Nasi Paella (Spanish Rice)
Hari Minggu yang lalu saya mencuba resepi Nasi Paella yang Chef Hanieliza masak semasa membuat demo masakan di Mesjid Negeri Shah Alam dulu...tapi bahan-bahan ada yang tak cukup..saya pun mulalah "menderhaka" bak kata Chef Mat Gebu ...pandai-pandailah saya modify nak bagi sedapkan ...
Bahan-bahannya:
1kg beras basmati (direndam selama 1/2 jam , dibasuh dan ditoskan)
1 liter stok ayam (boleh ganti dgn 1 kiub pati ayam + 1 liter air)
1 potong ikan tenggiri (saya tak letak sebab tak ada)
200 g isi ayam (di potong kecil2)
200 g isi kupang (saya tak letak)
200 g udang besar
200 g sotong (dipotong-potong)
1 biji capsicum hijau (Dipotong dadu - saya tak letak)
1 biji capsicum merah (Dipotong dadu - saya tak letak)
1/2 cawan kacang pis
(sayur-sayur di atas saya ganti dgn mixed vege)
2 biji tomato (di cincang)
2 biji tomato (di cincang)
2 sudu makan margerin
2 sudu makan minyak masak (saya ganti dgn minyak zaitun)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Bahan menumis
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (saya suka banyak bawang putih ..jadi saya letak 3 ulas)
2 inci halia (diketuk)
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dengan margerin
2. Goreng udang dan sotong. Angkat dan asingkan.
3. Tumiskan bahan tumis sehingga layu.
4. masukkan isi ayam dan isi kupang ..Kacau rata.
5. Masukkan stok ayam dan serbuk kunyit dan garam.
6. Masukkan beras dan capsicum, kacang pis dan tomato. Biarkan mendidih.
7. Apabila sudah kering, kecilkan api dan masak sebentar..
Taburkan bawang goreng, hirisan daun sup/bawang (saya suka letak sedikit daun ketumbar utk wangi)
Taburkan udang dan sotong yang sudah digoreng ..
8. Hidangkan...
*** Saya masak nasi ini dalam pressure cooker NOXXA (hanya 7-8 min sahaja, Alhamdulillah, nasi masak rata dan tiada kerak)
SELAMAT MENCUBA


mak ude,nasi tu masak atas kuali ke dlm rice cooker?
ReplyDeleteFaizah, Mak Ude masak dalam pressure cooker ...8 minutes ONLY!
ReplyDeletenice ~
ReplyDeleteThanks Mrs Eady
Deletewahh boleh cuba ni...kdg boring gak asyik masak nasi maglubah je, sesekali nak try wesstern plak. tq kak azzah for sharing
ReplyDeleteDear Nor,
Deletecuba lah..sedappp tau...(hehe bukan nak puji diri sendiri ...tapi surprise sbb Alhamdulillah kali ni masak menjadi)
sedaaappppp nyaaa...!!
ReplyDeletebila-bila nak datang Shah Alam , roger awal2, boleh akak masakkan utk you ...hehehe
Delete