Sunday, October 7, 2012

Parkir

Semester ini saya mendapat satu kelas di Fakulti Sains Gunaan. Bermakna saya perlu menghadapi masalah parking yang memang kritikal di kawasan Menara.  Strategi saya datang awal dan saya merancang ke tempat parkir bertingkat bersebelahan Pejabat pendaftar dan Dewan Sri Budiman. 
Walaupun kelas saya bermula jam 8:30pg, tetapi seawal jam 7:30pg saya sudah ke kampus dan terus menuju ke fakulti untuk punch-in, dan terus ke parkir bertingkat.  Selalunya saya sudah berada di kawasan parkir jam 7:45pg dan saya membaca buku ataupun Al-Quran terjemahan sementara menunggu jam 8:20pg. 
Minggu ini seusai habis kelas jam 10:30 pg, saya tidak terus kembali ke kereta kerana ramai pula anak murid yang datang bertanya...jadi saya lewat turun...sampai di kereta sudah jam 11:15pg..

Sampai sahaja di kawasan parkir, saya tergamam ! Hurmm...bagaimana saya hendak keluar?
Kelihatan sederetan kereta-kereta yang parkir melintang menghalang kereta saya dari keluar...

15 comments:

  1. kejadian ini memang sering berlaku kerana ada individu yg tidak merasa apa2 kerana menghalang kenderaan org lain...saya pernah mengalaminya..banyak kali!

    ReplyDelete
  2. masa IM pergi hospital untuk bawa ibu_suri medical checkup memang pernah alami situasi ini.

    marah juga IM sebab ibu_suri mesti bising, tertunggu-tungu lama untuk IM ambil dia.tapi IM tahu, dia juga tiada pilihan kerana hospital memang tak boleh tampung kereta untuk parking

    ReplyDelete
  3. Neeza Ramli(komen di FB) :

    Tunggu aje Kak.. Sambil dalam hati -(:$;&,@@.!:!:!:'s heheeee... Sabar Kak ya...

    ReplyDelete
  4. Wan Fatimah Wan EndutOctober 7, 2012 at 10:47 PM

    Wan Fatimah Wan Endut (komen di FB) :

    Insyaallah sabar itu indah....perhalusi Allah rancangkan kejadian ini untuk menguji kebenaran lisan kita melalui perbuatan dan hati kita bila berdepan dgn situasi sebenar....

    ReplyDelete
  5. Nashita Md Noor (komen di FB) :

    Kak Azzah saya pernah kena di UIA. Tuan kereta letak no hp dia di cermin kereta dan tulis dia ada di CAC. Saya call tapi tk angkat berkali2. Saya cuba tolak kereta tu. Saya masuk dlm CAC cari dia. Ada program dlm tu. Saya tanya org nama dia Juhari. Saya minta org buat announcement. Tapi tak ada juga jwpn. Saya pun keluar dan tolak kereta dia sampai saya boleh keluar. Lama dan saya perlu ambil Asiah di sekolah dah lewat dan perlu ke bnyk tempat lain. Bayangkan kesabaran yg perlu ditanggung. Setengah org fikir nak cepat dan rasa sekejap saja dia nak letak tapi menyusahkan org lain. Sebab tu walau apapun jgnlah kita halang kereta org, pintu pagar rmh org etc. Park lah kereta kita sebaiknya. Masukkan dalm petak yg betul, park di tepi jln yg betul dan bukan di selekoh. Ini semua juga bagi menjaga hak asasi org lain. Masa tu saya rasa sgt marah dan tak boleh maafkan dia. Dia call semula no saya sbb ada miss call dan minta maaf. Masa tu saya amat marah. Just imagine dia kata dia yg jadi MC yg baca announcement saya tu tapi nama yg saya tulis tu sedikit salah jadi dia tak perasan. Ya Allah lagila saya bengang.

    aya save no dia dlm hp saya "Juhari blok kete" Asiah selalu tegur saya bila dia cek lis nama dlm BB ni. Masa dia call saya kata saya tak dpt nak maafkan dia. Masa tgh marah tapi skrg saya menyesal. Sabar memang mudah diungkap, nak praktikkan payah, tapi kita hanya dapat rasa keindahan sabar tu bila kita kenang semula bila ianya dah lama berlalu:)

    ReplyDelete
  6. Abah Zino (komen di FB):

    jenis yg pentingkan diri.. kalau tak tarik hand brake boleh gak tolak..

