Thursday, February 12, 2009

Inikah adab pelajar zaman sekarang?

Inikah adab pelajar zaman sekarang?

Apakah nilai adab seorang pelajar di zaman ini? Bukan budak sekolah rendah dan juga bukan budak sekolah menengah, tetapi pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini, pelajar yang bergelar mahasiswa! Kita berusaha untuk mendidik (bukan sahaja mengajar) mereka, tetapi inikah balasan atau adab mereka terhadap seorang pendidik?

Kita diajar bukan sahaja mempelajari apa yang diajar oleh guru di sekolah/ pensyarah di universiti, tetapi mematuhi dan menghormati guru/pensyarah kita.

Menurut Imam al-Ghazali seseorang murid hendaklah:

• Memberikan sepenuh perhatian kepada gurunya.
• Mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran.
• Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
• Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang didengari.
• Sekiranya perlu bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.
Menghormati guru di hadapan dan belakangnya.
• Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.
• Mendoakan kebaikan baginya.

Kisah 1:
Seorang rakan sekerja saya Dr. KM berkata: "Saya pernah tegur dgn baik pelajar
fakulti *tuuutttt* di parkir lot kita, tapi mereka ajak saya bertumbuk"
Pelajar tersebut berkata, "Encik cakap je bila dan kat mana"

Nampaknya ada segelintir pelajar yang bukan saja biadab tapi samseng.

Kisah 2:
Pada suatu hari di waktu tengahari, seorang mahasiswi (katanya dari Fakulti *tuutt*)
yang menaiki kereta Perodua Viva berwarna putih dengan nombor kereta C*V2**2 telah
berlaku biadap dengan bukan sahaja dengan meninggikan suaranya berkata,
"Where am I going to park my car?", "Why do you need all these parking places for
lecturers only?", malah lebih dari itu.

Lalu rakan saya, Dr. SAA nerkata, "Don't you know how to speak to lecturers?",
lalu beliau meminta kad matriks mahasiswi tersebut utk diambil maklumat peribadi
untuk dibuat laporan kepada Bahagian Keselamatan.
Mahasiswi tersebut tidak benarkan, maka rakan saya cuba mengambil gambarnya dengan
camera hp.
Mahasiswi tersebut menjerit--"This is harassment! I will call the police!"

Dr SAA mencatat nombor kereta dan beredar keluar dengan Mr N menggunakan kereta Mr N.

Ketika di simpang parkir dengan jalanraya, mahasiswi tersebut keluar dari kereta dan
memanggil rakan2nya. Entah apa dikatakan kpd mereka. Bila Dr SAA lalu didepannya,
dia berkata, "F*** OFF". Itulah hadiah agaknya mahasiswi ini boleh berikan kpd
pensyarah yang menegur mereka.

Sebelah petangnya pula semasa Mr N memandu keretanya, dia dapati salah satu
tayarnya bocor. Kebetulan? Ada kesan bocor di tayar tetapi tiada paku, besi, dsb.

Apa lagi, ya selepas ini?

Marilah kita menangani isu ini SESUAI dengan akhlak dan adab mahasiswa
kita. Setakat ini mereka cuma takut bila adanya pengawal keselamatan.
Di beberapa fakulti lain, staf dah serik menegur kerana kereta mereka
mendapat souvenir khas dari mahasiswa kita.

42 comments:

  1. Entahlah kan. Sekarang ni melawan emak bapak pun sanggup, apatah lagi melawan orang lain yang takde kena mengena dengan kita.

    Na'uzubillah

    ReplyDelete
  2. azzah...

    ni lah moral anak2 skg kan banyak berbeza dari masa kita...macam cikgu chin kata kalau dulu 'biar mati anak jgn mati adat'tapi skg lain pulak 'biar mati adat jgn mati anak'....

    kekadang yg merosak kan anak2 ia lah mak/bapak sendiri..tapi bukan semua ye...hehee

    ReplyDelete
  3. Hilang BARAKAH ! Itulah hakikatnya bila seorang pelajar itu tidak lagi menghormati gurunya.

    Hingga hari ini, Abang long masih lagi ingat jasa guru yang mengajar Al Quran diwaktu kecil, dan tetap mendoakan kesejahteraan roh arwah.

    ReplyDelete
  4. haa, itu jenis bile dah grad tak dapat kerje.

    eleh, kalau die nak call polis pun, ape die boleh buat. bawak ke mahkamah?. duit pinjam ptptpu pun tak boleh bayar. nak upah lawyer konon.

    ReplyDelete
  5. Ina,
    Perasaan hormat kpd kedua ibu bapa dan orang tua yang semakin hari semakin terhakis. Apakah sebabnya?

