Friday, January 14, 2011

Semakin pulih

Alhamdulillah, hari ke hari ingatan Zubair semakin pulih. Jika mula-mula dahulu, jika saya tanya siapa nama kawan-kawan dia...Zubair akan jawab, " Tak ingat lah ummi ...Zubair tak tahu" 
Oleh itu saya pun menalipon emak kawan-kawan Zubair, agar membenarkan anak-anak mereka datang berjumpa Zubair jika mereka tiada kelas atau tidak sibuk...kemungkinan apabila Zubair melihat rakan2, ingatan beliau akan sedikit demi sedikit pulih kembali.  

Maka petang tadi, 9 orang kawan-kawan Zubair pun datang, selepas sekolah...apabila ummi menjemput mereka masuk, Zubair pun turun, lalu saya bertanya kepada Zubair, "Zubair, ni semua kawan Zubair datang nak jumpa dan main dengan Zubair, ingat tak nama kawan-kawan Zubair ni?" 
Zubair pun melihat seorang demi seorang rakan-rakan dia, lalu berkata, 
"Ingat...ni Wazini, ni Aiman, ni Afiq, ni Wafi, .....(dan lain2 ...hehehe..ummi pun tak ingat semua nama tu)"

SYUKUR , ALHAMDULILLAH...hampir menitis air mata ku ....
semoga ingatan Zubair kembali pulih seperti biasa...



5 comments:

  1. Alhamdulillah.. semoga dia semakin sihat dan cepat pulih.. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. Saya ada tag awak.. kalau free dan belum join lagi, jomlah join :)

    http://bungacokelat.blogspot.com/2011/01/kedai-babys-launching-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak azzah

    Alhamdulillah
    Syukur
    Insyaallah
    Zubair semakin pulih

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Azzah....

    Alhamdulillah , ummi tumpang seronok dengar perkembangan kesihatan Zubair yg semakin pulih....

    ReplyDelete
  5. Salam kak Azzah.

    Alhamdulillah progres yang baik. Muge bertambah baik... :)

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....