Sunday, February 8, 2009

Setem

Beberapa hari lepas, menerima sepucuk surat dari Kanada, dengan 4 keping setem Ox CNY2009. ULee dari Kanada telah mengirimkan surat tersebut atas permintaanku, selepas membaca blog beliau yang ada menyertakan gambar setem Kanada sempena CNY. Thanks a lot ULee.

Sebenarnya ini adalah sebagai memenuhi kegemaran/hobi anak bongsu ku Hana. Hana sebagaimana kak long Asma' juga suka mengumpul setem. Hobi ini disukai oleh Hana' selepas melihat album-album setem kepunyaan Kak Long Asma'. Sejak Hana' berumur 5 tahun, setiap kali ada surat yang bersetem sampai ke rumahku, sudah pasti dia suruh simpan sampul surat setem tersebut. Malah Hana' turut serta dalam proses menanggalkan setem tersebut dari sampul surat. Caranya ialah mula-mula dengan menggunting sampul surat di bahagian yang ada setem tersebut. selepas itu perlu direndam dalam mangkuk berair (tujuan untuk menanggalkan setem tanpa terkoyak) selepas setem telah tertanggal dari kertas sampul surat, setem tersebut perlu dikeringkan terlebih dahulu. Apabila telah kering, setem-setem tersebut akan disusun di dalam buku setem.

Buku-buku setem kepunyaan kak Long Asma' yang kini diturunkan kepada Hana' pula....

Sebenarnya secara tidak langsung mungkin hobi ini diwarisi dari Tok Wan (ayahku) mereka. Sewaktu ayahku masih muda, beliau memang menjadikan hobi mengumpul setem sebagai satu hobi professional (dari cerita ibu dan juga dari album-album lama yang dilihat oleh ku). Ayahku menjadi ahli filateli dan mempunyai ramai pen-pals dari seluruh dunia. Oleh itu beliau akan bertukar-tukar setem dengan sahabat pena beliau dari seluruh dunia. Bayangkan semua surat-surat dan setem tersebut (sejak tahun 30an, 40an dan 50an etc, masih lagi tersimpan sehingga sekarang! dalam tong kayu yang dibuat sendiri oleh ayah ... semasa pulang ke kampung tempohari, ayah mewariskan semua isi kandungannya kepadaku,kerana dikhuatiri dimakan anai-anai.)

Ayahku memang seorang yang sangat teliti dalam kerja-kerja beliau... Ayah lahir pada tahun 1924, melalui zaman penjajahan Jepun, kemudian British ... memang banyak pengalaman beliau...Aku berhasrat untuk membuat satu blog khas untuk ayahanda tersayang...(semoga Allah memberikan kelapangan untuk berbuat demikian)

Ini pula setem hadiah dari Tok Wan kepada kak Long Asma' pada tahun 1995 (waktu itu Kak Long baru berumur 8 tahun)setem-setem zaman sebelum merdeka lagi! Setem tersebut masih lagi bercop MALAYA!!!

18 comments:

  1. salam azzah masa sekolah dulu saya pun kumpul stem tapi ntah kemana pun tak tau...

    ReplyDelete
  2. Kak Elle, seronok nya kalau masih ada setem itu, boleh lah kita bertukar-tukar dengan setem Singapura...

    ReplyDelete
  3. Ummi masa kecik pun suka kumpul stem. bila pergi US, adik pulak take over.. sekrang entah keman pun pergi setem2 tu.

    ReplyDelete
  4. Ye la ummi, semasa saya belajar kat US dulu, 6 tahun di sana. Selalu tulis surat kepada ibu-bapa di kampung (since saya tahu ayah suka kumpul setem). Everytime keluar setem baru, saya akan beli dan tulis surat, kalau dah ketandusan cerita, saya hantar poskad sahaja, asalkan boleh letak setem.

    Baru-baru ini bila balik kampng, kemas kotak yang ayah beri tu, rupa-rupanya dia simpan semua surat/poskad/kad yang saya hantar dari US dulu..masih elok beserta dengan setemnya sekali...! sungguh terharu.... lepas tu satu hari dok mengadap sambil baca surat-surat lama tuh.... nostalgia sungguh....
    terbayang-bayang semasa kat sana dulu

    ReplyDelete
  5. Hello Nurazzah, terima kaseh seribu. Ha ha, surprised to see surat saya disini.

    Bahasa saya sebelum Merdeka, but boleh la faham 36%, ha ha. If I don't I guess by reading the whole sentence.

    Tetapi sekarang most of you pakai short cut Bahasa, buat saya kelang kabote, lintang pukang bacha, ha ha.

    I am very happy to know she muda lagi da start collecting stamps. Outstanding!

    Okay, you tell Hanar nanti...saya hantar some special ones, previous CNY ones....besok saya senang saya chari semua tin biscuit saya, ha ha.

