Tengahari tadi Zubair kelihatan resah, dia selalu cakap, "Ummi, adek tak tahu nak buat apa lah...boring lah ummi" Keadaannya masih lagi belum recover 100%.
Masih ingat-ingat lupa...dan dia tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara dalam waktu yang lama... sekejap aja tengok TV dah cakap, "Adek penat lah ummi", begitu juga apabila dia cuba bermain game komputer. Apatah lagi jika membaca buku-buku novel sejarah Islam yang sebelum ini sangat suka dibaca. Sekejap aja dah cakap rasa penat...
Lalu ummi pun tanya, "Zubair nak jalan2 kat Tasik tak?..kita tengok ikan kat Akurium?"
Zubair jawab, "Apa-apa ajelah ummi.." Lalu ummi pun ajak Abg Ammar dan Hana' teman ummi bawa Zubair ke Taman tasik Shah Alam.
Dalam perjalanan tu kami singgah beli makanan dan minuman sikit untuk Zubair.
Sedapnya McFlurry Oreo!
"Adek..senyum dek..Ummi nak ambik gambar"
Selepas makan dan minum , sekejap aja Zubair dah cakap.."Adek penatlah ummi, nak tidur"
Selepas tidur, terus balik, nak ajak pergi Akuarium tengok ikan pun dia dah tak mahu sebab dah penat katanya.
InsyaAllah, semoga cepat sembuh anak ku...



mc flurry!!!
ReplyDeletefavvy cik ana tuh!! hihi
syukur alhamdulillah .. zubair sudah boleh keluar jalan2.
ReplyDeletesalah satu kebahagiaan berkeluarga ialah bila melihat anak tersenyum riang..
ReplyDeleteinsyaAllah.. zubair dah semakin sembuh tu.. alhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulillah dah boleh senyum. Berkat doa umi dan seisi keluarga insya-allah Zubair akan kembali seperti sebelum ini.
ReplyDeletep/s: suka tengok cara Zubiar dgn Mc-flurry oreonya. Hm...sedap....
Azzah,
ReplyDeleteInsyaAllah, akan sembuh sepenuhnya.
Kami sama-sama doakan.
Sevendrops
waaa suka
ReplyDeleteKee follow and terjah sini balik.. Jzk singgah ye..
ReplyDeleteKee doakan anak ukhti cepat sembuh.. :)
adek boring tewww.. adek nak adek baru tewwww.. ekeke
ReplyDeletesinggah2 kat sini lak
ReplyDeleteAlhamdulillah Zubair dah boleh jalan2 di luar w/p belum pulih sepenuhnya.
ReplyDeleteTakpelah kalau dia penat bagi dia berehat. Lepas tu bila dah segar, boleh teruskan dgn aktiviti lain.
Adam pun makan McD kat tempat tu. Kat dalam sampan tu to be exact sementara menunggu kakaknya habis kelas semester lepas.
ReplyDeleteLain kali bolehlah Adam jumpa abg Zubair kat situ. Kita berkelah sama2 hehehe