Assalamu'alaikum wahai teman blogger sekelian...minggu ini merupakan minggu yang teramat sibuk..Kelas telahpun bermula dan in full swing...manakala pelbagai due date perlu di penuhi..semuanya minggu ini dan minggu hadapan ...
Oleh itu blog ini mungkin tidak dapat dikemaskini sekerap mungkin.
Terbaca di blog Kaki Sembang, berita mengenai seorang penyanyi rap wanita Perancis yang telah kembali kepada cahaya kebenaran...sungguh manis melihat beliau berhijab..
penyanyi rap wanita
terkenal di Perancia, Diam, mengejutkan peminatnya apabila buat pertama
kali tampil memakai hijab selepas memeluk Islam.
(baca lebih lanjut di sini)
Apabila menilhat gambar beliau, saya terkenangkan seseorang...mirip seorang senior sewaktu di STF dahulu, hampir serupakan?
Tengku Puan Pahang Darul Makmur
Tunku Azizah Aminah Maimunah
Tunku Azizah Aminah Maimunah
Ada lagi gambar beliau yang lebih mirip Diam, sewaktu beliau masih belum mengenakan hijab (tetapi saya tidak mahu meletakkan di sini, jika berminat anda boleh tanya Mr Google sendiri...)
Surah AnNuur. Ayat 031.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara
kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka
atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara
mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam
atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang
belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalia n kepada Allah, wahai
orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.


alhamdulillah
ReplyDeletetadik saya ke Sg Renggam , tapi tak sempat nak calling calling akak.
Pergi pun dalam keadaan nak cepat.
As-Salam pB, kalau pB call pun tadi, mungkin kita tak dapat jumpa sebab akak terlampau bz hari ni...Jadual padat..hatta tghr duringlunch hour pun penuh...
ReplyDeleteInsyaallah lain kali ada rezeki dan umur panjang kita jumpa lagi...
K Azzah