    Okay, saya nak tidur zzzzzz, da pukul dua belas lebeh.
    Nurazzah senang datang pondok saya...esok pun nak keluarkan cherita baru.
    Selamat malam dai Canada, you have a nice day, Lee.

    ReplyDelete
  6. ULee, thanks a lot for the stamps... nowadays very seldom do we find people sending letters or postcard anymore, since the booming of internet era... letters are replaced by sending emails and to have live and real conversation people are using YM or others like Skype, where they can talk/chat and see each other thru the webcam. What a turn just in a decade...

    Letters are reserved for formal occassion only...sending bills and others. Even some of our bills nowadays can be viewed online (paperless)...

    About your Bahasa M, never mind...I can see from your spelling that you're still using old BM spelling...

    hehehe..you know this one word? Last time I also didn't know it until I heard my children used it a lot... 'OTAI' ....when I asked them what is 'OTAI' means, since I was quite sure there is NO Malay word as such, they told me actually it means 'OLD TIMER'!!!

    While we are having our communication thru comments in blogs and emails, I think I can help you in Bahasa...I think others also can help when you leave comments in their blog, right ULee? and in return you can translate that word into French (do you know French?) since I think Canadian speaks French besides English...? Correct me if I'm wrong...

    Ok...(from your comment up above):
    old spelling: "ch"
    new spelling: c
    example: chawan -> cawan
    chantek -> cantik
    chari -> cari

    old spelling: e
    new speling: i
    example: kaseh -> kasih

    1) you said: Terima Kaseh seribu.

    the way it should be:
    Ribuan Terima kasih.

    2) you said: bacha
    the way it should be: baca

    3) you said: kelang kabote
    the way it should be: kelam kabut

    4) you said: chari
    the way it should be: cari

    Ok...adios....

    ReplyDelete
  7. Salam hormat wahai Puan.

    Kiranya ada dua perkara disini.

    1 - Anak Puan peminat dan pengumpul stem. Hobi Puan pula apa ?

    2 - Dizaman ini sudah kurang mereka yang berutus surat. Tetapi saya masih lagi mengamalkan cara tradisional itu, khususnya kiriman kad lebaran. Terasa nostalgia.

    ReplyDelete
  8. Salam Abang Long,
    saya ada menulis mengenai hobi saya dalam beberapa entri suatu masa dahulu. Abang Long boleh baca dari archive.

    ReplyDelete
  9. arwah abang saya dulu minat kumpul setem ni....sampai 4 album rasanya dia ada....saya rasa sekarang ni album2 tu anak2 dia yg simpan...seronok jugak tengok setem lain2 pesen ni kan?

    ReplyDelete
  10. huhu..klong da terlupe da psl album2 setem nih....dlu2 jek semangat...yela sejak zaman tenet emel chatting nih..mane nk dpt byk2 setem..ssh nk dpt byk2 setem..org da jarang pos2..but it was a great hobby back then,wan bg setem2 dia yg berharge..excited setiap kali dpt surat,gunting envelope,rendam dlm air,tanggalkan setem,keringkan....huhu....skang nih klong kumpul bnde laen plak..hehe...to hana:jage almbum tuh baek2..hehe

    ReplyDelete
  11. Salam Nurazzah! Bawalah Hana ke rumah mak teh. Kalau ada rezeki dia selain dapat makan sphegetti mungkin dapat setem lama yang tersorok dalam kabinet hasil hobi Pak haji masa zaman mudanya.

    ReplyDelete
  12. dulu ader gak kumpul

    tapi sekarang


    entah lupa dimana letaknya album stem itu ....

    ReplyDelete
  13. Masa kecik2 dulu, ada jugak kumpul setem. Macam the rests, ntah mana letak pun tak tahu.

    Sekarang ni, nak kumpul setem challenging jugak. Sebab dah tak ramai org hantar surat, ya lah with all the SMS, email, & budak2 pun dah ada hp sendiri. Surat yg datang pun, official letters, yg tak pakai setem.

    ReplyDelete
  14. Alex Lacey,
    banyak cerita di sebalik gambar menarik setem.

    ReplyDelete
  15. Kak Long, semalam pergi beli lagi dua album setem yang baru di kedai buku Sri Tanjong...banyak setem yang Tok Wan bagi tak ada tempat nak susun.

    ReplyDelete
  16. Mak Teh, InsyaAllah nanti sebelum datang saya sms Mak Teh dahulu... Hana dah start sekolah tahun ini...ada kelapangan semasa hujung minggu sahaja...

    ReplyDelete
  17. pB, ingat-ingat lah balik, kalau tak mahu.. beri saje pada Hana...;-))

    ReplyDelete
  18. mamamia,

    ye memang seronok sebenarnya kumpul setem...banyak benda baharu yang dipelajari... kadang-kadang nama-nama ikan, tumbuhan, bunga-bungaan dan pelbagai lagi...yang kita tidak tahu wujud di alam ini...

    ilmu di dapati dari sekeping setem!!!!

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....