    Salah satu sebabnya adalah pemakanan yang diberikan kepada anak-anak. Sebab itu segala apa yang hendak kita makan atau beri anak-anak makan hendaklah diketahui kehalalannya... kerana setiap apa yang dimakan akan menjadi darah daging dan juga mempengaruhi sifat-sifat seorang anak itu...

    ReplyDelete
  6. Kak Elle,
    saya sokong sangat apa kak elle kata.. zaman sekarang kadang-kala ibu bapa terlampau memanjakan anak-anak...ini tak boleh, itu tak boleh... usik sedikit anak mereka pun tak boleh.... anak mereka saja betul...cikgu yang salah... sebab tu anak murid naik tocang....

    sepatutnya ibu-bapa patut menyiasat dahulu jika berlaku sesuatu perkara, samada betul aduan yang anak-anak berikan.... jangan marah-marah guru depan anak-anak...

    Saya dahulu, memang tak berani nak mengadu apa-apa dengan ibu-bapa, walaupun saya rasa bukan salah saya... kerana jika saya mengadu, ibu-bapa tak pernah menangkan saya, sebaliknya menyalahkan dan memarahi saya...silap-silap kena rotan! zaman dahulu...'guru sentiasa betul...' zaman sekarang.... 'anak yang sentiasa betul....' sebab tu anak naik tocang...!!!!

    ReplyDelete
  7. Ya abang Long....

    tetapi apa yang murid sekarang tahu tentang BARAKAH? Pada mereka kalau kita cakap pasal BARAKAH...tak ada kena mengena dengan kehidupan mereka...

    kerana zaman sekarang..manusia lebih CINTAKAN DUNIA, DAN HARTA KEKAYAAN SERTA KEMEWAHAN....

    ReplyDelete
  8. Amin,

    hehehe...memang ramai (tidak semua lah) pelajar yang sekarang tidak hormat guru/pensyarah....

    ReplyDelete
  9. salam mak ude..
    uh~uh sungguh x best nya kejadian itu..memalukan mahasiswa/i lain je..semoga kejadian2 mcm ni x berterusan..[alhamdulillah,setakat ni x pernah la plak dgr lecturer kt fakulti qila komplen psl tayar pancit..huhu]

    ReplyDelete
  10. Masyallah.. sory to say la.. student2 yang ada dok tingal kat sekitar shah alam ni mmg kaki2 samseng punya.. ida n hub pun penah kene kejar dek student gilos ni sebab kitaorang tegur dia double parking betul2 depan kete kitaorang and betul2 depan kedai2. kitaorang dikejar dan ditahan dengan kete dia 3 kali, dia terpekik2 suruh kitaorang berhenti dan bergaduh. Pada pendapat ida, mungkin ada unsur dadah terlibat sebab orang yang waras akalnya takkan buat bende giler dan biadab macam ni.. elok lah report kat polis (kitaorang p report sbb takut dia attack rumah plak). Macamana kitaorang tau student? sebab kete iswara plat num D**** then muder, then pantang ditegur..
    Saya masa memuder dulu takder de nak biadap kat orang sampai bocorkan tayar kete cikgunya plak tu.. kalau biadap pun sebab oranglain biadap kat kiter dulu..sayang and respect pada cikgu2 and lecturer2..

    ReplyDelete
  11. ish ish ish...kekadang tu malu jugak dengan bangsa lain...sbb ada anak murid saya yg memang bangsa bukan bangsa kita, dia punya sopan santun mak aih....sangat bagus....sejuk hati kita as lecturer....

    betul kata k.azzah tu, ini mungkin salah satu dari hasil terlalu manjakan anak la ni....yg suka pegi marah cikgu2 bila anak balik ngadu huhuhu

    ReplyDelete
  12. Salam Sejahtera & Salam Ukhuwah dari abu Luqman

    ReplyDelete
  13. saya setuju dgn akak, selain didikan parents makanan pun sangatlah mempengaruhi tingkah laku seseorang..mana yang syubhah tu elok lah ditinggalkan..tapi kalau anak2 dah besar dan kita tak didik betul-betul soal halal-haram ni mana kita tahu depa makan apa bila di luar rumah kan?

    Maka dari kecil kena pantau benda ni sebab pendidikan bermula dari rumah..

    kalau dah sampai ke tahap lecturer kena harass dgn students, apa kes ni?

    Mudah-mudahan anak2 cucu kita tak jadi macam tu.

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya dari peringkat sekolah lagi, dah gitu. Berani melawan, tak kira cikgu atau orang yang lebih tua...

    Ada anak2 kat quarters ni, kalau kita pandang je, dia jeling balik. Kita pulak jadi takut....

