Tuesday, September 4, 2012

Glaukoma

Mata, adalah anugerah Allah kepada manusia yang tidak ternilai... 
Semalam, ambil cuti kerana hendak membawa ayahanda tersayang membuat pemeriksaan mata dengan Prof. Muhaya di Prince Court Medical Centre. 

 ayahanda sudah berumur 89 tahun ...

Sudah beberapa bulan abah mengadu tidak nampak, penglihatan abah sudah semakin kabur ..lebih tepat mata kanan abah memang sudah kurang dari 50% yang nampak...abah sudah tidak boleh membaca Al-Quran lagi kerana meraba-raba tak nampak ...itu yang membuatkan saya sedih..kerana sejak abah bersara 34 tahun yang lalu..membaca Al-Quran adalah aktiviti seharian abah ...
saya sudah tidak terkira bilangan nya berapa kali abah sudah khatam membaca Al-Quran ..kerana dahulu saya selalu lihat abah menulis dalam buku latihan (tarikh dan surah:ayat) ..abah tersangatlah terliti dan kemas orangnya...setiap perkara yang abah buat semua abah catatkan dalam buku latihan ...terdapat bertimbun-timbun buku latihan yang abah buat catatan...macam journal kehidupan ...

Temujanji dibuat agar dapat di kenal pasti masalah sebenar (kami sangkakan katarak sahaja) rupa-rupanya Prof Muhaya kata abah dapat Glaukoma ...pernah dengar/baca perkara ini suatu masa dahulu tapi tak ambil perhatian..sekarang baru tercari-cari apa sebenarnya glaukoma...



Glaukoma pula merupakan sekumpulan keadaan di mana tekanan di dalam mata menjadi terlalu tinggi yang seterusnya menjejaskan saraf optik di belakang mata. Penyakit ini juga boleh menyebabkan kebutaan jika tidak dirawat segera, akibat sambungan mata ke otak (saraf optik) terputus.
Masalah mata ini juga dikenali sebagai ‘pencuri senyap penglihatan’ kerana mungkin tidak menunjukkan simptom jelas dan menyebabkan kehilangan penglihatan secara perlahan-lahan. Ujian saringan penting apabila melangkaui umur 40 tahun, terutamanya jika mempunyai sejarah keluarga dengan masalah tersebut

Sedang dibuat pemeriksaan mata

ALhamdulillah, Prof Muhaya bagi ubat untuk redakan tekanan dalam mata buat sementara waktu ...dalam masa sebulan lagi kami akan bawa abah sekali lagi untuk buat operation pula

Tetapi suatu perkara yang membuatkan saya sebak dan hampir menitiskan air mata di hadapan Prof Muhaya ...apabila abah berkata, 
" Tak payah lah buat operation ni, abah dah tua, sudah sampai di penghujung kehidupan, biarkanlah jika abah menjadi buta pun. Pakai duit tu untuk tanggung anak-anak yg ramai tu, jangan bazirkan untuk abah seorang sahaja!"

Ya Allah..., hingga ke saat ini pun abah masih memikirkan tentang anak cucu...kami tahu abah susah hati, sebab memikirkan kos operation yang tinggi. tetapi kami anak-anak rela demi abah tersayang... apalah sangat jika dibandingkan dengan segala penat-lelah jerih payah abah sejak muda membesarkan kami anak2 tanpa mengira apa jua kesusahan yang datang melanda..bagilah kami pula membalas jasa2 abah itu..walaupun kami tahu kos operation ini sahaja masih tidak mampu hendak membalas segala jasa ayahanda ...

dan saya sangat-sangat tersentuh apabila Prof Muhaya berkata dengan lemah lembut kepada ayahanda, 
"Pakcik, pakcik jangan sudah hati mengenai bayaran, pakcik doa banyak2 agar mata pakcik boleh sembuh dengan cepat dan pakcik dapat melihat semula dengan baik...dan yang penting pakcik InsyaAllah boleh mengaji Quran semula.  Bila pakcik dapat mengaji Quran semula, pakcik dapat pahala, DAN anak-anak pakcik juga akan dapat pahala"

 ...Doakan yang terbaik buat ayahanda tersayang...Ameen.

10 comments:

  1. Azzah,

    Ibu saya sudah buta hampir 10 tahun kerana Glukoma yang datang secara tiba-tiba. Sebelah matanya dapat diselamatkan dengan hanya 10% penglihatan. Sebelah lagi sudah buta. Dengan 10% penglihatan, mak dapat membaca Al-Quran, tapi tidak lagi dapat menatap wajah anak, menantu dan cucu.

    Semoga Azzah tabah menghadapinya.

    Sevendrops

    ReplyDelete
  2. Nasiroh,

    Memang sedih apabila melihat ibu-bapa kita sendiri menjadi begitu...apa-apa pun hanya kepada Allah SWT kita berserah (setelah berusaha)

    Jazakillahu khairan kathira...

    ReplyDelete
  3. Begitulah org tua kan Azzah. Kita pasti tersentuh dan menangis bila dia merasa diri dia menjadi beban padanya. Sedangkan kalau boleh kita nak terbaik buatnya. Susah kita tak sama dia dulu. Kalau kita sekarang nak cari 10K lebih mudah berbanding dulu dia nak cari 1K utk kita kan... tak perlu berkira demi ibu-bapa kita..

    Dari jauh kakak doakan moga ayah Azzah juga beransur sembuh dan dapat melihat dgn lebih terang kelak amin...

    ReplyDelete
  4. Aamiin! saya turut mendoakan kebaikan untuk ayah akak,semuga sihat dan selamat menjalanai pembedahan

    ReplyDelete
  5. aminn... moga abah cepat sembuh..

    ReplyDelete
  6. Kak Zakie, ya kak...orang tua selalu cakap macam tu, tak mahu membebankan anak-anak ...tapi kita anak-anak kenalah peka terhadap perasaan orang tua... sebab orang tua ni mudah tersentuh hatinya ..

    ReplyDelete
  7. Pinatbate,

    Terimakasih...di atas doa itu.

    ReplyDelete
  8. Mulan,
    terimakasih kpd mulan juga...

    bila nak datang Shah Alam?

    ReplyDelete
  9. semoga abah tabah.. semoga abah sentiasa mendapat rahmat Allah..=)

    jemput baca en3 baru..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/09/inilah-insan-yang-wajib-kita-cintai.html

    ReplyDelete
  10. L,

    terimakasih di atas doamu..

    InsyaAllah akak dah baca entri tersebut..terimakasih di atas perkongsian ilmu..

    Kak Azzah8

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....