Thursday, May 17, 2007

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul II

30th March 2007 - Jejak Sahabah & Rasul II

Hari terakhir ku di Jordan!

Flight pada pukul 4 ptg berlepas dari Queen Alia International Airport di Amman, Jordan.
Luggage telah selamat dikemas, Alhamdulillah akhirnya dpt juga memasukkan hampir semua barang2 yg dibeli untuk dibawa balik ke Malaysia. Saya katakan "hampir" kerana ada juga sedikit barang2 yang tidak dapat dibawa balik kerana tak muat beg dan juga kerana rasa dah berat sangat...contohnya: 4 pasang baju kurung ku terpaksa ditinggalkan, (bagi Asma' saja pakai), 2-3 helai blaus (pun bagi Asma' saja...kalau dia muat lah...) dan souvenirs yg kubeli untuk diri ku sendiri...(ini tak pa lah...nnt suruh Asma' bawa balik bulan Ogos apabila dia balik cuti nanti...InsyaAllah...)

Hati berasa sayu kerana selepas 2 minggu berada di Jordan, bersama-sama Asma', hari ini adalah hari terakhirku bersamanya di sini....Asma' juga kelihatan sedih, tapi tabah menghadapi saat-saat ini.


Tepat pukul 9pg teksi yang dipandu oleh Hisham (saudara Dr Eyas dan yang membawa ku menjejak sahabah antaranya Mu'adz bin Jabal) pun tiba di hadapan apartment Asma'. Aku sebenarnya ingin melawat Makam Nabi Syu'aib sebelum bertolak balik. Oleh itu, Hisham pun bersetuju akan membawaku melawat beberapa makam para sahabah dan Nabi Syu'aib sebelum menghantarku ke airport.

Kami bertiga (Asma', Nad rakan serumah Asma' dan aku) ..pun menaiki teksi....
... Selamat tinggal Irbid....


Kami menuju ke Amman melalui jalan kampung di sebelah barat Jordan melalui North Shuna dan Jordan Valley. Kawasan Jordan Valley meliputi kawasan di baratlaut Jordan, bersempadan dgn Syria di utara dan Israel di barat.


Ianya adalah sebuah kawasan yang sangat subur dipenuhi dgn ladang2 sayur-sayuran dan buah-buahan yang sayup mata memandang sepanjang-panjang perjalanan. Di antaranya ialah kurma, lemon, anggur, pisang dan pir. Lembah Jordan bukan sahaja subur di Jordan, tetapi suatu masa dahulu disebut sbg sebuah kawasan yg subur di Timur Tengah.

Jalan ini menyusur disepanjang sempadan Jordan dgn Israel. Kelihatan juga Golan Heights yang ditakluki Israel pada tahun 1967 daripada Syria.






Jalan ini akan melalui makam sahabat Mu'adz Bin Jabal, oleh itu Hisham kata akan singgah di makam tersebut. Walaupun aku baru sahaja pergi ke sana beberapa hari lepas, tetapi Asma' dan Nad belum pernah berkunjung ke sana. Kebetulan sudah lalu di sini, maka Hisham akan singgah juga untuk memberi peluang kpd Asma' dan Nad melawatnya. Tambahan pula apabila Asma' mendengar cerita ku bahawa makam Mu'adz Bin Jabal sangat harum baunya. Ialah...beliau adalah antara 10 orang sahabat yang telah dijanjikan syurga.


Kami tiba di perkarangan mesjid Mu'adz Bin Jabal dalam pukul 10 pagi, tetapi makam tersebut belum dibuka kerana hari ini ialah hari Jumaat. Hari Jumaat merupakan hari cuti di Jordan. Oleh itu, kami tidak dapat tunggu lama, bukan rezeki Asma' dan Nad. InsyaAllah lain kali mereka boleh berkunjung ke sana bersama kawan-kawan yang lain (InsyaAllah 4 tahun lagi di Jordan).

Kami meneruskan perjalanan menuju ke makam sahabah Syurhabil Bin Husna (dlm entry berikutnya).

5 comments:

  1. Salam perkenalan buat Norazzah...terima kasih kerana berkunjung ke blog akak...wah!! nurazzah pi Jordan ye...seronok ye dpt tengok tempat orang...thanks for all the photos...

    ReplyDelete
  2. Kak Lady,

    Salam Perkenalan kembali. tgk akak ada buat business jugak ye.. kira businesswoman lah... tgk masakan akak pun geram jugak..saya nih taklah pandai sgt masak..tambahan lagi kerja.. harapkan maid aje.. sesekali kalau ada masa lapang boleh jugak try resepi baru...
    Pi Jordan tu sebab attend conference, kebetulan pulak anak saya Asma' pun belajar kat situ, so makan angin sekali la....tapi mmg seronok sungguh dpt pergi sana, esp bila melawat makam2 para sahabah dan nabi... terharu sungguh...
    yg paling best dpt berkenalan dgn rakan blog anak saya LUJ, rupa-rupanya kami pernah jumpa semasa sama2 belajar kat USA dulu...Jejak Kasih gitu lah..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt

    Mmm..orang tu dah addict blogging ke? Kenal tak I,rakan sekerja sekejap kat UiTM, tapi sekarang kat UK.

    ReplyDelete
  4. zlaa,
    so sorrryyy...memory nih dah berkarat sikit..atau pun kalau ikut term komputer, memory nih memory lama masih 256MB lagi... belum update 1 GB lagi...
    update la lagi berkenaan diri you...IA mesti ingat....

    ReplyDelete
  5. Cantiknya pemandangan.

    Mu'adz bin Jabal seorang lagi sahabat Rasulullah SAW. Al fatihah.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....