Sunday, March 23, 2008

23rd March 2007 - Petra, The Red Rose City

23rd March 2008 - A year after, Jordan Revisited
23rd March 2007 - Petra, The Red Rose CityPetra is declared as one of the new 7 wonders of the world.



"... match me such a marvel, save in Eastern clime, A rose-red city, half as old as time.." ("Petra", John William Burgon )

This long-hidden site was revealed to the Western world by the Swiss explorer Johann Ludwig Burckhardt in 1812. It was famously described as "a rose-red city half as old as time" in a Newdigate prize-winning sonnet by John William Burgon.
Kali ini saya akan memb
awa anda semua melawat Kota PETRA, atau Al-Batra' dlm bhs Arab. Ia terletak 5 jam perjalanan dari Amman ke selatan Jordan dan 2 jam perjalanan ke utara dari bandar Aqaba (bandar paling selatan di Jordan dan mempunyai pantai- Laut Merah).

Dalam semua tempat yg saya pergi, entrance fee ke Petra adalah yg paling mahal! (Jordan Dinar)JD21 (= RM105) utk Non-Jordanians, manakala utk rakyat Jordan hanya JD1 (= RM5) sahaja! Utk students juga JD1 sahaja. Saya pergi bersama anak saya dan 3 org kawan Asma', Disebabkan mereka semua ada mempunyai kad matriks students,mereka semua hanya membayar JD1. Akhirnya saya mendpt tahu saya juga dpt beli tiket masuk JD1. Pandai betul mereka
ni, rupa2nya mereka dah siap pinjam dan bawa kad matrik rakan mereka (mungkin ada iras2
muka saya)..jadi saya ni pun mmg "student" jugak kan...hehehe..







Petra pernah menjadi tempat pengambaran file
m Indiana Jones and The Last Crusaders. Sehingga sebuah kedai snek di pintu masuk Petra diberi nama "Indiana Jones Snack Shop".


Dari pintu masuk, kami perlu berjalan sejauh 2km melalui celah2 batu yg dipanggil "THE SIQ" dgn ketinggian melebihi 100 m utk sampai ke ukiran yg pertama dipanggil Al-Khazanah (The Treasury).


Petra merupakan kota warisan kerajaan Nabatean, bangsa Arab yg kreatif dan produktif dan tinggal di selatan Jordan 2000 tahun dahulu. Kerajaan Nabatean sebenarnya meliputi kwsn yg sgt luas dari MADA'IN SALEH di Arab Saudi sehingga ke Petra di Jordan dan Damsyiq di Syria. Petra dikatakan adalah ibu negara kerajaan Nabatean. Mereka menguasai jalan perdagangan silam di samping memungut cukai dan melindungi kafilah perdagangan yg berisi rempah dan sutera India, gading Afrika serta kulit haiwan.


Sebenarnya utk melawat keseluruhan Kota Petra memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari. Ini adalah kerana kawasan nya yg sangat luas meliputi hampir keseluruhan canyon di bandar Petra ini.
Kami hanya sempat berjalan sehingga Street of Facades dan dihujung Street of Facades terletaknya Theather Necropolis(kawasan bertanda no. 6).

Masyarakat Nabateans berasal dr semenanjung Tanah Arab.Hanya pd kurun ke-4 kisah masyarakat Nabateans mula ditulis walhal kewujudan bangsa ini tlh lama wujud sebelum itu. Mereka dianugerahkan oleh Allah SWT kepandaian dan kemahiran dlm dalam mengukir batu utk dijadikan penempatan,tempat2 ibadat, istana dan kubur2 mereka serta sistem pengaliran dan penyimpanan air yg sgt canggih. Jika boleh dikatakan mereka adalah the best engineers in the world at those time. Mereka mengukir batu utk dijadikan takungan air hujan supaya boleh digunakan sbg air minuman dsb semasa musin panas dan kering.


Kafilah2 yg membawa brg perdagangan akan berhenti di Petra selepas penat melintas padang pasir Sahara dan membeli air minuman sebelum meneruskan perjalan ke Damsyik. Ini juga menjadikan kerajaan Nabatean maju dan kaya-raya. Mereka juga mengukir batu sbg sistem saliran air supaya air hujan tidak akan membanjiri kwsn penempatan mereka.

