Tuesday, May 22, 2007

30th March 2007 - Saat -saatTerakhir di bumi Jordan

30th March 2007 - Saat -saat Terakhir di bumi Jordan

Selepas melawat makam Bilal Bin Rabah, kami pun terus menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, di Amman. Kami sampai lebih kurang pukul 3:00 ptg. Cukup masa untuk ku check-in sebelum penerbangan ku pd pukul 4:30ptg.







Namun begitu sebaik sahaja aku meletakkan beg di atas troli, Hisham bertanya kepada salah seorang pekerja yang mengumpulkan troli2 di lapangan terbang tersebut mengenai penerbangan ku, iaitu Qatar Airways.




Oh...flight ku telah di tunda 1 jam lewat! bermakna ianya akan berlepas pada pukul 5:30ptg.. kalau ku tahu memang kami akan tunggu semasa di mesjid Nabi Syu'aib, sehingga selepas habis solat Jumaat. Supaya kami dapat masuk dan melihat makam Nabi Syu'aib dengan lebih dekat lagi...

Tapi itu kita manusia hanya merancang, Allah yang menentukan.





Queen Alia International Airport, Amman, Jordan







Namun begitu, aku mengambil kesempatan itu untuk meluangkan masa bersama-sama Asma'.

Kami menunaikan solat jamak Zuhur dan 'Asar di bilik sembahyang yang disediakan di lapangan terbang tersebut.

Duduk menunggu waktu untuk check-in. Di airport ini berlainan dgn KLIA, jika kita sudah check-in barang2 maka kita tidak boleh lagi keluar menemui sesiapa yang menghantar kita. Check-in dan terus menunggu di gate untuk boarding.

Dan akhirnya....bye..bye Asma'... InsyaAllah panjang umur dan diizinkan Allah kita akan berjumpa lagi.. Asma' paling tabah aku perhatikan, dia tidak menangis, mungkin menahan dalam hati, sedangkan aku yang menangis... kerana sedih akan meninggalkan anakku di sini. Namun aku kuatkan semangat.

Kembara Asma' bukan sebarang kembara, tapi kembara menimba ilmu.... seperti lagu nasyid ini... 

Kembara Ilmu

kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

9 comments:

  1. salam,

    Salam kenal kak.
    saya blog hop drp blog sis Sarinah (Loveujordan). Kagum baca komen akak kat blog dia dlm entri terkini. Terus tergerak hati ingin mengenali wanita berjiwa tabah ini. Msuk sini pula, Allahuakbar, menarik hati saya nak ke sini kerap lagi. :D

    Moga anak2 saya pun boleh belajar tinggi2 mcm anak akak :D.

    ReplyDelete
  2. Kaklong,
    Terimakasih kerana sudi singgah. Sebenarnya akak buat blog ini sekembalinya dari Jordan. Bukan apa, saja nak mengabadikan pengalaman akak mengembara ke bumi para anbiya'. Kalau tak buat blog ini, nanti lama-lama akan lupa.
    Tambahan pula ramai rakan2 sekerja suruh akak cerita pengalaman akak men'jejak' sahabah dan rasul. Penat akak nak ulang-ulang cerita pada setiap sorang rakan-rakan, tu yg mendorong akak terus buat blog ini. Akak beritahu mereka, kalau nak tahu cerita, baca blog akak... dia orang pun suka sbb siap ada gambar sekali.
    Berkenaan diri akak, nothing extraordinary. Akak macam org lain juga, except akak selalu kena tinggal sorang2 sehingga skrg akak mungkin dah lali dgn keadaan ini. Untuk mengubat hati ini, selalu berkata, "Allah sentiasa bersama orang2 yg sabar dan sentiasa mengingatiNya".
    Alhamdulillah anak2 selalu support me.
    InsyaAllah, anak2 you akan berjaya hingga ke peringkat tertinggi.
    Ameen.
    p/s: Sudilah berkunjung lagi. Kecil tapak tangan, satu blog akak tadahkan...;-)

    ReplyDelete
  3. Nurazzah8...bestnya ade anak belajar oversea...sesekali bila rindu dptlah berkunjung...lebih2 lagi kalau belajar di Timur Tengah macam Asma...dpt pula melawat bumi Ambiya'...memang satu perjalanan yang tak mungkin dpt dilupakan...