    ReplyDelete
  15. bia btol ummi?troknye...berlagak pulek budak2 tuh...ish2...kalo student2 arab nih bergadoh2/bertekak ngn lecturer tyme dalam kelas jek..psl xpuas hati ade pape fact yg lecturer bg salah ke..atau xpuas hati lecturer halau dorg sbb dorg bising ke ape ke dlm klas..tp lecturer arab lg menggerunkan..lecturer kne garang2 kot..

    ReplyDelete
  16. salam..sedih sungguh dan itu la realiti mahasiswa zaman ini....begini ker corak bakal pelapis negara di masa depan...hancur la jadinya. Adab ni kena dimulakan dari awal lagi..dari sekecil2 perkara...as simple as tunduk hormat bila lalu depan org tua....

    ReplyDelete
  17. These are the future generations yg akan jadi pemimpin. Menakutkan....

    Didikan awal penting, dari rumah mak bapa kena mainkan peranan. Tapi kalau anak2 dibesarkan oleh bibik, maybe ni lah hasilnya... Tak da rasa hormat pada org tua.

    Cikgu2 pun serba salah bila nak tegur anak murid yg buat salah. Sebab mak bapak sekarang suka saman menyaman...

    ReplyDelete
  18. Qila, agaknya mahasiswa/i UPM baik-baik belaka...Alhamdulillah

    ReplyDelete
  19. jus call me ida,
    hurm...sedih sangat tengok perangai bebudak ni...kita dulu sangatlah takut dan hormat kepada cikgu/pensyarah kita, walaupun pensyarah akak semasa di USA tu dulu semuanya bukan beragama Islam...tetapi mereka mempunyai akhlak mengalahkan orang Islam itu sendiri...

    ReplyDelete
  20. Alex Lacey, itulah...malu kita sebagai orang Islam tetapi perangai macam syaitan...sedangkan orang bukan beragama Islam mendokong nilai-nilai murni Islam.

    Suatu masa dulu saya pernah terserempak pelajar macam ni tapi tak berani nak tegur sebab takut apa-apa jaaaadi kat saya, dah lah saya ni perempuan sorang kat parking tu... dan dia telah nampak saya keluar dari kereta saya...

    ReplyDelete
  21. Abu Luqman,
    Salam Sejahtera dan Ahlan wa Sahlan... Salam perkenalan dan terimakasih kerana sudi singgah meninggalkan jejak di blog ini... semoga kita mendapat menafaat dari segala ilmu yang kita alami dalam kehidupan seharian.

    ReplyDelete
  22. OO, memang makanan merupakan elemen yang paling penting dalam pendidikan anak2...selain dari didikan dari ibu-bapa. Kerana segala apa yang dimakan akan menjadi darah daging kita dan anak-anak...

    elakkanlah dari makan makanan yang haram dan syubhah.... lebih elok jika kita galakkan anak-anak makan makanan yang dimasak sendiri dari makanan yang dijual di luar sana..terutama makanan segera...burger, hot dog, etc...bukanlah makanan yang baik dan elok utk tumbesaran anak-anak...
    sebab tu di sekolah Tahfiz, makanan yang disediakan untuk dimakan akan dipantau dan diteliti terlebih dahulu...

    ReplyDelete
  23. Tie, sebenarnya kalau mereka sudah biasa buat begitu kat rumah, tentu tidak janggal untu kmereka melakukan kepada orang lain... memang akak setuju sangat memang ibu-bapalah yang mencorakkan perangai dan kelakuan anak-anak...

    ReplyDelete
  24. kak long, ya itulah hakikat sebenarnya...

    ReplyDelete
  25. arsaili,

    memang menakutkan...apatah lagi kita yang berhadapan dengan mereka ini ...

    nilai-nilai murni sudah semakin terhakis dari sanubari anak-anak ini...

    ReplyDelete
  26. mamamia,

    walaupun ada bibik, ibu-bapa tidak patut menyerahkan segala tanggungjawab membesarkan anak-anak kepada bibik... bibik hanya sebagai pembantu, tetapi ibu-bapa lah yang sepatutnya menunjukkan contoh dan mendidik dengan sebenarnya...

    ReplyDelete
  27. salahkan mak bapak

    ReplyDelete
  28. sungguh memalukan, tak ada apa lagi yang nak dibanggakan dengan mahasiswa/siswi jika ini hasilnya. segalanya bermula dari rumah, mereka ingat merekalah paling hebat. Bagaimana nak kawal students macam ni, entah-entah ibu bapa pun selalu ingat anak mereka ni baik.


    zany

    ReplyDelete
  29. hmm apa nak jadi dgn siswa siswi kita nih yer kak azzah. Tapi setuju dengan semua. Semuanya bermula dari rumah, pemakanan, pergaulan, persekitaran. Kadang2 tak tahu nak salahkan siapa.

    p/s: lama saya tak kemari, nampak link blog akak dr pengunjung yg dtg ke blog saya, terus teringat. Oh ya, suami akak orang Parit Raja kan. parit Raja kat mana ekk??

