Thursday, January 6, 2011

Tidak Ingat Langsung!

Petang tadi anak saya, Zubair dah balik rumah. Sebenarnya doktor nak tahan sampai esok..sebab esok nak buka jahitan di kaki nya tu, tapi sejak pagi dia asyik nangis aje (mengikut kata Abang Ammar yang jaga Zubair sejak pagi) nangis nak balik rumah...boring katanya duduk di hospital...pusing-pusing wad nampak nurse dan doktor aje... bila bawa dia tengok kat tingkap wad (wad tingkat 7) ..terus nangis lagi kata " nak turun sana, nak turun sana" sambil tunjuk ke bawah.... 
dia nak balik rumah nak main dengan kawan-kawan...
bila tanya dia memang tak ingat langsung tentang kemalangan tersebut...
dia cuma ingat, dia naik basikal...lepas tu putih aja..kepas tu oren, lepas tu oren...
dia jawab bila abang Zaid tanya...
tadi sampai aje rumah, terus dia nak naik tingkat atas, cakap nak main komputer. Selepas dah penat main komputer, dia turun semula, lepas tu dia keluar ke depan rumah... bila tanya dia cakap, nak pergi rumah kawan dia nak main bola... dia tak ingat bahawa dia tu sakit baru balik hospital...

Ya Allah, aku berdoa agar Engkau sembuhkanlah anak ku sehingga kembali normal seperti sediakala...Amin

12 comments:

  1. Salam kak Azzah..

    Bersabar, berdoa dan bertawakkal.. insya Allah..

    ReplyDelete
  2. Salam kak Azzah.

    Baru dapat tahu pasal kemalangan anak akak ni. Tumpang simpati. Moga anak akak cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  3. insyaAllah.. kami semua doa..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak Azzah

    saya doakan agar Zubair cepat sembuh
    dan permudah urusan kak sekeluarga

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. salam ...

    sekadar berkongsi maklumat jer....

    2/3 tahun lepas sedara ummi (40an) terjatuh dr bumbung rumah coz nk betulkan atap....koma ...setelah sembuh dia makan kurma sebagai rutin , Alhamdulillah pulih semula ingatannya...

    ReplyDelete
  6. Salam Azzah... alhamdulillah dia dah balik rumah...semoga dia akan sembuh sepenuhnya

    Azzah jangan risau...akak rasa tu sementara aje... sebenarnya bebudak ni memang camtu... rasa sihat sikit dah nak mula melasak... kita sebagai ibu yang rasa risau...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dah balik rumah..

    Siang tadi memang plan nak g hospital ziarah waktu lunch, tapi sebelum tu dah kena gastrik yg teruk jugak so tak dapat pergi, rupanya dah balik rumah pun.

    Moga Allah sembuhkan Zubair dan permudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  8. salam.

    maaf baru tahu setelah awak beritahu tentang kemalangan ini. orang lain satu dunia sudah tahu. memang tak patut saya ni. saya dah baca ke tiga2 n3 awak.

    syukur alhamdulillah, Zubair sudah semakin pulih dan kembali ke rumah. insyaallah dia akan pulih seperti sediakala kalau itulah perancanganNya. lagipun dia masih muda dan sedang membesar. cuma teruskan berdoa .. dan doa ibu sangat maqbul.

    saya dapat merasakan kecemasan dan kebimbangan sebagai bapa. kalau boleh pada ketika itu mahu rasanya bertukar kesakitan dan nyawa. begitulah kasih ibubapa kepada anak2nya kan.

    ReplyDelete
  9. salam Azzah,

    Kakak dapat bayangkan Zubair ni memang cergas. Sebab itu dia macam tak rasa yg jahitan masih lagi ada. Sebagi ibu memang ngeri mengenang segala trajedi.

    Alhamdulillah dah boleh bergerak. Lepas ini ke sekolah pun kena jaga juga. Takut bekas-bekas jahitan tu. Makan pun tak boleh kena berpantang utk sementara ini.

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Azah..sedih plak baca semoga dia cepat sembuh..odaijini... my doa is with u...

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Azzah,

    Give him time. Insya-ALLAH, dia akan pulih seperti sediakala. Saya yakin, kak sebab suami saya pun dulu macam tu jugak. Just layan aje kehendak dia. Lama-lama dia akan ingat balik kejadian yang berlaku. At night, dia akan mengigau. Bukan nak takutkan Kak Azzah tapi just nak kongsi pengalaman. Just peluk dia. Pujuk dia.

    Kak Azzah, saya bersyukur dia selamat. Saya akan terus mendoakan agar Zubair kembali pulih seperti sediakala. Amin.

    ReplyDelete
  12. as salam azzah,

    kesibukkan awal tahun, saya kurang berblog, baru tahu tentang Zubair, semoga dia cepat sembuh

    insyaallah, ingatannya akan pulih sepenuhnya tu, banyakkan berbual dengannya

    banyakkan bersabar

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....