Tuesday, February 24, 2009

Anak Tukang Jahit(1)

Sejak dari kecil ibuku mengambil upah menjahit untuk menambah pendapatan keluarga. Masihku ingat aku suka duduk di sebelah mesin jahit ibu melihat ibu menjahit...ralit sungguh melihat roda mesin berpusing. Waktu itu mesin jahit ibu adalah mesin jenis lama yang menggunakan goyangan kaki untuk menggerakkan gelendong mesin (bukan menggunakan motor elektrik). Ia mempunyai 4 laci kecil, 2 di sebelah kiri dan 2 di sebelah kanan. Aku selalu menolong ibu menyusun benang-benang dan pelbagai alatan jahitan di dalam laci-laci tersebut. Kadang-kala semasa ibu sedang berehat atau memasak, aku akan main pondok-pondok di bawah mesin jahit tersebut. Duduk di tempat goyangan kaki sambil goyang ke depan belakang seperti menaiki buaian. Seronok sungguh, sehingga apabila ibu nampak terus dimarahi ibu.
(Gambar ihsan Muhammad Khairi. 2006,SMK Bukit Jana. 34600 Kamunting, Perak.Nota Kemahiran Hidup
www.freewebs.com/khbsatu/jahitan.htm
)

Sehinggalah tahun 1975, sewaktu aku berada dalam darjah lima, pelanggan ibu sangat ramai. Ini adalah kerana kami duduk di dalam quarters dan ramai jiran tetangga dan rakan-taulan menempah baju dengan ibu.
Masih ku ingat, sehingga malam Hari Raya, ibu masih lagi menjahit menyudahkan jahitan tempahan baju.

Aku, "Mak, bila nak gunting baju Raya Uda?"

Mak, "Nantilah bila mak dah habis jahit baju makcik ni ya, mak gunting baju Uda." Ibu cuba memujukku.

Aku diam sambil memerhati goyangan kaki ibu di mesin jahit dan menggenggam kain untuk membuat baju kurung Hari Raya. Entah bila aku terlelap aku pun tidak sedar.
Esok pagi lagi kakakku sudah mengejutkan aku, "Bangun-bangun, hari ni Hari Raya...bangun mandi nanti boleh pakai baju baru dan pergi jalan rumah kawan" Semasa itu bukannya nak pergi solat sunat Hari Raya, tetapi Hari Raya nak jalan rumah jiran dan kawan untuk kutip duit Raya...

Yae...yae... boleh pakai baju baru...! tiba-tiba aku terdiam apabila teringat tentang baju kurung, lalu terus teringat...

"Ini mesti mak dah gunting dan jahit baju kurung Uda"...

Bila pergi ke bilik ibuku...aku melihat ibuku baharu hendak menggunting kain untuk membuat baju kurung Hari Raya ku...aku terdiam...

Mak berkata, " Tunggu sekejap ya, mak tengah gunting ni, sekejap lagi siaplah,,,Uda pergi mandi dulu wangi-wangi ya."

Al-kisahnya, pagi Raya tersebut, seorang budak sekolah darjah 5 (aku lah tuh..) dengan muka sedih duduk di tepi tingkap rumahku sambil memerhatikan rakan-rakan bergembira memakai baju baru dan berkunjung ke rumah jiran tetangga. Air-mataku meleleh membasahi pipi kerana tidak dapat memakai baju raya pagi-pagi dan bergembira bersama kawan-kawan berkunjung ke rumah jiran tetangga.
Akhirnya aku dapat memakai baju kurung Hari Raya ku sewaktu tengahari dan semua kawan-kawan sudah pulang ke rumah masing-masing...

Hari Raya yang paling tidak dapat ku lupakan sepanjang hidup ku!



Sejak Hari Raya tahun itu, aku menanam azam hendak belajar menjahit dan menjahit sendiri baju Raya ku... hari-hari seterusnya apabila ada masa kelapangan aku akan melihat bagaimana ibu mengambil ukuran badan, bagaimana ibu mengira formula untuk melukis pelan baju, melukis pelan baju di atas kertas, dan seterusnya mempelajari menggunting baju...

Akhirnya pada tahun 1976, aku menggunting dan menjahit sendiri baju kurung Hari Raya ku! Tidak perlu lagi menunggu ibuku menjahitkannya kerana aku tahu kalau hendak menunggu ibu menjahit, alamat peristiwa lama akan berulang kembali...

p/s: Itulah orang kata, tukang rumah, rumah sendiri tidak siap
tukang jahit, baju sendiri dan anak-anak juga tidak dapat dijahit sendiri!

Akhirnya, aku mempelajari melukis pelan dan menggunting pelbagai pattern baju...
Kemahiran menjahit ini aku gunakan sepenuhnya semasa aku melanjutkan pelajaran di USA... (dapat tambah duit poket!)... ramai rakan menempah baju kurung dan baju melayu semasa menjelang Hari Raya (ialah...kat sana mana ada tukang jahit pandai jahit baju kurung Malaysia kan...)
Begitu juga apabila telah berkahwin (jahit sendiri baju kahwinku) dan mempunyai anak (Kak Long lah tu..)... sungguh seronok menjahit baju-baju gown anak perempuan...dengan ruffles, frills, renda, buttons....
Sehinggakan kawan-kawan yang mempunyai anak perempuan juga turut menempah baju gown anak mereka...