MasyaAllah, Subhanaallah, AllahuAkhbar...sangat kagum saya semasa melihat ini semua, batu yg diukir bukanlah spt batu2 diMalaysia, ia adalah solid rock.



Kerajaan Nabatean enggan tunduk kpd Iskandar Zulkarnain yg merupakan kuasa besar ketika itu. Sejak tahun 64 SM, tentera Rum mula menakluki Palstin dan Syria termasuk bandar-bandar berhampiran Sg Jordan iaitu AMman, Jerash, Pella dan Gadara jatuh ke tangan Roman dan terlibat dgn sebuah Liga Decapolis. Krjaan Nabateans kekal merdeka sehingga maharaja Trajan menakluk kwsn ditanah Arab sekurang2nya 2 kurun selepas itu. Maharaja Trajan tlh membina lalauan perdagangan yg lain dari Aqaba ke Damsyik dan menguasainya menyebabkan kerajaan Nabatean mula lemah dan kalah.





Mengikut sejarah Islam, masyarakat Nabatean sebenarnya adalah kaum Tsamud, iaitu kaum yg diutuskan Nabi Saleh kpd mereka. Kaum Tsamud mewarisi kamahiran mengukir ini drpd kaum 'Ad.


Firman Allah dlm Surah Al-Fajr, Ayat 9 yg bermaksud "Dan Tsamud (kaum) yang memotong batu-batu di tanah yang rendah"

Namun begitu kaum Tsamud juga menyembah berhala, lalu Allah utuskan Nabi Saleh utk memberi peringatan kpd mereka.




Surah Hud Ayat 61.
"Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka, Shalih. Dia mengatakan: Hai kaumku! Sembahlah Allah, kamu tiada mempunyai Tuhan selain daripadaNya. Dia yang menciptakan kamu dari bumi, dan menempatkan kamu padanya. Sebab itu mo
honkanlah ampun kepadaNya, kemudian taubatlah kamu kepadaNya;

sesungguhnya Tuhanku dekat dan memperkenankan doa."

Nabi Saleh berasal dr kalangan kaum Tsamud juga dari sebuah keluarga yg dihormati. Namun begitu kaum Tsamud tidak mahu menerima ajaran Nabi Saleh begitu saja. Mereka mahu Nabi Saleh menunjukkan mukjizat kpd mereka terlebih dahulu baharulah mereka akan mempercayai Nabi Saleh. Mereka menunjukkan sebuah batu besar dan mahu Nabi Saleh membelah Batu tersebut kpd 2 dan keluar seekor unta betina dari celah batu tersebut. Dgn izin Allah SWT, keluarlah seekor unta betina yg sgt cantik dr rekahan batu tersebut. Mereka yg mempercayai Nabi Saleh menjadi pengikutnya yg setia manakala yg masih ragu2 terus tidak mempercayainya.

Firman ALlah dalam

Surah Qaf . Ayat 12."Sebelum mereka, kaum Nuh, penduduk Rass dan Tsamud telah mendustakan (Rasul-rasul)."

Surah Al-Qamar Ayat 023."Tsamud (juga) mendustakan orang-orang yang memberikan peringatan."

Surah Asy-Syams Ayat 011."Tsamud mendustakan (Nabinya) disebabkan kesalahan yang melampaui batas."

Nabi Saleh memberitahu kaumnya agar membiarkan unta tersebut dan tidak membunuhnya, namun kaum Tsamud tidak mengendah amaran Nabi Saleh. Mereka telah membunuh unta tersebut dan bersuka ria atas keupayaan mereka membunuh unta tersebut.

Surah Al-Israa’ Ayat 59.
"Tiada yang menjadi halangan bagi Kami untuk mengirimkan keterangan-keterangan, melainkan kerana keterangan-keterangan itu telah didustakan oleh orang-orang yang pertama (dahulu). Dan Kami berikan kepada Tsamud unta betina satu bukti yang jelas, tetapi mereka berbuat salah kepadanya (membunuhnya). Dan tiadalah Kami mengirim keterangan-keterangan itu, melainkan untuk menakutkan."



