Monday, January 24, 2011

Pantang Maut Sebelum Ajal

Pantang Maut Sebelum Ajal

Penah dengar pepatah ini? Mungkin pernah mungkin tidak pernah...
Peristiwa ini berlaku semasa saya dan keluarga pergi melawat kakak saya yang sakit di hospital KPJ Seremban.  Bukan...bukan mengenai cerita kakak saya yang sakit, tetapi peristiwa yang berlaku semasa dalam perjalanan ke sana...
Sejurus selepas kami exit tol Seremban, selepas trafik light yang pertama ...van kami pun bergerak perlahan-lahan menuju ke arah bandar Seremban...kereta memang banyak kerana kami baru sahaja melepasi trafik light..kami berada di lane sebelah kiri. Waktu itu saya perasan ada seorang penunggang motorsikal di sebelah kanan van kami , kiranya dia berada di antara van kami dan kereta sebelah kanan. 
Kami memang bergerak perlahan, oleh itu kereta di sebelah kanan dan penunggang motorsikal tersebut bergerak lebih laju dari kami, memotong kami dan sudah berada lebih ke hadapan dari kami. Tiba-tiba sahaja saya pun tak tahu bagaimana ia berlaku, mungkin motorsikal tersebut terlanggar cermin sisi kereta tersebut, lalu motorsikal tersebut hilang kawalan dan terus terpelanting ke sebelah kiri (bermakna jatuh ke laluan kami di sebelah kiri).  
Saya terus terjerit menyuruh suami brek dengan cepat. Apalagi suami saya pun terus menekan brek dan van kami berhenti betul-betul hanya 1 inci SAHAJA di hadapan motorsikal yang jatuh menghempap penunggangnya !!!!
Ya Allah!!!! Syukur sekali.... Saya tak dapat bayang bagaimana jika suami tidak sempat brek dan melanggar penunggang tersebut yang sudah tersepit di bawah motor tersebut!!!! Dan kami dapati penunggang tersebut adalah seorang remaja PEREMPUAN!!! Ya Allahhhh...Syukur Alhamdulillah!!!! 
....
Alhamdulillah penunggang tersebut selamat....boleh bangun dan terus duduk di sebelah kiri bahu jalan...

Ini lah yang ditakdirkan, bahawa penunggang ini terselamat ...
Pantang maut Sebelum Ajal.


6 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Azzah

    Alhamdulillah syukur

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. salam


    sib baik tak jadi apa apa

    ReplyDelete
  3. Syukur...

    untuk k azzah: http://nurhafiz2009.blogspot.com/2011/01/k-azzah-azah-aziz.html

    ReplyDelete
  4. syukur...tak apa-apa

    memang betul tu.. pantang maut sebelum ajal, mesti remaja tu bersyukur sesangat

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....