Wednesday, January 19, 2011

MADU

Dalam usaha untuk memulihkan kembali ingatan Zubair, saya memberikan minum madu asli setiap pagi dan malam sebelum tidur. Madu ini telah terlebih dahulu dibacakan doa-doa oleh Ustaz Ahmad Dasuki, seorang ustaz yang terkenal..Beliau banyak memberikan kuliah2 agama disekitar Lembah Klang...di Shah Alam sahaja, setiap pagi Khamis, dan di Surau At-Taqwa di kawasan perumahan saya setiap pagi Rabu. 
(Namun begitu jangan salah sangka, bukan lah ustaz itu yang menyembuhkan penyakit, kita hanya berikhtiar dan berusaha, melalui ustaz yang berilmu,  tetapi YANG MENYEMBUHKAN SEGALANYA hanyalah ALLAH SWT YANG MAHA ESA..)

Alhamdulillah, nampaknya ingatan Zubair sedikit demi sedikit kembali ...dia sudah mula mengingati nama kawan2 dan cikgu2 di sekolah...

Khasiat Madu sudah termaktub sejak dahulu lagi. Malah Hadis Rasulullah SAW juga mengesyorkan agar kita mengambil madu sebagai ubat...

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1665.
Dari Abu Sa'id r.a.: Ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. dan berkata: "Saudara saya sakit perut." Rasul menjawab: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi untuk kedua kalinya. Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi untuk ketiga kalinya. Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi dan berkata: "Telah saya lakukan." Rasul menjawab: "Tuhan benar. Perut saudara mu yang bohong. Beri ia madu'" Setelah itu diberikannya lagi madu kepada saudaranya, dan sembuhlah penyakitnya.


Diantara khasiat madu ke atas bayi/kanak-kanak:


a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.

b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.

c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

(sumber: di sini)

6 comments:

  1. salam kak azah,

    insyaALLAH mudah2an anakanda Zubair semakin pulih dan kembali sihat. Teruskan berikhtiar dan doa..Ain turut mndoakan kesembuhan adik Zubair jua hendaknya:)

    ReplyDelete
  2. ainhany,
    terimakasih akak ucapkan di atas keprihatinan dan doa itu...
    ya..semoga Zubair kembali sembuh spt sediakala..

    Kak Azzah

    ReplyDelete
  3. salam azzah,

    insyaallah , ingatan zubair akan pulih sepenuhnya nanti tu...sabar dan usaha lah terus

    ReplyDelete
  4. salam singgah ke belog kamu ni.. cari tuan rumah ade ke tak.. :D

    ReplyDelete
  5. Oh, madu boleh pulihkan ingatan.. terima kasih berkongsi. Kalau nak tau byk lagi khasiat madu , sila ke :
    http://www.khasiat-madu.com

    ReplyDelete
  6. Assalam, cmne nk dpt madu ust ne ek....?

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....