Thursday, April 3, 2008

Pelangi Nan Indah

Semalam selepas pulang dari kerja dan bersiap-siap hendak bersolat maghrib, entah kenapa tiba-tiba terbayang-bayang di mata Allahyarhamah ibu mertua ku. Perasaan rindu meresap dijiwa, lalu aku bersolat maghrib dengan berlinangan air-mata yang tidak dapat ditahan. Terkenang kan saat-saat bersama arwah sepanjang masa di Mekah, Arafah dan Mina.
Usai solat aku terus berdoa dan berselawat sebagai sedekah kepada rohnya di alam barzakh.

Lalu aku teringat satu peristiwa di Mina. Sewaktu kami semua sudah selesai melontar pada hari Tasyriq yg terakhir. Lalu Uztaz yang mengendalikan pakej haji kami pun memaklumkan bahawa 3 buah bas akan datang selepas waktu zohor membawa kami semua pulang ke Mekah.
Selepas makan tengahari, jemaah-jemaah haji pun bersiap-sedia mengemas beg masing-masing. Begitu juga aku pun menolong mengemas barang2 ibu mertua ku. Keadaan ibu mertua yang masih uzur tidak mengizinkan beliau bergerak bebas.

Lebih kurang pukul 2 ptg, ustaz pun memaklumkan bahawa bas sudah sampai. Semua jemaah wanita yang menginap sama khemah dengan kami terus bangun dan masing-masing bergegas keluar dari khemah menuju ke luar kem untuk menaiki bas. Keadaan ibu mertua yang uzur, berjalan perlu dipapah sehingga ke luar khemah, menunggu suami membawa kerusi roda dan menolak arwah menggunakan kerusi roda membuatkan kami ketinggalan di belakang.
Sampai sahaja diluar kem, kami dapati kesemua tempat duduk dalam ketiga-tiga bas telah penuh! Saat itu mmg terasa sedih dalam hati kerana terasa seperti dipinggirkan. Sepatutnya ustaz yang mengendalikan kumpulan kami yang tahu keadaan ibu mertuaku telah menyediakan/mengkhaskan tempat duduk dalam bas utk arwah, tetapi aku terasa seperti semua jemaah (yang lebih sihat dan berupaya) hanya memikirkan diri masing-masing.
Namun aku tersedar dan berisytifar kembali Allah SWT, mungkin ini salah satu ujian Allah, supaya aku bersabar.

Maka berlepas lah ketiga-tiga bas tersebut dengan meninggalkan kami. Satu perkara yang aku sedari, arwah ibu mertuaku tidak sedikit pun berkata-kata atau merungut, beliau hanya diam dan bersabar menunggu.

Tidak berapa lama kemudian, orang Arab yang mengendalikan bas pun datang dan menyuruh kami menaiki sebuah bas lain yang baru sampai. Sebenarnya bas tersebut adalah untuk jemaah haji dari pakej lain, bermakna kami ditumpangkan dalam bas tersebut. Namun begitu, satu perkara yang ingin aku nyatakan ialah keadaan bas tersebut adalah 100% lebih baik dari keadaan ketiga-tiga bas yang telah berlepas tadi. Sehinggakan arwah ibu mertuaku (yang tadinya diam sahaja) juga bersuara, " Macam naik kapalterbang", maksudnya keadaan yang sangat selesa dalam bas tersebut, dan ketika bergerak juga tidak mengeluarkan bunyi bising.

Akhirnya kami sampai ke Mekah ketika hampir masuk waktu maghrib. Bas tidak dapat masuk sehingga ke depan hotel kerana kebanyakan jalan sudah ditutup dan kedudukan hotel kami menginap mmg tersangat dekat dengan mesjid. Untuk pengetahuan, semasa musim haji, apabila hampir masuk waktu solat, semua jalan berhampiran Mesjidil Haram akan ditutup untuk keselamatan dan memudahkan jemaah haji berjalan ke mesjid (keadaan ketika itu sangat sesak kerana kesemua jemaah haji telah pulang semula ke Mekah selepas melontar di Mina, berjuta-juta jemaah haji pd ketika itu).

