Tuesday, March 4, 2008

Hadiah dari Rakan Blogger..

Beberapa hari sebelum berangkat ke tanah suci Mekah, saya menerima satu bungkusan... dan di dalamnya ialah buku ini. Kerana kesibukan dengan persiapan hendak ke tanah suci, buku ini ku tangguhkan membaca sehingga selepas kembali ke tanah air.

Buku ini dikirimkan oleh seorang lagi penulis baru yang saya kenali di alam maya ini, iaitu Hazia. Sebenarnya buku ini ialah koleksi cerita-cerita pendek oleh 3 orang penulis baru iaitu Chua Kok Yee, Shih-Li Kow and Rumaizah Abu Bakar (Hazia).

News from Home will also be the first Silverfish Book to carry the 'Malaysian Literature in English' sticker, a series designed to promote precisely that.
Imprint: Silverfishbooks
Format: Paperback (B), 140 pp, Short stories, 2007
Price (Malaysia): RM 30.00


Seminggu selepas pulang dari tanah suci, mendapat sebuah lagi bungkusan. Kali ini daripada seorang lagi blogger yang juga baru berjinak-jinak menulis buku, Pokcik Mersik. Tak sangka juga Pokcik Mersik ni berbakat... "Pokcik... sambil ngeteh cicah sekut kering kat beranda teratak Pokcik tu, byk idea yang keluar ye...!!!"

Dol Leman ialah sebuah novel kanak-kanak/remaja .... Terimakasih byk Pokcik...anak-anak saya suka baca berkenaan Dol Leman dan telatahnya hendak menjadi penyiasat...

Minggu lepas pula saya menerima satu lagi bungkusan... kali ini dari penulis tersohor iaitu seorang novelis sejarah, Abdul Latip Talib.

Novel ini mengisahkan tentang pembangunan negeri Sarawak, membawa isu pertanggungjawaban politik dan konflik pembangunan kepada masyarakat desa. Membawa kita memahami budaya negeri Sarawak,terutama penduduk rumah panjang. Baca Ulasan sepenuhnya dari panel hakim di sini.
Saya belum habis lagi membaca novel ini, kerana membaca novel ini perlukan perhatian yg sepenuhnya (tidak boleh secara santai seperti membaca bahan bacaan ringan atau majalah), kerana bagi sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke Sarawak, ini adalah satu cara utk memahami budaya mereka.

13 comments:

  1. Salam nurazzah! Mak tehpun ada hadiah untuk you tapi mailah ambil sendiri. Give a call first before you come. Ok?

    ReplyDelete
  2. Salam MakTeh,
    ye ke? Ada hadiah untuk saya? Alhamdulillah.....okay..Insyaallah nanti saya datang rumah bawa anak saya yg suka makan spagetti makteh tu..saya akan call b4 datang...tgk lah bila, minggu ni agak sibuk sedikit, mungkin minggu depan.

    makteh mengundi kat mana? Kelantan ke? saya kat seberang jalan je..kat SMK Seksyen 7...

    ReplyDelete
  3. Kak Azah, banyaknya novel you! Nanti balik boleh buat loan buku kat you. Ee...tak sabar nak balik.

    ReplyDelete
  4. zlaa, apa khabar? bila nak balik cuti? eh..you bagi idea yang bagus...mmg I boleh buat BookReaders Club... siapa nak baca kena sewa gitu...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak Azzah,saya rasa kakak ni seperti penulis handalan.

    Nazlin

    ReplyDelete
  6. Nazlin,
    silap tu...bukan penulis...tapi pembaca....
    Akak ni mmg sgt suka membaca sejak dari kecil lagi...pantang nampak buku... dulu kecil2 parents kurang berkemampuan nak beli buku2..byk pergi library aje pinjam...
    skrg ni boleh lah beli sendiri...buat koleksi, kadang2 kalau ada buku/novel yang sedap, bolah akak baca berulang-ulang kali...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, Nurazzah. Benar seperti kata Nazlin itu. Jika kita suka membaca, jika diberi peluang, pasti boleh menjadi penulis..belum cuba belum tahu!

    ReplyDelete
  8. Kak Umi Khaltum,
    InsyaAllah...mmg hajat hati nak try menulis novel ke, kalau takpun...tulis cerpen ke...
    tapi..I masih "berhutang" dgn supervisor I... kena siapkan tulis thesis dulu... aduish...byknya cabaran... bila dah start kerja, macam2 kena buat, jadi penulisan pun tertangguh...

    ReplyDelete
  9. Salam Kak!

    seronok nya dapat kiriman buku! Saya dulu suka jugak order-order buku! Bagus jugak buku penyiasat Dol Leman tu ya, sesuai untuk bacaan anak-anak. Sekarang ni dok bergelut membaca dgn buat x-stitch! tapi buku sentiasa di usung ke mana saja!

    ReplyDelete
  10. Salam nurazzah...kak lady tertarik dgn buku Pokcik Mersik tu...teringin nak belikan untuk Farhan...nak menjinakan dia dengan novel2 remaja supaya dia suka membaca...

    ReplyDelete
  11. OndeOnde,
    mmg best tak terkata bila dapat kiriman buku...
    Cepat beli nevel kanak2 Dol Leman Misteri Kebun Pisang tu... tak lama lagi nak keluar siri ke-2 pulak...
    Dol Leman Misteri SUngai Loyang..

    Akak pun suka buat x-stitch, tapi sekarang dah takde masa nak buat, lagi pun mata dah tak nampak sangat nak jahit halus-halus tu...

    ReplyDelete
  12. Kak Lady,
    nanti nak keluar siri ke-2...

    kat MPH SACC Shah Alam banyak buku2 utk kanak2 keluaran pts dll...
    kalau bawak anak I, mau dia orang nak angkut semua novel kanak2 tu... kopak poket ummi dia...!!! hehehe...

    ReplyDelete
  13. Hi, Kak Azah. Hope you enjoy the book:)

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....