Tuesday, January 11, 2011

Menziarahi Orang Sakit Sunat Mu'akkad

Ketika sedang mencari maklumat, saya terjumpa satu kenyataan yang berikut:
"Menziarahi orang sakit hukumnya adalah Sunat Mu'akkad ! 
Dan ianya merupakan amalan yang disukai Allah Subhanahu Wataala dan baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Menziarahi orang sakit adalah merupakan salah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam terhadap saudaranya sesama Islam yang sedang sakit. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda sebagaimana hadith baginda:-

Maksudnya:
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Adapun galakan menziarahi orang sakit itu bukan hanya terbatas kepada keluarga sahaja, bahkan menyeluruh kepada sesiapa sahaja baik sahabat handai, jiran tetangga dan lain-lain.


Oleh itu saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terimakasih kepada semua bloggers, FBians atau bukan bloggers sekali pun, terimakasih di atas keprihatinan anda semua...samada telefon, sms, msg etc...
walaupun antara kita tidak pernah bertemu muka dan ada yang dipisahkan jauh beribu batu, tetapi masih tidak lupa menalipon saya bertanya tentang keadaan anak saya, Zubair yang kemalangan tempohari.  Namun begitu sedih juga, ada saudara yang berada dekat namun sehingga kini tidak menelefon atau sudi bertandang menziarah...wallahu'alam...mungkin terlampau sibuk agaknya...

4 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Azzah

    terima kasih info

    saya tetap mendoakan atas kesahjeteraan zubair
    moga cepat sembuh

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. assalamualailum kak azzah

    moga anak akak cpt sembuh yaa..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Azzah.

    Maaflah saya tak sempat ziarah Zubair masa dia di hospital dulu. Hanya doa yg daapt saya titipkan.

    ReplyDelete
  4. Org skrg semua mengaku sibuk dgn urusan yg pelbagai. Kalau tak diberatkan, menziarah org sakit ni mmg prioriti paling rendah. Lebih rendah dari menonton wayang agaknya! huhuhu

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....