
26 Mac 2007 - Tiada berjalan kemana-mana, lepak di apartment Asma'. Membasuh kain-baju yg telah dipakai sejak seminggu lalu menghadiri konferens dan jelajah Jordan. Kemas-kemas bilik Asma' dan menjenguk e-mel yg sejak seminggu lalu tidak dibaca.
27 Mac 2007 - Hajat di hati ingin menjenguk fakulti IT di JUST dan berjumpa dgn Dr Eyas, iaitu Pengerusi Konferens DCCA2007. Sementara itu boleh jalan-jalan kampus JUST kerana tempohari semasa jalan dgn Besse dan Maryam cuaca mendung dan hujan. Hari ini cuaca kelihatan panas dan berangin.
Di hadapan logo dan pintu gerbang JUST, bersama Asma' Haslan(my daughter) dan Asma' Khalid

Waktu ini adalah musim bunga. kelihatan di mana-mana kuntum-kuntum bunga sudah mula berkembang.

Pokok bunga ini kelihatan seperti pokok bunga kobis tetapi berwarna-warni sangat cantik

Di hadapan mesjid dalam kampus JUST

Hospital Universiti King Abdullah di belakang


Hospital Universiti King Abdullah di belakang

Bersama-sama Dr. Eyas, pengerusi konferens DCCA2007 di pejabat beliau di JUST.
No comments:
Post a Comment