18 comments:

  1. Azzah saya pun belajar menjahit baju kurung dr arwah mak....tengok mcm mana dia potong saya nekat ikut..tak guna kertas potong terus kat kain..alhamdulillah jadi...bila anak2 sedara ramai saya lah jahitkan baju kurung mereka bila raya menjelang....tapikan baju sendiri saya tempah orang jahit....hehehe...ni dah lama tak pegang machine jahit.

    ReplyDelete
  2. salam..
    mak kakliza pun pandai jahit baju untuk anak dara dia..
    selalunya dia akan beli corak yg sama tapi berlainan warna untuk 2 daranya [kkliza dan adik la tu..]
    kakliza pun suka menjahit..
    masa belum terjebak ngan dunia siber mmg kakliza jahit baju sendiri dan juga baju anak dara akak..mertua dan anak kawan2..tapi le ni alahai..memang malasnya nak bertekun depan mesin jahit tu...
    kalau bertekun depan PC ..laju jer rasanya....

    ReplyDelete
  3. Salam Nurazzah! Mak mak tehpun tukang jahit dan tukang macam-macam lagi. Malangnya mak teh tak pandai menjahit. Sangat beruntunglah awak boleh menjahit. Nanti mak teh nak tempah buat baju boleh?

    ReplyDelete
  4. Kak Elle,
    samalah kita...saya sebenarnya pun dah 'pencen' menjahit... baju sendiri sekarang ni upah orang aje ... mesin jahit tu sekarang ni guna untuk jahit baju-baju dan seluar koyak ke... tapi langsir rumah masih jahit lagi...


    Azzah8

    ReplyDelete
  5. Kak Liza, ya..ya...saya pun sejak menerjunkan diri dalam bidang IT ni...banyak masa dihabiskan di depan komputer...

    ReplyDelete
  6. Mak Teh, itu dulu...sekarang ni baju saya sendiri tempah dengan orang lain, tapi kadang-kadang tu mata ni sakit je..sebab tak memenuhi citarasa sendiri...tapi nak buat macamana..den tak sompat lai nak jahit baju...pakai ajelah, walaupun tak puas hati...
    kalau jahit sendiri baru puas hati...
    anak-anak lebih memerlukan saya...terutama apabila bapanya selalu berjauhan...

    ReplyDelete
  7. pengalaman hidup memberi kuta ilmu bermakna. sia2 lah kalau yg asyik menyalahkan takdir atas kesulitan hidup terdahulu.

    tapi pengalaman lambat dapat baju raya tu rasanya berjaya membuatkak akak jahir baju sendiri lebih awal kot? atau masih seperti bidalan akak cakap tu
    p/s: Itulah orang kata, tukang rumah, rumah sendiri tidak siap
    tukang jahit, baju sendiri dan anak-anak juga tidak dapat dijahit sendiri!

    ReplyDelete
  8. Salam Azzah,

    Syoknya you pandai jahit baju... satu kemahiran yang dicemburui...

    ReplyDelete
  9. huhu.cite nih da byk kali umi cite dari klong kcik2 dlu...hehehe....[da lame umi xjahit baju klong...]skang asek tempah jek...

    hehe terigt tyme kcik2 dlu salu men2 mesin jahit umi gak...!
    tp smpai2 skang xsempat2 lg blaja jahit bju kurung...

    ReplyDelete
  10. Wah...begitu berharga kenangan dan pengalaman tu..

    Mak Tie pun pandai jahit.. Tie pulak yang tak pandai, mungkin kerana kurang sabar...lebih2 lagi jahit tulang belut tu...tak pernah lulus..

    ReplyDelete
  11. "Mak, awat poket ada tiga ja ? nanti tak muat nak bubuh duit raya?

    Waktu itu, mana ada wang kertas diletakkan dalam sampul.

    Ibu oh Ibu, PENGORBANANMU TERLALU BESAR !


    Wahai Puan. Nama Puan telah ada dalam Blog Abang Long. Sila jawab dengan setulus hati. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  12. Azzah...akak belajar menjahit dgn arwah mak...tapi bukan belajar pun...tengok aje...pastu pandai sendiri...

    Dulu rajin ambil tempahan...tapi sekarang dah bersara

    ReplyDelete
  13. izman, hehehe...dulu memang rajin menjahit, sekarang ni mata sudah kureng sikit nampak...menjahit sudah slow...tengok masa lapang dan tengok mood rajin ke idak...

    Kak Azzah8

    ReplyDelete
  14. SevenDrops,
    alamak...janganlah cemburu...kerana sekarang hanya menjahit sikit2..apa-apa yang koyak..etc...

    kadang2 baju sendiri pun tempah orang...hehehehe

    ReplyDelete
  15. yellowrose@kak long,

    haaa....kak long lah yang paling banyak dapat merasa baju jahitan ummi...sejak dari kecil sampai dah besar...cuma lately ummi dah tak cukup masa nak menjahit...

    Ummi@azzah8

    ReplyDelete
  16. Tie, memang jahit tulang belut tu kena banyak sabar...satu seni jahitan yang sangat halus... akak kalau boleh sampai sekarang nak jahit tulang belut..tapi ada masa kalau nak cepat buat jahit mata lalat pun cantik juga...

    Kak Azzah8

    ReplyDelete
  17. Abang Long, tak cukup kocek baju, kocek seluar pun ada...hehehe...
    kalau bebeudak pompuan, siap bawak handbag kecik sekali untuk letak duit....

    Alamak...segan lah nak letak mengenai Warkah Cinta...terlalu peribadi...

    ReplyDelete
  18. Kak Anie,
    awat tak menjahit lagi? tapikan Kak Ani sekarng ni kalau tak menjahit tapi pandai memasak...kan kan ...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....