Tuesday, January 25, 2011

Lelaki Budiman?

Tengah sarapan sambil tengok MHI...ada topik yang dibicarakan mengenai LELAKI BUDIMAN. 
Bagaimanakah seseorang lelaki itu boleh dikatakan sebagai seorang lelaki budiman?? Apa LELAKI BUDIMAN? atau dalam bahasa Inggerisnya, GENTLEMAN.

Ada yang memberi pendapat, lelaki di Malaysia ni memang rata-rata KURANG atau TIDAK BUDIMAN! Haaaa...lelaki semua...silalah berikan pendapat anda?
Mengapa mereka berkata begitu? 
Sebab:
1) Lelaki Malaysia TIDAK PERNAH / TIDAK PEDULI hendak membukakan pintu kereta untuk kaum wanita semasa hendak naik atau turun kereta.
2) Lelaki Malaysia TIDAK PERNAH / TIDAK PEDULI hendak membukakan pintu  untuk kaum wanita semasa hendak masuk/keluar dari sesuatu bangunan.
 3) lain-lain

Ini jika dibandingkan dengan lelaki dari negara Barat sana...
Apa pendapat anda?

2 comments:

  1. As-salam k azzah..

    Pengalaman sy, ade gak jumpe lelaki yg buke kan pintu kete atau pintu nak masuk sesuatu bangunan.. ade...

    ReplyDelete
  2. ada masih ada, dalam satu ofis 10 orang, dapatlah sorang yg gitu.

    yg bila nampak kita bawa barang berat dia tolong.

    yg bila beratur ke apa, kita diutamakan.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....