Thursday, January 6, 2011

Syukur ALhamdulilah!

 Perkembangn terkini anak saya, Zubair. Alhamdulillah dia sudah sedar dan sudah boleh bercakap.  Namun begitu perlu selalu bercakap dan berbual-bual dengan dia agar ingatannya kembali pulih seperti sediakala.
Yang paling saya syukur sangat-sangat dia kenal saya  sebagai umminya apabila ditanya..syukur Alhamdulillah.
 Ini tatkala dia masih belum sedar sepenuhnya.
 
Ini pula ialah luka dan jahitan dikepala Zubair. 
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jazakumullahu khairan kathira, semoga Allah membalas kebaikan anda semua, yang tidak putus-putus tolong mendoakan agar anak saya kembali sembuh dan pulih seperti sediakala. Banyak panggilan dan sms (ada antaranya tidak dapat saya balas kerana waktu itu sedang menguruskan hal anak saya) yang saya terima. Begitu juga emel, komen dsbnya... tidak lupa kunjungan dan lawatan oleh jiran-jiran, kawan2 semua yang prihatin...sangat-sangat saya hargai.
Yang paling saya hargai, kakak saya yang saya panggil kak Long, dan anak-anak beliau yang sanggup datang dari Nilai, walaupun beliau penat baru balik kerja, tapi sanggup menunggu bersama-sama saya memberi sokongan moral di ER di Hospital Sg Buloh sehingga pukul 1 pagi.  Begitu juga Abang Ngah dan kakak ipar sekeluarga yang datang dari Johor Bahru, membawa emak saya (nenek Zubair) datang melawat di hospital.
SilverSarina, atau sekarang sudah ada blog baru dan dikenali sebagai WanMommy, blogger pertama yang saya contact semasa di ER DEMC menunggu result CT Scan, memohon beliau maklumkan kepada rakan bloggers/FBians yang mengenali saya agar mendoakan kesihatan anak saya.  Jazakillahu khaitan kathira Rina, sentiasa prihatin dan mengambil tahu perkembangan terkini anak saya, utk di update kepada rakan2 yang lain..
Yang paling saya terkejut dan tidak sangka, mendapat panggilan dari Simah, seorang blogger yang bermastautin di Turkey. Walaupun kami tidak pernah bertemu muka dan beliau sudah lama tidak update blog, tetapi kami masih berhubung di ruangan FB. 

Begitu juga sms dari Kak Elle, dari Singapura, dan msg dari Neeza, nun jauh di Saudi.   Babazahra' yang bekerja di Libya (tapi skrg sedang bercuti di tanahair),   zlaa dan D dari UK,
Walaupun masing-masing dah tak aktif berlogging, tetapi masih berhubung di FB. Abang Long yang bersusah payah bersama anak-anak tahfiz bersolat hajat, ummi365, Kak Nong, Mulan , Kak Zakie, yang sentiasa tinggal komen di blog, bloggers dan juga rakan sekerja, Sevendrops, waterlily dan Dr Naimah, dan ramai lagi bloggers lain yang tidak sempat saya nak sebut satu-persatu nama-nama anda....(jangan kecil hati ya...you're always in my heart!)

Sesungguhnya ukhuwwah antara kita, bloggers dan FBians, walau di mana anda berada di muka bumi ini, sangat kuat... itulah kuasa dunia alam maya ini. Jika kita berkawan dengan ikhlas dan jujur, dan mengambil perkara yang baik-baik sahaja, InsyaAllah kita akan rasa kemanisannya..  

p/s: Untuk mereka yang bukan bloggers, saya juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada anda semua.  Tidak putus2 ada sahaja sahabat yang datang melawat setiap hari, baik saudara-mara, mu'allim/mu'allimah (guru sekolah), rakan sekerja, jiran, bloggers, FBians dan ibu bapa rakan-rakan Zubair yang datang melawat dll...

10 comments:

  1. Salam kak Azzah.

    Alhamdulilah. Muge Zubair akan sembuh sepeunuhnye, insya Allah..

    ReplyDelete
  2. Salam Azzah,

    Alhamdulillah dah beransur sembuh. Doa kakak moga Zubair akan segera sembuh dan dapat kembali semula ke sekolah seperti impiannya.

    ReplyDelete
  3. SALAM

    baru tau mudah2an anak bertambah baik seperti sediakala. amin

    ReplyDelete
  4. Salam kak. Lega dengar Zubair dah sedar. Moga dia cepat sembuh & sihat sepenuhnya, Amin.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah zubair makin sembuh..

    ReplyDelete
  6. Saya baru je tau. Alhamdulillah Zubair is getting better. Bersabar ya K.Azzah - Saidatul

    ReplyDelete
  7. Salam kak Azzah..Alhamdllh, anak akak dah mulai sedar......semoga dia akan semakin sembuh.Atie doakn,semoga akak juga tabah menerima dugaan dr ALLAh ini.

    ReplyDelete
  8. Salam k.Azzah,

    baru baca berita ni, harap anak k.Azzah segera sembuh dan kembali cergas seperti sediakala.

    k. Azzah pun jaga diri dan jangan stress sangat.InsyaAllah Allah permudahkan.

    rose, libya

    ReplyDelete
  9. Salam Puan Nurazzah,

    Saya sudah lama tidak menjengah blog puan. Maaf. Saya mendapat khabar tentang anak puan melalui FB sebentar tadi.

    Semoga anak puan kembali sembuh dengan segera. Amin!

    ReplyDelete
  10. Azzah,
    K,Aji dan keluarga doakan muga Zubair cepat sembuh. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Harap Azzah dan keluarga bersabar menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....