Mereka juga tlh mengejek-ejek Nabi Saleh apabila berjaya membunuh unta tersebut. Namun Nabi Saleh tlh memberi amaran, "Bersuka ria lah kamu selama 3 hari sebelum Allah SWT menurun bala terhadap kamu".

Firman ALlah dlm Surah Adz-Dzariyaat Ayat 043."Dan tentang Tsamud (juga menjadi keterangan), ketika dikatakan kepada mereka: Bersukarialah kamu sampai waktunya!"

Nabi Saleh berharap dlm tempoh masa 3 hari tersebut, kaum nya akan insaf dan memohon ampun kpd Allah, ttp sebaliknya, mereka merancang pula utk membunuh Nabi Saleh. 9 org tlh dihntar utk membunuh Nabi Saleh, ttp Allah SWT tlh melindungi NabiNya dgn menghntar burung2 besar utk membunuh mereka.



Selepas 3 hari berlalu, kaum Tsamud yg engkar tlg dihapuskan oleh Allah SWT dgn petir dan kilat (ada pendpt yg mengata petir itu adalah pekikan oleh malaikat. Disbb kan kaum ini tidak dpt dibunuh dgn air sbb sistem
pgaliran mereka yg sgt canggih. Pekikan malaikat itu bergema memantul memenuhi segenap ruang pelosok tmpt tinggal kaum tsamud ini, spt canyon). (Sila rujuk gambar, semasa melalui ruang SIQ, iaitu lorong dicelah2 batu sebelum sampai ke Al-Khazanah atau The Treasury, terdpt garisan2 hitam dicelah2 batu tersebut. Menurut psnduduk disitu, itu adalah bekas panahan petir tersebut)

Firman Allah yg bermaksud : Surah Fussilat Ayat 13.
"Tetapi kalau mereka membelakang, katakanlah: Aku memberi peringatan kepada kamu dengan petir (seksaan keras) serupa petir (yang menimpa kaum) Ad dan Tsamud."

Surah Fussilat Ayat 17.
"Adapun Tsamud, mereka Kami beri pimpinan, tetapi mereka lebih mencintai buta (hati) dari menerima pimpinan kebenaran. Sebab itu mereka ditimpa petir seksaan kehinaan disebabkan usaha mereka."

Surah Al-Haaqqah Ayat 5.
"Dan Tsamud dibinasakan dengan hukuman yang luar biasa"

Begitulah kisah kaum yg mendustakan ajaran Nabi dan Rasul. Allah tlh memberi peringatan bhw mereka yg ingkar pasti akan diberi balasan suatu hari nnt.

23 comments:

  1. Hebat Sungguh....I'm speechless

    ReplyDelete
  2. salam singgah. wah! menarknya dapat pergi sana

    ReplyDelete
  3. I read and re-read. Thanks for sharing. Bertuah Nurazzah8 dapat menginjak kaki ke sana.

    ReplyDelete
  4. kak hani,
    hehehe..dah setahun baru nak balas komen kak hani...

    memang kagum sungguh bila berada di sana... kagum dgn kejadian Allah yg Maha Besar...
    tak terucap dek kata-kata

    ReplyDelete
  5. tok ngah,
    Alhamdulillah, bila melawat tempat-tempat sebegini semoga menginsafkan kita lagi akan beruntungnya kita dilahirkan dalam agama Islam dan InsyaAllah semoga Allah memelihara keimanan kita agar sentiasa berada di jalan yangbenar.

