
Sebelum saya sampai ke Jordan, Ustaz Zaimuddin, atase pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia di Amman, Jordan telah menulis e-mel kepada saya meminta saya memberi satu ceramah motivasi kepada pelajar Medic di JUST semasa saya berada di sana nanti.
Hati ini merasa agak cuak juga kerana tidak berpengalaman memberi ceramah motivasi. Namun begitu tidak sampai hati menolak permintaan Ust Zaimuddin. Saya maklumkan saya akan cuba sedaya-upaya untuk meluangkan waktu di celah-celah kesibukan pelajar-pelajar tersebut dengan kelas dan exam. Saya juga maklumkan kepada Ust Zaimuddin bahawa saya akan melakukannya secara informal sahaja. Ust Zaimuddin juga menyarankan saya memberi ceramah tersebut
kepada pelajar perubatan tahun 2 (satu batch Asma').2-3 hari sebelum bertolak, masih belum berjumpa apakah topik yang akan kusentuh dalam "borak-borak motivasi"( Tidak mahu menganggapnya sebagai satu ceramah...)
Masih lagi mencari topik yang sesuai dengan pelajar perubatan ini. Dalam hati berkira-kira, selalu bagi lecture dalam kelas untuk pelajar Sains Komputer, ini pelajar perubatan...Aduish.. apakah yang hendak kusentuh....????
Sehari sebelum bertolak, sedang aku melayari internet, tiba-tiba terbaca satu artikel .... Hurm.. hati berkata-kata, "Mungkin topik ini sesuai utk pelajar-pelajar ini...."
Topik yang akan saya sentuh ialah berkenaan "Krisis Sikap di Institusi Kesihatan Malaysia" yang saya petik dari hidayahnet · eGroup For The Muslim Ummah (Malay)
Asma' mencadangkan kepada kawan-kawannya "Borak-borak motivasi" ini akan diadakan pada malam ini di apartment Asma' sahaja (pelajar perempuan sahaja). Lebih kurang dalam 20 orang pelajar yang datang pada sesi "Borak-borak Motivasi " ini.

Akhirnya, sesi "Borak-borak Motivasi" ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.
Selepas tamat sesi tersebut, kami adakan Happy Advance Birthday (birthday Asma' 7 April, satu minggu lagi, dan waktu itu, saya telahpun pulang ke Malaysia). Oleh itu, dengan kek yang di taburi dengan melted cheese, yang disediakan oleh Fadhilah Zulemly (pelajar perubatan tahun 4 dan senior Asma' semasa di sekolah menengah dahulu), Asma' pun memotong kek tersebut...
Hurm... tak sangka saya telah pun mempunyai anak yang berumur 20 tahun!!! Bermakna umur saya........ ;-)
"Happy 20th Birthday Asma'"
No comments:
Post a Comment