Sunday, September 30, 2012

Dr Zakir Naik

Padat sungguh Dewan Agong Tuanku Canselor di UiTM malam tadi, hingga tak muat... tetapi khemah ada juga di dirikan diluar dewan dengan skrin besar ...sesiapa yang tidak dapat masuk boleh dengar talk Dr Zakir di situ.  Saya juga hanya dapat duduk di tangga. Tingkat bawah sekali dan tingkat 1 dikhaskan untuk orang lelaki manakala tingkat atas sekali untuk kaum wanita...

Dr Zakir Naik Malaysian Tour 2012
=========================
TARIKH 29 September 2012 (Sabtu)
MASA 8.00 - 11.30 malam
TEMPAT Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) , UiTM Shah Alam


Biodata Dr. Zakir Bin Naik
================
Beliau berkelulusan Doktor Perubatan adalah seorang pendakwah bebas yang mendapat gelaran ‘walking Computer’ kerana ingatan beliau yang luar biasa, beliau juga digelar ‘Deedat Plu
s’ kerana kebolehan beliau berhujah mengenai Islam dan Kristian sebagaimana Ahmad Deedat, tetapi Dr. Zakir Naik memiliki lebih banyak kelebihan lagi. Di dalam perdebatan, beliau secara bersahaja memetik kandungan Al-Quran, Hadith, Bible serta buku dan kajian terkini sains dan teknologi. Semuanya beliau lakukan dari ingatan luarbiasa beliau tanpa merujuk kepada sebarang teks.
Malam semalam Dr Zakir memberi ceramah berkenaan UNIVERSAL BROTHERHOOD.  Subhanallah, MasyaAllah...kagum dengan ingatan beliau yang sangat kuat ...macam air aje keluar dari mulut beliau satu persatu nama surah, surah ke berapa, ayat ke berapa dalam Al-Quran, yang berkaitan dengan satu-satu isu yang dibincangkan.  Dalam perbincangan dan mematahkan hujah-hujah yang melibatkan agama lain, beliau juga dapat menyatakan apa mana verses dari Bible atau kitab agama hindu dll...

Mendengar talk Dr Zakir Naik, mengimbau kembali kenangan saya semasa di USA pada tahun 1980an dahulu ... saya pernah menghadiri dan mendengar ceramah dari guru beliau iaitu Allayarham Sheikh Ahmad Deedat ... yang terkenal pada ketika itu berdebat dengan Evangelist Kristian , Jimmy Swaggart ..
Ramai mereka yang sedang mencari-cari "cahaya kebenaran" telah diterangi apabila mendengar hujah-hujah beliau ..ALhamdulillah ..

10 comments:

  1. selalu juga zakir naik datang ke PP tapi IM selalu tak berpeluang untuk pergi dengar.

    muga-muga satu hari nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah , Semoga suatu hari nanti Allah memberikan peluang untuk IM bertemu dan mendengar debat dan perbahasan beliau ...

      Delete
  2. Komen di FB:

    Kamarul Ariffin Abdul Basit:

    Untung akak dapat dengar live talk dia, saya tengok youtube aje, last year dia terpaksa teleconference dgn Oxford Uni sebab visanya tak lulus utk ke UK. Ibu jari ke atas utk beliau.

    Jamilah Mohdshariff lebih sesak dari majlis konvo..

    ReplyDelete
  3. Rupanya husband neeza nak pergi talk ni. Tapi since kami ada hal sabtu malam, neeza tak bagi tahu lah dia pasal talk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Neeza, sebab kat fb tu Neeza ada tanya akak kan samada orang luar boleh masuk tak? akak jawab , sudah tentu boleh ...ramai sungguh orang...akak rasa ramai orang luar pun ...hehe Ingatkan Neeza datang ...

      Delete
  4. TVHijrah ada program "talk" dia. Kebetulan saja dapat hari tu..Bestnya Azzah dapt sertai majlis live gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cikMilah ...dengar khabar Dr Zakir selalu juga ke Pulau Pinang...mungkin cikMilah boleh dapat peluang dengar di sana ... lagi dekat ...

      cuba cikMilah browse kat link organizer tu ...mungkin ada schedule beliau

      Delete
    2. harap dapat ikiut serta satu hari nanti

      Delete
  5. Assalam,

    Berdoa agar suatu hari nanti dpt menghadiri dan mendengar kuliah Dr Zakir Naik secara langsung

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Saya Saudara dari Sabah . Alangkah OIndahnya sekiranya pihak pengajur dapat melaksanakan program cerama DR. Zakir di Negeri Sabah kerana ramai mubalig Kristian berminat untuk mendengar hujah serta ceramah dari beliau terutama berkait kebenaran Al-Quran berbanding Bible

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....