    ReplyDelete
  30. Hi Nurazzah, just dropped say hello.
    You keep well and have a nice day, Lee.

    ReplyDelete
  31. Dear Che Uda,
    Memalukan sungguh... dan menakutkan sekiranya budak2 kurang ajar tu membalas dendam bukan setakat pancitkan tayar...

    Ishh... salah siapa? Mak Bapak??

    ReplyDelete
  32. zany,
    kadang-kadang pensyarah cuba tegur dengan baik, tapi disalah anggap oleh pelajar, lalu pelajar mengadu kepada ibu-bapa. Apabila ibu-bapa terus memarahi cikgu/pensyarah tanpa usul periksa, anak-anak semakin besar kepala.

    ReplyDelete
  33. Macam-macam perangai pelajar ini. kadang kala mengancam kesabaran kita. saya da terbaca dalam majalah Solusi agar kita menjadi Pendidik (murabi) tetapi bukan pengajar (mualim)

    p/s: betulkan saya jika salah yer.

    ReplyDelete
  34. ya, murid makin biadap kerana terlalu dimanjakan. dulu guru diberi kuasa mengajar dan mendidik. sekarang tidak lagi. sedikit herdik, dan memegang tubuh murid, ibubapa melentik, malah laporan polis dibuat.

    so, salah siapa kalau murid kita kurang ajar?

    ReplyDelete
  35. kak,

    now student cuma belajar untuk mendapat sekeping ijazah dgn grade. Bukan untuk mendapat pendidikan, ilmu utk dipraktikkan dan jauh sekali baraqahnya. Tapi bukan semua, ada lagi segelintir yg masih dilandasan yg benar.

    Mereka belajar dan belum tentu TERDIDIK.
    Inilah isu semasa yg beyond isu agama/bangsa/taraf sosial/partisan politik

    ReplyDelete
  36. Salam Nurazzah8,
    Memang benar ramai pelajar sekarang tidak hormat kepada guru lagi. Ada yang ajak guru bertumbuk dan ada pula yang rosakkan kereta guru. Entah apa nak jadi dengan pelajar kita sekarang.

    ReplyDelete
  37. Salam..Puan, Saya cadangkan agar puan bawa perkara ini ke pihak atasan. Ikut pengalaman saya semasa belajar di salah sebuah IPTA di Malaysia, peraturan kepada pelajar yg ingin membawa kereta adalah seperti berikut :
    1) Masuk ke dalam kawasan kampus melalui jalan yg telah ditetapkan dan kenderaan wajib mempunyai stiker
    2) Letak kereta di parkir khas untuk pelajar
    3) Untuk ke fakulti, perpustakaan dll, sila guna kan bas Universiti yg beroperasi di dalam kampus

    Tujuan dilaksanakan peraturan sebegini ialah untuk menjamin kelancaran trafik dan keselamatan di dalam kampus, memudahkan staf Universiti untuk parkir sekiranya terlibat dengan mesyuarat/kuliah/aktiviti di luar pejabat (jadi, tak la buang masa nak cari parkir).

    Sesuatu yg harus pelajar2 ini ingat ialah, mereka masih berstatus pelajar. Oleh itu, mereka perlu dididik sebagai pelajar. Jika kita benarkan, mudahkan dan mewahkan mereka, they won't leran, they learn nothing bak kata pepatah "Beakit-rakit ke hulu, berengang2 ke tepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian"...

    ReplyDelete
  38. Yus,
    sebab tu pendidikan anak-anak hendaklah dimulakan dari awal lagi, sebenarnya dari sebelum bersalin lagi...bgmn kita mendidik semasa masih dalam kandungan, kemudian selepas lahir...seterusnya sehingga besar...
    Memang ibu-bapa lah yang mencorakkan anak-anak mereka...

    ya..husband akak orang Batu Pahat, Parit Raja... dekat sebelah bangunan peladang tu...dah dekat dengan pekan Parit Raja...

    ReplyDelete
  39. Hi Uncle Lee,
    thanks for dropping by...still waiting for your stamps..

    ReplyDelete
  40. Dalam Dakapan Ibu @ Ja,
    ya..memang menakutkan...tidak sangka begitu sekali perangai mereka... Che Uda pun bila sendirian tak berani nak tegur...takut diapa-apakan kita...atau paling kurang pun nanti kereta kita akan mendapat 'hadiah'nya...

    ReplyDelete
  41. itu kes yg melibatkan golongan yg cerdik pandai. Yg kurang cerdik kat kg2, pekan2 ni lagi le......entah apa nak jadi dgn budak2 sekarang.

    ReplyDelete
  42. Malu saya sebagai mahasiswa tempat Puan....

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....