suatu forum yang sangat menarik, memberi penerangan yang jelas antara kaitan Islam dan hiburan, dan bagaimana adalah secara semulajadi manusia memang sentiasa memerlukan hiburan dalam hidup mereka. Cuma hiburan yang bagaimana perlu diambil dan mestilah mematuhi hukum syarak. Ustaz Ghazali Omar menyatakan beberapa point (oleh Syeikh Yusof Qardawi) yang mesti di patuhi oleh manusia dalam berhibur...di antaranya :
 1. lirik lagu yang dinyanyikan mestilah mepunyai pengajaran,bermakna dan memberi kesedaran kepada pendengar, tidak mengandungi kata-kata yang berunsur seks, lucah dan menaikkan syahwat.
 2. walaupun lirik telah mematuhi syarak, namun begitu cara penyampaian juga mestilah mematuhi syarak juga...Ustaz bagi contoh dengan mengatakan, jika lirik sudah bagus, tetapi penyanyinya pula berpakaian seksi , tidak menutup aurat ...atau pun berjoget bergoyang pinggul dengan cara yang menggoda (cth Goyang Gerudi dangdut si Inul) .penonton yang melihat boleh terangsang nafsu syahwat juga , maka hiburan spt itu TIDAK dibenarkan sama sekali ..

Bro Sham Kamikaze pula lebih kepada menceritakan pengalaman-pengalaman beliau yang lama berkecimpung dalam dunia hiburan ...dan peristiwa2 bagaimana beliau telah mendapat hidayah dari Allah SWT dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar...kenapa beliau telah menolak hiburan ...

 (cantuman mutiara kata dr 3 guru kita~Sanusi Shaari - FB)
"DUNIA x pernah berhenti pujuk kita cintakannya..-uHD" (padahal) "ISLAM bukan agama khayalan tp berpijak kpd realiti..-uGO" (maka) "hati2lah dgn doktrin yahudi yg unsur HIBURANnya x kan habis..-SK"

we r having fun in "ISLAM, HIBURAN...Fitrah Manusia" ..coz Islam is truly wonderful! alhamdulilLah;)
Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan Hidayah kepada kita semua ...Ameen.

No comments:

Post a Comment

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....