    ReplyDelete
  7. Ratna Kalos ZakiahOctober 7, 2012 at 11:08 PM

    Kalau u pergi putrajaya hptal mmg byk yg parking begini. Sy tgk ada no tel diletak kar dash board. Kalau terkena pd sy mungkin marah gila tp klau terkenangkan mungkin org tu sakit atau sedara yg sakit kuat mungkin rasa marah tu kurang sikit

    ReplyDelete
  8. honnnnnnn kuat-kuat!!!

    pernah jadi jugak masa singgah pasar Ramadhan; masa tu anak kecik lagi...kita dengan anak tiga balik kerja n ambik anak kat nursery...bengang betul. Akak honn tak henti; bila driver tu mai dgn kawan di adepa buat derrkk je sambil gelak=gelak dan terus pecut lagu.. MMg kurang ajar!Sakit hati tapi masa tu puasa.. istighfar ja tengok. Nk jadi cerita muka mamat dua orang tu tersembul kat ofis! Rupanya depa tu PENSYARAH univ ; mai buat review studen yg depa antar buat practical training kat kilang I. huhhhhh!! kamu ni orang bijak pandai tapi tak cerdik...itu yang akak sound depa!..puas hati.!

    ReplyDelete
  9. Memang patut dan kena tempatnya utk Kak Chik ckp macam tu. Kita pun kena selalu ingatkan anak-anak kita.

    ReplyDelete
  10. Pemandu kereta ini tak ADA letak any phone no kat dash board dan tak tarik hand break...masalah nya saya tak boleh tolak ke depan sbb ADA kereta juga, nak tolak ke blkg pun tak boleh sbb kereta sebelah tu parking bont*t kereta terjulur keluar...huhu

    ReplyDelete
  11. Wan Fatimah Wan EndutOctober 7, 2012 at 11:15 PM

    Itulah keadaan ini sebenarnya ada dimana2.....dan kita perlu accept that walaupun negara kita ni dah 55 tahun merdeka dan dah ramai cerdik pandai tapi dalam bab sivik manner ni cetain Malaysian still terkebelakang tak balance dgn kecerdikan akademik...itulah mentality Malaysiaan....so bagi menjaga hati kita sendiri...sabar jelah jawabnya...Saya amat setuju dgn Nashita Md Noor, sabar itusukar dipraktik bila wujud situasi seperti in lebih lagi jika kita in rush tapi indahnya dah nikmatnya bila kita berjaya melaksanakanya.....ssatu ketenangan yg tak terucap rather then jika kita kenang dgn perasaan marah dan geram,,,pasti rasa sakit yg tak terperi....wallahualam.

    ReplyDelete
  12. Salam sahabat semua, Alhamdulillah terimakasih di atas komen-komen tuan-puan dan pandangan yang berguna......

    jangan salah faham ...saya letak gambar ni untuk dapat respon tuan/puan...Alhamdulillah saya masih dapat bersabar...saya tidak Hon kuat2....saya duduk dlm kereta pasang aircond Dan duduk Baca terjemahan Al-Quran...

    Alhamdulillah tak ada meeting lepas kelas tu....agaknya kalau saya ada kelas lain pula atau ada meeting, harus juga saya "naik angin"!

    ReplyDelete
  13. Dah tak larat fikirkan perangai orang zaman sekarang....fikirkan diri sendiri. makin pandai...makan teruk perangainya....

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....