Tuesday, October 23, 2012

Lokasi kamera AES dan Balik Kampung Hari Raya Haji

As-Salam...tidak lama lagi Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban bakal menjelma.  kebanyakan IPTA juga menjadualkan cuti pertengahan semester bersamaan dengan Cuti Hari Raya Haji ... maka berbondong-bondong lah orang bandar pulang ke kampung halaman masing-masing... 

Dinasihatkan berhati-hati sepanjang pemanduan anda di lebuhraya tidak kira samada anda memandu sendiri atau pun menaiki kenderaan awam... jika kenderaan awam, pemandu nya harusla lebih berhati-hati kerana anda membawa ramai penumpang...hargailah nyawa mereka..

Rata-rata sibuk orang memperkatakan tentang AES.. Apa itu AES? atau Automated Enforcement System ? Ia adalah kamera yang dipasang di jalanraya untuk mengambil gambar kenderaan yang memandu melebihi had pemanduan yang dibenarkan..
Ada yang menyokong dan ada yang membantah..biasalah kan ...mana pernah setiap sesuatu perkata yang di implimentasi itu mendapat persetujuan 100% rakyat Malaysia... 
Tujuan utama AES adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalanraya. Khabarnya akan terdapat 831 kamera AES yang akan dipasang di seluruh negara...huiii banyakkk tu ... bayangkan jika anda memandu dari Johor Bahru ke utara ... kemungkinan mendapat 'surat Cinta" adalah besar ... dan jumlahnya mungkin melebihi 1 ...kecuali anda memang pemandu berhemah ...

Senarai lokasi kamera ada disenaraikan di website Jabatan pengangkutan Jalan di sini.

9 comments:

  1. Dear Maiyah,

    Selamat Hari Raya Aidil Adha ...Semoga kita semua mengambil iktibar sempena peristiwa korban ...

    Kak Azzah8

    ReplyDelete
  2. pilihan di kaki anda... sama ada mau memecut atau ikut peraturan jalan raya..

    selamat hari raya aidil adha..

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya kak ....



    pB beraya di puchong sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidil Adha pB ..
      dok kelik Kelate ko?

      hehe

      Delete
  4. Salam Zino,

    ya betul tu ...nak tekan kuat ke nak tekan perlahan pedal minyak tu ..hehe

    Azzah8

    ReplyDelete
  5. Pandu cermat jiwa selamat balik raya mohon berkat dengan ibu bapa dan sedara terdekat..M follow sini plak..

    ReplyDelete
  6. Si Matatajam,

    terimakasih ....ya selagi ada ibu bapa marilah kita balik kampung ...

    kak Azzah8

    ReplyDelete
  7. salam ukhuwah dan slmt ariraya qurban.. jgn jadi qurban dijalanan sudahhh weiii.. ehhhEEee

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....