    ReplyDelete
  6. cikmilah,
    ya Alhamdulillah Allah murahkan rezeki dan panjangkan umur agar dpt melawat tempat sebegini...
    sesungguhnya Allah menyuruh kita mengambil iktibar dari kejadian-kejadian yg lepas agar lebih meningkatkan keimanan kita, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  7. ummi...do u re-post the same entry again?hihi....sometymes bile pk apela yg bes sgt..batu-batu jek pon petra nih...tp da smpai n tgk sndrik baru tau takjub cmne..tp da jd 7wonders nih maybe entry fees da naek...huhu...alhmdlh...tercapai gak nk tgkp gmba dpn petra wif u~kui3

    ReplyDelete
  8. Asma',
    mmg ummi re-post balik n3 nih, sbb takde masa nak buat n3 baru. Lagipun masa tahun lepas tak ramai rakan bloggers lagi... just want to share with my blogger's friends... SubhanAllah.. Maha Suci Allah. Allah Maha Besar...kagum sungguh, jika diberi peluang mmg nak pergi lagi sbb hari tu tak habis xplore lagi...

    ReplyDelete
  9. :-) ur entry on jordan re-visited membawa saya visit kembali pengajaran dari Al Quran....thank yiu azzah!!!

    ada cerita di sebalik tempat bersejarah.

    idham

    ReplyDelete
  10. Idham,
    semoga menjadi iktibar kpd kita yang masih hidup.

    ReplyDelete
  11. Salam.

    Alhamdulillah.

    Beruntung dapat diizinkan Allah menjejakkan kaki di situ. Salah satu tempat yang ingin sangat saya lawati tu. :)

    ReplyDelete
  12. Teruja tengok gambar formation batu2 tu....

    ReplyDelete
  13. Kak, masa ummi pergi umrah in 1999 tak sempat ke Petra sebab tak cukup masa. cuma pergi laut mati dan berlegar2 kat town.

    ReplyDelete
  14. Nurazzah...terima kasih kerana berkongsi imformasi yang amat berguna ini...buat menambah ilmu pengetahuan kita...

    Beruntung nurazzah kerana telah dpt menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini..memang banyak kesan sejarah Islam yang ada di sana...bila membaca tentang kisah perjalanan Nurazza di sana...terasa ingin benar untuk ke sana...

    ReplyDelete
  15. Alahai....rindunya pada semua di sana.. batu pun batu lah, rindu jugak sebab batu tu tak de kat sini :P

    ReplyDelete
  16. bp@jp,
    kalau dpt menjejakkan kaki ke sana mmg kita akan rasa kagum sangt terhadap kejadian Allah, dan betapa kaum terdahulu yg mempunyai kemahiran yg sangat tinggi dpt mengukir batu2 keras utk dijadikan penempatan. Namun pengajaran yg paling penting ialah walau setinggi mana sekalipun ilmu atau kepandaian kita, hendaklah kita tunduk kpd Allah yg menjadi sekelian alam ini..sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.

    ReplyDelete
  17. mamamia,
    mmg sgt cantik formation batu2 tersebut..SubhanAllah...AllahuAKbar...

    ummi,
    kalau dpt ke Jordan pergilah berkunjung ke Petra, kerana ialah salah satu the new 7 wonders of the world.

    kak lady,
    pergilah jalan2 ke sana dgn cik abang yg selalu ke middle east tu...lagi pun Jeddah tu dah dekat benar dgn Jordan... sebelah menyebelah aje...

    ReplyDelete
  18. silversarina,
    ya..sudah semestinya you rindukan Jordan...dah duduk sana 2 tahun kan...dah banyak asam garam orang Jordan you dah pelajari..hehehe..

    ReplyDelete
  19. huhu...smgtnye org2 nk dtg joden......kui3...org yg ktsni dah bosan ngn batu-batu...org yg kt msia rindu plak batu2(aunty ina=p)haha

    ReplyDelete
  20. petra yang sangat menarik..:)

    ReplyDelete
  21. hazimin,
    ya, Hazimin mesti bertuah kerana dapat mengunjungi Petra banyak kali sepanjang duduk di Jordan.

    ReplyDelete
  22. salam maulidur rasul(terlewat) kak azzah, kabare?? sonoknya dpt menjejaki lembah petra, kita cuma dpt baca jer keindahan petra :heart:

    ReplyDelete
  23. wahh.. dari dlu memg kagum ngn tempat nie... xtau bile leh pgi.. :-(

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....