Friday, September 28, 2012

Keracunan Makanan

Entah apa yang saya makan semalam? Yang saya ingat saya makan nasi dan ada makan kek cekelat ..agaknya kek cekelat tu dah expired!!?? 
Bermula selepas maghrib malam tadi, perut semakin memulas-mulas ...sakitnya yang amat... start tengah malam, mula cirit-birit, setiap jam adalah 2-3 kali masuk tandas... kalau nak kira sampai pagi ni badan dah lembik... kena stand-by depan bilik air saja..bila terasa aja perut memulas kena terus lari masuk tandas...kadang-kala rasa macam nak merangkak masuk tandas! tak boleh masuk apa aja dalam perut semua keluar balik. 
Pukul 3 pagi rasa lapar sangat ...makan lah roti sekeping, pukul 4 pagi apa yang dimakan semua keluar semula ! takut dah nak makan apa-apa sebelum gi klinik tadi, akut tak nyempat-nyempat nak masuk tandas kat klinik nanti!
Doktor bagi satu das injection untuk kurangkan sakit perut...balik rumah makan pil tahan cirit ..kena tunggu lagi 2 jam baru boleh minum smecta + air garam ...
En hubby lambat gi kerja kerana tolong bawa ke klinik dan masakkan bubur...lepas ni duk diam-diam sorang-sorang kat rumah sampai Hana balik sekolah ...
Dapat MC satu hari ni...minta maaf Dr Nordin, petang ni tak dapat attend meeting jabatan ...
ok..need to rest ..
Wslm.

4 comments:

  1. Kesian nurazzah...kadang2 bukan salah makanan tu tapi campuran apa yg kita makan sebab tu Rasullullah ada menerangkan makanan apa yg tak baik di makan bersama.
    semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam haizan,

      terimakasih di atas keprihatinan anda...tadi pergi klinik dah dapat satu injection...kurang sikit sakit perut memulas-mulas ... hopefully diarrhea pun akan baik secepat mungkin ...

      Ya Allah, Sembuhkanlah penyakitku ini ..Ya Allah ...

      Delete
  2. nasi kot kak Azzah.. selalu neeza pun ada kena gitu. Orang lain tak kena. mungkin part yang kita makan tu spoil... semoga cepat sembuh ya. Shafaakillah..

    ReplyDelete
  3. sesekali Tuhan bagi cuci perut.

    Begitulah kerdilnya kita. silap makan sikit dan memulas bagai nak pengsan.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....