Wbgmnpun, bas dpt juga berhenti sehampir yang boleh, lalu kami pun berjalan menuju balik ke hotel (Abang iparku menolak arwah ibu mertua dengan kerusi roda). Sampai sahaja di bilik penginapan, seorang rakan sebilik belum sampai lagi. Kemudiannya baru aku dapat tahu bhw dari ketiga-tiga bas yang telah berlepas awal tadi, hanya sebuah yang sampai awal, yang kedua, pemandunya menurunkan jemaah di "seberang sana" mesjid. Bermakna mereka kena berjalan membawa beg mengelilingi mesjid utk sampai ke hotel. Bas ketiga sampai lewat dari kami dan jemaah haji di dalam terpaksa berjalan jauh untuk sampai ke hotel.

Apabila menyedari peristiwa tersebut, aku pun terus bersyukur kepada Allah SWT kerana peristiwa kami ketinggalan bas itu sebenarnya ada hikmah di sebaliknya. Kami dapat naik bas yang lebih baik keadaannya, dan kami tidak perlu berjalan jauh ke hotel dan kami sampai lebih awal dari mereka yang bertolak awal.

SubhanAllah, AllahuAkbar....sesungguh nya Allah itu Maha Mengetahui...
Peristiwa ini membuatkan diri ini semakin insaf dan menyedari setiap sesuatu yang Allah berikan kpd kita itu ada hikmah disebaliknya walaupun pada awalnya kita menganggap seperti sesuatu musibah.

lalu aku teringat satu sms yang aku terima selepas PRU 12 berbunyi begini ........

Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari
kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat
Puas kita menangis minta matahari
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita
PELANGI yang indah.......!!

*** gambar ini di salin dari blog cikMilah (I berkenan sangat gambar pelangi yg dilukis ini.. sangat cantik!!!)***

10 comments:

  1. Salam Kak Azzah


    apa yang kak azzah cakap tu betul...

    Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita nie.

    Tapi , manusia ni ada sifat tak sabar , suka salahkan keadaan dan payah nak menerima pada mulanya ....

    ReplyDelete
  2. Memang Allah maha pengasih dan maha penyayang.

    Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, kisah ini seindah pelangi.

    ReplyDelete
  4. salam kak..masyaAllah..moga Allah berikan lebih banyak pelangi yg indah utk akak dan keluarga..:)

    ReplyDelete
  5. KAK AZZAH

    menitik airmata saya membaca entry ini betapa saya menginsafi bahawa indeed ALL KNOWS WHAT'S BEST FOR US. Semua yang berlaku ada hikmah seandainya kita bersabar.

    SEMOGA PELANGI JUGALAH YANG AKAN DATANG MENJENGUK KEHIDUPAN SAYA SELEPAS GURUH DAN KILAT MELANDA.

    ReplyDelete
  6. Kak Azzah,
    SORRRRRRRRRRRRRRRYYYYYY.... terlebih keluar 8 dalam nama akak! And, blog akak ada la dalam list BLOG FREQUENTED saya. Cuma, hehehehe... saya ni memang memandai selalu tukar nama orang! Cuba tengok betul-betul (*Hint: apa yang akak suka?)

    ReplyDelete
  7. salam,

    Bergenang air mata I baca entry ni.... Allah Maha Penyayang.... segala yang berlaku dalam pengetahuanNYA jua.

    ReplyDelete
  8. pB, mamamia, cikmilah, epelhijau, OndeOnde, D and Silversarina,

    Memang sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, perkara yg sudah lepas dan akan datang. Sedangkan kita hanya merancang, Allah jualah yang menentukan.
    Semua itu untuk menguji samada kita sbg hambaNya sanggup bersabar dgn segala ujian dari Nya.

    ReplyDelete
  9. D,
    hehehe.... ingatkan siapalah "The Flower Lady" tu...

    ReplyDelete
  10. setiap yang berlaku ada hikmahnya. itulah tanda kebesaran Allah

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....