Setahun telah berlalu, namun masih jelas lagi di bayangan mataku, peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tarikh ini. Selama 2 minggu aku berada di Jordan, 15 Mac - 30 Mac 2007.
Menghadiri dan membentang kertas kerja di persidangan antarabangsa dan juga menziarahi anak sulungku yang sedang menyambung belajar di JUST (Jordan Uni of Science & Technology).
dan hari ini juga hari yang bersejarah kerana dgn takdir Allah aku bertemu dengan rakan blogger SilverSarina, atau lebih tepat lagi semasa itu SilverSarina lebih dikenali dengan LoveUJordan, rakan blogger anakku Asma'. Sebenarnya pada masa itu, aku belum lagi menjadi "blogger"... hehehe...
dan lebih manis lagi aku dan LoveUjordan sebenarnya pernah bertemu semasa kami sama-sama menuntut di USA pada tahun 1984.... maka jadilah ia jejak kasih yang indah... mengimbau nostalgia semasa kami masih bergelar pelajar ...( eh..sekarang pun saya masih lagi menjadi pelajar .... tetapi "pelajar Matang"!!)
Entry Jejak Kasih ini ada kutuliskan di sini.
Aku tidur di rumah SilverSarina pada malam itu, dan keesokkan hari , beliau membawaku melawat sekitar bandar Amman (ibu negara Jordan). Di antara tempat yg dilawati ialah Gua Ashabul Kahfi (seperti yg diceritakan dlm surah Al-Kahfi di dalam Al-Qur'an), Roman Theater and Museums, Citadel, Archaeological Museum of Jordan & Omayyad Palace dan Balad Amman, Al-Bakry Perfume & Souvenirs Store .
Terimakasih ku ucapkan kpd SilverSarina dan keluarga. InsyaAllah bulan Jun ini kami akan ke Terengganu pula...harap dapat singgah di Kemaman.
salam wahai sahabatku,
ReplyDeletemasih ingat lagi saat-saat itu... bestnya dan terimakasih kerana sudi singgah rumah Ina di amman.. al bakry baru ni tanya zaid mana pergi lama tak nampak I, sebelum balik ada pergi tapi kebetulan dia ada kelas di U jordan ( dia buat MA ), tu yang tak jumpa si hensem tu...hehehe.
nanti singgahlah rumah kalau ke sini... mis you :)
Bila nak datang UK? Boleh jejak kasih dengan I pulak. Best kan jumpa kawan-kawan lama.
ReplyDeleteAssalamualaikum semoga sihat sejahtera. Pastinya seronok dapat bertemu rakan-rakan lama. Kirim salam pada lovejordan :)
ReplyDeletesilversarina,
ReplyDeletealamak Ina, si hensem kat Al-Bakry Perfume shop tu...hehehe... I masih ada simpan lagi satu minyak wangi yg I beli kat situ..
Lampu biru kat souvenir shop pulak... bila tengok balik gambar, nampak antik betul..InsyaAllah kalau Asma' nak balik lagi I nak suruh dia belikan...
kali terakhir Asma' balik Malaysia mmg beg dia kosong, dia bawak balik halawiyat aje 10 kg!!! kahkahkah... punya ramai orang dah terpikat dgn halawiyat Jordan...kakak I kirim 2kg, emak I kirim 2kg, ummi dia 2 kg,nak bagi kawan dia lagi, housemate kirim kat emak dia lagi...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletezlaa,
ReplyDeletebila ya I nak datang UK lagi? Actually I pernah datang sana bila ye...1985...ya Allah...lamanya... masa tu nak balik Malaysia cuti summer, so I transit kat UK singgah rumah cousin I. masa tu tgh spring pulak...cantiknya taman-taman dan bunga-bunga kat sana masa spring..
kalau I ada present paper kat conference boleh lah singgah rumah u pulak,,,
NovelSejarah@Pak Latip,
ReplyDeleteWa'alaikumsalam dan selamat Sejahtera..
Apa khabar Pak Latip..? saya belum habis lagi baca Randau Ruai, terlampau sibuk dgn kerja di pejabat.. InsyaAllah jika kelapangan saya akan sambung baca.