Wednesday, May 2, 2007

22nd March 2007 Ashabul Kahfi

22nd March 2007 Ashabul Kahfi

Surah Al-Kahfi:

Pagi selepas Ina menghantar anaknya menaiki bas ke sekolah, kami menaiki
teksi menuju ke KAHF AR-RAQIM. Ia merupakan lokasi sejarah yg mengaitkan kebenaran ayat2 Al-Quran.










Surah Al-Kahfi: 9 - 26 menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yg beriman kpd Allah melarikan diri ke sebuah gua drpd seorang raja yg zalim dengan seekor anjing dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun sehingga mereka tidak dpt bangun dgn suara apapun.


Dipercayai tempat anjing pemuda Ashabul Kahfi ditanam


Apabila mereka bangun, salah seorang dr mereka keluar utk membeli makanan dan mendapati zaman tersebut tlh berubah dan duit mereka tidak laku pd zaman tersebut. Pemuda itu kembali ke gua dan mereka dimatikan oleh Allah SWT di dlm gua tersebut.

Ahli sejarah Islam dan Barat tlh lama menjlnkan kajian di manakah tmpat
berlakunya kisah Ashabul Kahfi ini. Para pengkaji Islam menjadikan Al-Quran
sbg sumber rujukan manakala yg lain mempercayai kisah ini berdasarkan

kitab Bible.

Bilakah ia berlaku?

Pandangan pertama menyatakan kisah ini berlaku pd zaman Maharaja Rum Daqyanus atau Decius yg menguasai Amman memerintah sekitar tahun 249-251 M. Daqyanus terkenal sbg maharaja yg amat memusuhi agama Nasrani dan menyeksa pengikut2nya. Pemuda2 tersebut dikatakan bangun ketika zaman Theodicius II yg memerintah antara tahun 408 - 521M.

Pandangan kedua berpendapat bahawa kisah ini berlaku pada zaman
penguasaan Maharaja Trajan. manuskrip sejarah membuktikan bhw diktator ini menyembah berhala dan membunuh sesiapa sahaja yg menentang tuhan2nya sehinga Trajan mengeluarkan peraturan berhubung dgn perkara tersebut. Siapa yg beriman selain Tuhan yg dia sembah, mereka akan dibunuh. Tempoh penguasaan Trajan ialah di antara tahun 98 - 117 M. Pemuda2 beriman tersebut dikatakan terjaga dari tidur lama mereka pd zaman Theodicius yg memerintah antara tahun 408 - 450 M.

Dimanakah ia berlaku?

Terdapat pandangan yg mengatakan Gua ini terletak di Syria, Turki dan Arab Saudi selain dr di Jordan. Di Turki sahaja terdpt 5 lokasi gua yg dikaitkan dgn kisah Ashabul Kahfi, 3 drnya terletak di Mardin, Tarsus dan Ephesus.


Namum gua di Jordan adalah yg paling menepati ciri2 berdasarkan ayat Al-Quran Surah Al-Kahfi ayat 17 (yg bermaksud) : "Dan engkau melihat ketika matahari terbit, condong ke arah mereka disebelah kanan dan ketika matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri, sedangkan mereka berada di tempat yg luas di dlm gua itu"


Keadaan gua Ashabul Kahfi di Amman, Jordan seperti menyamai ayat di atas kerana disitu terdapat sebuah lubang dari atas gua yg dimasuki cahaya matahari ketika terbit dan ketika terbenam berada ke arah pintu gua. (saya dan rakan melawat gua ini di waktu pagi dan ketika itu mmg saya perhatikan arah matahari terbit adalah disebelah kanan gua ini),
manakala bentuk gua di Amman adalah luas di dalam nya.

Surah Al-Kahfi ayat 21 (yg bemaksud): " ketika org2 itu berselisih ttg urusan mereka, org2 itu berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di atas gua mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui ttg mereka" Org2 yg berkuasa atas urusan mereka berkata" "Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah
peribadatan di atasnya"

Di atas gua Ashabul Kahfi di Amman terdapat rumah ibadat yg dibina ketika zaman tersebut iaitu dibina oleh ahli2 Kitab. Ketika mana zaman pemerintahan krjaan Umawiah rumah ibadah tersebut dijadikan mesjid.

Bukti2 kajian arkeologi turut menyatakn bhw di Amman tmpat berlakunya kisah ini. Antara bukti2 yg ditemui ialah: terdptnya tulisan pd lengkungan pintu di dinding sebelah timur yg menyatakan mesjid diperbaharui pd tahun
117H yg merujuk kpd zaman Hisham bim Abdul malik bin Marwan.


Terdpt juga tulisan yg ditemui dlm khat kufi dgn mengisyaratkan bhw mesjid kedua di Ashabul Kahfi di perbaharui pd zaman Khomaruniah b Ahmad Thoulun dlm krjaan Abbassiyah. Mesjid kedua ialah mesjid yg berada di hdpn gua yg dibina selepas mesjid pertama yg terletak di atas gua.


Kesan lain yg ditemui ialah NAWAWIS yg terdpt padanya bintang segi lapan yg membuktikan tanda zaman krjaan Rom-Byzantium pd kurun ke-3 M. Selain drpd itu, para arkeologi juga menemui rantai,gelang dan manik dari pelbagai zaman. Duit tembaga dan perak dr zaman Rom-Byzantium, Umawiyah, Abassiah dan Uthmaniyyah turut ditemui di dlm gua dan sekitarnya. Ini sekaligus mebuktikan bhw lokasi sejarah ini tlh menjadi tumpuan sejak zaman-berzaman.


Perbincangan mengenai bila dan di mana ia berlaku akan terus berpanjangan, Apa yg penting utk kita ialah pengajaran dari kisah ini di mana org yg kuat imannya akan sentiasa diberi perlindungan oleh Allah SWT.

1 comment:

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....