Wednesday, September 5, 2012

Jamuan Hari Raya FSKM

Selagi belum habis bulan Syawal, selagi itu adalah jamuan Hari Raya Eidul Fitri, ada jemputan "Rumah terbuka" , "Office terbuka", "Jabatan terbuka"  dan entah apa-apa lagi yang terbuka, tak tahu lah...memang zaman sudah berubah banyak... 
Jika dahulu semasa kita kecil , sekolah, tak payah pun tunggu orang buat Rumah Terbuka baru nak datang berhari raya, bila-bila masa kita nak datang beraya kita datang aje, ketuk, bagi salam, raya...yang penting dapat "duit Raya" ! hehe..
Tetapi masa telah mengubah banyak perkara. Mungkin dahulu ramai ibu-ibu yang menjadi suri Rumahtangga sepenuh masa, jadi mereka ada di rumah sepanjang masa, boleh lah kanak2 datang berhari raya sesuka hati bila-bila masa, tetapi sekarang, kebanyakan ibu/isteri sudah bekerja, terutama di bandar-bandar besar. Oleh itu, sudah tentu tiada sesiapa di rumah di siang hari...hanya bibik-bibil (itu pun jika ada bibik)..oleh itu ramai orang membuat Rumah Terbuka di hujung-hujung minggu agar dapat menjemput saudara-mara dan jiran tetangga untuk datang berhari raya...
jadilah konsep 'Rumah terbuka" sekarang ...
Malahan di pejabat-pejabat pula, semua pekerja bersetuju membuat Jamuan Hari Raya agar dapat merayakan kedatangan Syawal sesama rakan sepejabat. Kerana apa? Kerana mereka tidak punya masa hendak berkunjung ke rumah sesama sendiri di waktu lain..jadi buat 'pejabat Terbuka" , maka dapatlah meraya kedatangan Syawal bersama.
Hari ini, FSKM - Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Shah Alam, membuat Jamuan Hari Raya untuk semua staf fakulti...
ALhamdulillah, agendanya bukanlah hanya "makan-makan" sahaja, tetapi didahului dengan sesi tazkeerah oleh Ustaz hj Zaki Ghazali, pensyarah di FSKM. Tazkeerah beliau sangat bagus dan memberi makna baru dalam merayakan kedatangan Syawal. (Saya akan buat entri lain mengenai tazkeerah beliau, InsyaAllah)
Kemudian diikuti oleh sedikit ucapan oleh Prof. Dekan, dan bacaan doa selamat untuk pensyarah dan staf yang akan menunaikan haji tidak lama lagi.
Akhir sekali baharulah acara makan-makan berlangsung...Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....