    Membaca komen nurazzah di atas...samalah kita menulis blog untuk mengabadikan cerita kehidupan akak untuk anak2....

    ReplyDelete
  4. salam,
    semalam nak komen tak boleh....

    I pulak yang sebak tengok n3 ni... yelah kita ibu yang nak meninggalkan anak memang sedih dan sayu..tapi relakan mereka menuntut ilmu demi masa depan mereka juga...

    I setakat ni tak pernah menitiskan air mata walaupun setitik semasa anak-anak fly sambung belajar... cuba tabah kan hati tak nak bagi mereka sedih....lepas balik rumah baru berterabur air mata sehari tak boleh henti...sayu, rindu dan segalanya .

    jemput datang lagi.....miss you.

    ReplyDelete
  5. kak lady, Alhamdulillah Allah murahkan rezeki saya nak ke Jordan. Sebenarnya ceritanya begini: saya sedang mencari2 International Conference(dlm bidang IT) yg boleh dihadiri utk membentang hasil kajian PhD saya. Ada beberapa pilihan masa tu, samada nak pergi Down Under, Europe atau Mid East. Tiba2 Asma' beritahu JUST ada anjurkan satu conference IT (JUST-Jordan Uni of Science & Tech- tmpt Asma' belajar) dan sedang Call-For-Papers. Apalagi...tidak mahu melepaskan peluang keemasan! Kill two birds with one stone... Sambil present paper for conference I boleh melawat anak I sekali...
    Anyway..semua ini adalah perancangan Allah jua.. di sana jua saya dpt bertemu Ina @ loveujordan (kebetulan Ina rakan blogger Asma' juga)... dan paling manisnya sebenar I dgn Ina pernah bertemu semasa kami sama2 belajar di USA pd tahun 80an dahulu...
    U boleh baca dlm previous n3 Ina bwk I ronda-ronda Amman, siap tidur kat rumah dia sekali. Masih terbayang lagi saat-saat bersama-sama Ina.
    InsyaAllah one day kita akan bertemu di alam reality juga... ada juga singgah sekali sekala ur blog... kak lady pandai masak..nnt boleh la I belajar dari u...

    ReplyDelete
  6. loveujordan,
    Waktu itu cuba sedaya upaya tak nak menitiskan airmata, tapi tak boleh tahan. Pecah juga empangan air mata ini... Namun terpaksa tabah dan redha dgn segalanya...hurm..terpaksa berpisah dgn suami, dgn anak..hanya dunia Cyber yang menghubungkan kami...Syukur dgn kemajuan IT. Kalau mcm zaman kita dulu tak tahu lah... surat pun berbulan baru sampai, nak talipon tu setahun sekali ..

    ReplyDelete
  7. kui3..abesla blog umi da rmai peminat plak..haha..makin aktif la umi join makcik2 blogger nih...hahaa...jgn lupe siapkan thesis sudah!!!dorg tuh rmai surirumah jek xpela ngadap blog 24/7..hahahah......
    *umi jgn mrh..men2 jek
    doakan klong exm besok...mase anta umi tuh mmg xleh nk nanges..sbb airport joden cm xbes nk nanges kot..kt klia dlu cm bes..huhu..tp blk umh jek tros nanges terigt ummi.............hehe

    ReplyDelete
  8. Saya tertarik hendak membaca riwayat hidup Bilal Bin Rabah. Nurazzah ada bukunya?

    ReplyDelete
  9. Pak Latip, insyaAllah saya cuba carikan ... saya ada buku sirah para sahabah (3 jilid) tapi dalam bahasa Inggeris...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....