Friday, October 5, 2012

Bibik

Di waktu-waktu sibuk begini, betapa daku mendambakan seorang bibik di rumah yang dapat menolong ku membuat kerja-kerja rutin di rumah.... Awal-awal pagi sudah bangun membuat kerja rumah, kemudian terkejar ke pejabat pula, tengahari perlu pulang semula ke rumah memastikan makanan ada buat anak Bongsuku Hana apabila dia pulang dari sekolah... memastikan baju telah dibasuh dan disidai. jika sudah kering perlu diangkat masuk ke rumah jika tidak mahu basah ditimpa hujan. 
Sekarang pula kedua ibu-bapaku ada di rumah...makan-minum mereka perlu dijaga dan disediakan..kadang-kala daku tidak sempat hendak membuat sarapan, lalu pagi-pagi keluar ke kawasan perumahan di hadapan mencari kakak jual nasi lemak...balik kerja pula harus memikirkan apakah menu yang hendak dimasak...jika tak larat, nampaknya masak di restoren ajelah ... huhu
Rasa seperti tidak cukup 24jam sehari ...tak cukup 2 kaki dan 2 tangan ...
Ya Allah, berilah daku kalapangan dan ketenangan fikiran untuk meneruskan kehidupan ini...Ameen

6 comments:

  1. InsyaAllah, moga akak dapat lakukannya dengan baik dan moga akak dapat seorang bibik yang baik yang boleh bantu akak melaksanakan tugas dengan lebi baik di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yus, terimakasih, tetapi akak memang sudah tidak mahu ambil bibik lagi ... anak2 sudah besar... dgn pelbagai kerenah birokrasi Imigresen dll ... itu satu hal, karekter dan personaliti bibik itu menjadi taruhan ...jika dapat yg baik dan beragama, ok lah, tetapi jika sebaliknya, lagi menambah beban ...

      Delete
  2. A title for u....SUPERWOMAN!...tabik springggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norhaizan,

      tak ada sampai macam tu..tetapi itulah perngorbanan seorang wanita dan isteri kan... jika suami tak ambil kisah juga ..hurmmm...

      Kak Azzah

      Delete
  3. salam time management n team management.
    patutnya suami tolong jeja rumah. awak masak ..
    bukan suma lump pd bini je.
    tanggungjawab suami provide assistance n isteri melayan suami.
    nika masalah masyarakat kita. lelaki....tak dididik cuci pingfan kemas rumah sidai baju.
    kawan saya laki bini kerja isteri loyar prgi ct. laki dr. tapi mereka share keja rumah. anak 3. omputih mana ada maid. pastu garden dlm rumah pun cantik. hantar anak gi skolah. balik tumpang kawan balik.suma naik bas. bsju basuh siapa sempat. mka mmg sprnd weekend hal rumah ..shoping. masak utk weekdays.hantar anak piani etc.
    suma time management. tapi mereka takde lah blog...
    rumah garden cantik terurus potobg rumput senditi. klu bini masak laki kemas dapur cuci pinggan. bini godok baju laki basuh nasuk drier.mop lantai. basuh bilik air. mom monitor homework.
    anak ank dilatih tolong keja rumah.main jgn sepah.simpan kemas bila dah sudah.
    yet house very homely..

    org cuma ingat duduk england best. mka tak buat. hidup mereka std org putih buat.suma diy. laki suma tolong krrja rumah.diy small repair senditi buat. tak de aneh sums nak jimat.walau ada duit. sbb svgs.
    org kita mmg ...........tapi bini je yg buat. kat sini yg ada maid millionaire n queen.
    chairman of big bank ada tu takde maid.butler..only lord n lady...bapa kate middleton pon potong rumput...esp right after weddg.back to reality..
    maid tak de.
    tapi org asia dah biasa ada maid cheap labourr wlopun tak. kaya...

    entahlah

    maybe all got to time management n men be taught abt their duty. unless they are without arms and leg n deemed vege.

    then parentbto to didik anak...atbvery young age..

    maaf kalau tersinggung

    wasalam


    ReplyDelete
    Replies
    1. As-Salam anonymous,

      selalunya saya tidak layan orang yang tinggal komen tanpa meletakkan nama... seperti mahu berselindung...apa salahnya letak nama, bukan saya nak saman pun awak tinggalkan komen ...
      tapi komen awak yang panjang lebar dengan pelbagai kesalahan ejaan ...memeningkan saya hendak baca dan memahaminya ..

      nanti saya balas dengan membuat satu entri lagi ..

      saya rasa awak belum mengenali saya lagi..hanya membaca satu entri ini sahaja ... rakan2 blogger saya yang lain yang mengenali saya sudah faham keadaan ini...

      sebenarnya cerita saya di atas belum habis lagi ..tidak semua yang saya ceritakan ...

      Walaubagaimanapun, terimakasih kerana memberi komen ..

      Kak Azzah

      Delete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....