Tuesday, February 3, 2009

Kuliah Maghrib oleh Prof MKI

Salam semua,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput semua yang berkesempatan untuk hadir ke sesi kuliah maghrib:

Tarikh : 6hb Feb 2009 (Jumaat )
Tempat: Surau At-Taqwa, Seksyen 7(PKNS), Shah Alam
Penceramah: Prof Muhammad Kamil Ibrahim , penulis best-seller Travelog Haji dan Travelog Dakwah.

update:
Disebab ramai yang bertanya di mana surau At-Taqwa, Seksyen 7 (PKNS).. di sini saya sertakan panduan...(nak draw map dah tak sempat...terimakasih aiyrie yang tulis dalam bahagian komen, tapi surau yang anda maksud bukan surau At-Taqwa)

Untuk pengetahuan, Seksyen 7 adalah seksyen yang terbesar di Shah Alam, dan ada LIMA(5) surau di sini : surau Mawaddah (area dekat Kompleks Belia), surau Al-Islah (area seksyen 7 Worldwide), surau At-Taqwa(area rumah Exco), surau Ar-Raiyan (area jalan Kristal - dekat kedai2 makan) dan surau Mustaqimah (dekat flat seksyen 7).

Surau At-Taqwa terletak di Jalan Jasper 7/15, bersebelahan dewan MBSA dan padang (terdapat tadika Nuh's Ark di situ), landmark yang jelas ialah perumahan EXCO kerajaan negeri Selangor (10 buah banglo di atas bukit).

Jika dari Federal Highway dari arah Klang, exit ke arah UiTM, traffic light yang pertama (kanan ke pintu masuk belakang UiTM) jalan terus, traffic light yang kedua pun jalan terus, traffic light yang ketiga (sebelah kanan nampak UNISEL dan program persediaan ke Jepun) ambil kanan. Selepas itu masuk simpang pertama ke kiri, jalan terus (nampak padang di sebelah kiri dan banglo EXCO di sebelah kanan), selepas padang simpang pertama ialah Jalan Jasper 7/15.

Jika dari bulatan di pintu masuk utama UiTM, terus sehingga jumpa traffic light, (sebelah kiri ada SHELL dan Unisel), buat U-turn, dan masuk simpang kiri yang pertama, terus dan jumpa padang sebelah kiri. selepas simpang pertama ialah Jalan Jasper 7/15.

Jika dari arah Hotel Concorde , sek 11, sek 10, sek 9 dan sek 8, terus sahaja sehingga berjumpa traffic light di sek 8 (ke kiri arah ke rumah rasmi MB), terus lagi (seperti naik bukit sikit) sehingga berjumpa traffic light, belok kiri, dan terus sehingga berjumpa jalan Jasper 7/15.

Semoga berjumpa lagi malam nanti.

Sesiapa yang berada di kawasan Shah Alam atau sekitarnya, dijemput dan dialu-alukan untuk hadir. Jangan lepaskan peluang ini, dari penulis best-seller buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok.

9 comments:

  1. bestnya...dia tanak dtg Bangi ker? :D

    ReplyDelete
  2. Alex Lacey,
    Rasanya Prof sangat mengalu-alukan sesiapa yang hendak menjemput beliau...boleh tulis emel ke Prof, cari tarikh yang sesuai...

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Azzah
    Su teringin nak pegi, tapi tak tahu surau seksyen 7 tu kat mana. Ada peta tak?

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum,

    1 tahun 7 bulan yang lalu, saya tinggal di Seksyen 7, Shah Alam. Tapi kini saya di Kampar, Perak.


    Kepada sesiapa yang hendak ke Surau Seksyen 7 (PKNS) tersebut, ini ada satu tips.


    Jika dari Federal highway, sila keluar di susur keluar Padang Jawa. Jika dari Kelang, anda perlu ke Kiri dan jika dari KL anda perlu ke kanan [Menuju ke arah Pintu ke-2 UiTM]

    Bila sampai traffic light [simpang 4, satu untuk masuk ke UiTM], ambil simpang kiri [yang bertentangan dengan Pintu pagar UiTM. Kemudian terus dan ambil simpang ke-kanan yang pertama [anda akan nampak medan selera/tapak pasar malam di sebelah kanan]. Surau berada tidak jauh dari situ, selepas dewan seksyen 7.

    ReplyDelete
  5. Aiyrie,

    terimakasih kerana memberi arah, tetapi surau yang anda maksud bukan surau At-Taqwa, tetapi adalah surau Mustaqimah.

    Surau At-Taqwa terletak berdekatan perumahan banglo EXCO kerajaan negeri Selangor, berdekatan UNISEL.

    ReplyDelete
  6. salam..
    mulanya kakliza pun baritahu anak akak yg akan hadir majlis ini yg surau ni dekat rumah dia tapi rupanya kat tempat lain..
    anak kakliza tinggal berdekatan ngan surau Mustaqim..

    ReplyDelete
  7. Kak Hanieliza, tak jauh sangat sebenarnya dari surau Mustaqim tu...suruhlah anak datang

    ReplyDelete
  8. salam kak nurazzah..ruginya rasa tak dapat hadir.. baru berkesempatan untuk bukak internet ni..saya ada satu jer la buku prof..travelog haji mengubah sempadan iman.. nak cari yang lagi satu nyer la
    Akak nanti sebar2kan lagi yerk..

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum,

    Maaf, tersalah bagi tips.. :(
    Maklumlah, hampir dua tahun meninggalkan Shah Alam. Lupa nama Surau. Yang saya nampak PKNS, tu yang bagi tips ke surau aparment PKNS tu. Semoga tak ada yang tersalah tempat kerana tips saya.

    Minta maaf banyak-banyak sekali lagi.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....