Friday, September 14, 2012

Abah

Tatkala jari-jemari ini memetik-metik kekunci di papan kekunci  ...terjumpa gambar-gambar ini di dalam "folder" gambar. Tiba-tiba hati merasa sayu. Sayu melihat wajah abah di dalam gambar ini.  Ketika ini aku membawa abah ke hospital untuk membuat pemeriksaan mata abah.  Abah sudah selalu menyatakan mata sebelah kanan abah sudah tak nampak sangat, semuanya kelihatan kabur.

 Ketika menunggu untuk dibuat pemeriksaan, aku terpaku melihat abah seakan-akan termenung. Jauh renungannya, walaupun pemandangan abah sudah kabur, tetapi renungan itu seperti suatu renungan menerusi mata hati. Jauh menembusi dinding di hadapan abah.  Mungkin abah memikirkan kos perbelanjaan jika doktor memutuskan abah perlu membuat pembedahan. Banyak kali abah seperti memujuk ku , "tak payah lah buat operation, abah rela begini. Jangan bazirkan duit..." 
Sedih dan sayu rasa hati ...abah seperti tidak mengendahkan dirinya lagi semata-mata tidak mahu menyusahkan anak-anak. Namun, aku sedar, jasa abah tidak terbalas, hanya dengan kos rawatan yang aku perlu keluarkan ...

  Dahulu, semasa kami anak-anak masih kecil, tangan abahlah yang memimpin kami ..tetapi kini, abah sudah tidak kuat hendak berjalan sendiri. Perlu dipapah, dan untu kberjalan jauh kami perlu tolak abah menggunakan kerusi roda...Ya Allah Ya ALlah ... Engkau Permudahkan urusan kami Ya Allah...Engkau sembuhkanlah sakit mata abahku Ya ALlah, kerana abah sudah rindu sekali hendak membaca Al-Quran....

13 comments:

  1. Semoga abah cepat sembuh
    follow sini
    http://asmarpunyablog.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Sedihnya..... sayangilah ia selagi ia masih bernafas ....

    hanya mampu berkata-kata.... realitinya amat sukar!...

    ReplyDelete
  3. Salam kenal azzah

    Teringat ibu mertua makchaq samalah keadaannya dengan matanya langsung tak boleh melihat dan berjalan pun perlu dipapah..
    Pernah makchaq bawak ke HUKM utk pembedahan, tapi menurut doktor pembedahan pun tak dapat membantu kerana kaburnya bukan kerana cartarac.

    ReplyDelete
  4. salam azzah..
    Untung bapa azzah punyai anak yg perihatin.ibu bapa tidak akan tahu kasih sayang anak terhadapnya hinggalah bila mereka jatuh sakit...

    ReplyDelete
  5. betul tu. selagi ada hayat abah, berbaktilah. ini peluang di saat-saat akhir untuk membalas jasanya yang infiniti...

    ReplyDelete
  6. moga abah cepat sembuh & sentiasa sihat..

    ReplyDelete
  7. Asmar Arafad, terimakasih di atas doa itu ...

    ReplyDelete
  8. hainom OKje,

    InsyaAllah, akan cuba berdiri teguh dan kuat di sisi abah tercinta ..

    Kak Azzah8

    ReplyDelete
  9. makchaq,
    terimakasih di atas perkongsian maklumat...sama-sama lah kita mendoakan kedua ibu-bapa kita agar dapat bertahan hingga ke akhir hayat...
    InsyaAllah

    ReplyDelete
  10. Kak Yon, InsyaAllah kita cuba buat yang terbaik utk ibu-bapa kita...mudah-mudahan Allah akan Permudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  11. Insan Marhaen,

    Semoga Allah Permudahkan segala urusan kita...Ameen...

    ReplyDelete
  12. m.u.l.a.n

    Jazakillahu khairan kathira

    Kak Azzah8

    ReplyDelete
  13. Assalam kak azzah, semoga Allah permudahkan segalanya.. dan salam perkenalan kak,,^_^

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....