Friday, September 7, 2012

Nota Hati Seorang Lelaki

Salam pagi Jumaat, penghulu segala hari.  Alhamdulillah . Allah masih memberiku peluang untuk menghirup udara segar pada pagi Jumaat ini, masih meminjamkan lagi umurku sehari lagi untuk hidup di bumiMu ini Ya Allah...agar hati ini sentiasa mengingati dan mensyukuri NikmatMu yang tidak kunjung padam, setiap saat tidak putus-putus nikmat yang Engkau berikan. 
Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan? (Ar-Rahman)

Sebaik membuka emel di pejabat, tertera emel dari Puan Maimon, AR di pejabat. 

KEPADA PESERTA  TADARUS AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN 2012/1433H
 
Dimaklumkan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) telah memberi cenderahati sebuah buku bertajuk 'Nota Hati Seorang Lelaki' oleh Pahrol Mohd Mohd Juoi.
 
Lalu segera ku ke pejabat untuk mendapatkan buku tersebut..



Sinopsis buku ini: 
Penulis Ustaz Pahrol Mohamad Juoi bukan sekadar bercerita tentang perasaan dan jiwa seorang lelaki, tetapi dia juga turut menyentuh persoalan rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain "gelanggang" juang seorang lelaki. Disebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.

Sememangnya Ustaz ini terkenal dengan puisinya, terdapat sebuah puisi di kulit belakang buku ini:

Izinkan lelaki itu pergi
Walau kakinya bagai terpasung luka
Walau hatinya tercalar bisa
Izinkan dia melangkah jua

Tangismu tidak dia lupakan
Bukan dia tega 
Bukan dia rela
Tetapi dia terpaksa
Izinkan dia pergi jua

Dihatinya ada wahyu yang merayu
Disitu tidak pernah ada tunggu
...walau terjerat, walau terikat
Dia mesti pergi jua

Ah, genderang itu telah berbunyi 
Dia terpaksa pergi
Jangan kau tunggu lagi
Mari pergi bersamanya
Walau terseksa....lelaki itu kan pergi jua!

InsyaAllah , akan ku cuba meluangkan masa untuk membaca buku ini..

7 comments:

  1. Kakak pasti kalau buku Ust Pahrol mesti best isi kandungannya. Baguslah komuniti Islam di tempat Azzah..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Nurazzah

    kisah lelaki ni...

    ReplyDelete
  3. Kak Zakie,

    As-Salam...itulah kak, tak sabar-sabar nak baca...Semoga ilmu yang didapati akan dimenafaatkan sepenuhnya...ALhamdulillah kak...suasana tempat kerja yang bukan sahaja menekankan hal duniawi tetapi juga menitik-beratkan hal-hal agama, Alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Maiyah,

    InsyaAllah, bila dahhabis baca nanti akak akan ulas lagi...

    ReplyDelete
  5. atuk,

    As-Salam..ya atuk..sememangnya kisah lelaki, tetapi mungkin ada cerita-cerita nya nanti boleh juga memberi menafaat kepada kaum wanita..

    ReplyDelete
  6. carilah sesuatu yg 'luar biasa' drpd buku yg biasa ini :)

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....