Monday, September 17, 2012

KT1

Apabila tengok berita hari ni, baru perasan hari ini adalah hari pertama penerbangan jemaah haji KT1.  Doa kuiringi dari jauh buat para jemaah agar mereka selamat pergi dan selamat balik serta diPermudahkan oleh Allah segala urusan mereka sepanjang mereka berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah dan juga Madinah Munawarrah. 
Melihat satu-persatu wajah mereka, mengimbau kembali pengalaman ku sendiri sewaktu hendak pergi menunaikan haji buat pertama kali 5 tahun yang lalu, 2007. Ya Allah, rindu itu bertamu lagi disanubariku... mengamit-gamit melambai-lambai daku ke sana...Ya Allah , daku selalu bayangkan sewaktu sedang solat, seakan-akan sedang bersolat di hadapan rumahMU Ya Allah ... Engkau murahkan rezekiku, Permudahkan jalanku, berikan daku peluang sekali lagi untuk mengerjakan haji atau umrah ke rumahMU Ya Allah ...
Rindu itu mengundang deraian air mata jatuh satu persatu di pipi ku...

8 comments:

  1. As salam Kak Azzah,

    adik pB insyaallah , isnin 24hb akan terbang.
    Suami isteri ....

    ReplyDelete
  2. Salam pB,
    lama tak dengar cerita... Salam untuk adik pB suami isteri...Tahniah kepada mereka kerana telah terpilih dalam senarai yg akan pergi menunaikan fardhu haji pada tahun ini..Syukur Alhamdulillah ..didoakan semoga mereka berdua akan diPermudahkan oleh Allah dalam segala urusan mereka dan semoga mendapat haji yang mabrur...

    kak Azzah8

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan..semasa ke blog IM nampak nama nurazah8 di komen boxnya dan terus menghala ke sini. Semoga sudi berkawan dengan saya.

    ReplyDelete
  4. Norhaizan,
    Salam perkenalan juga dari akak ...
    Terimakasih kerana sudi singgah di blog akak ini...semoga persahabatan di alam maya terus terjalin erat..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih, sudi singgah di blog saya yg tak seberapa, maklumlah baru join dunia blogger ni..n3 pun pakai bubuh jer.

    ReplyDelete
  6. oh ya..saya berasal dari perak. sekarang menetap di seberang perai.

    ReplyDelete
  7. Salam azzah..
    Samalah dgn akk.bila tengok bakal jemaah haji bersiap nak kesana..seolah akk yg nak pergi..terus rasa syahdu..semuga di beri peluang lagi melangkah kesana..

    ReplyDelete
  8. Kak Yon, itulah kan kak...rindu itu mengamit-gamit melambai-lambai...rinduuuuuuuuuuuuuuuu sangattttt!

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....