Tuesday, April 15, 2008

Lady

hurm... kalau dolu-dolu sebut aja "Lady" maka terbayang lah wajah Lady Diana yg cantik rupawan itu... sampaikan semasa bersekolah rendah dulu, kalau pergi gunting rambut, bila amoy tu tanya "lu mau potong macamana?" ... Tentu sekali jawapan, "macam Lady Di" .... kah kah kah..... lepas tu balik rumah naik bas, tak mau duk tepi tingkap... sebabnya takut habis ramos tu kena tiup angin..!!! .sayang sekali kematian beliau adalah dalam suasana tragis...

Maka hari ini aku berpeluang bertemu seorang lagi "Lady"...

Siapakah "Lady" ini? Adakah pewaris Lady Diana? ..suspen...suspen betul ...

Sebenarnya minggu lepas lagi pB dah cakap nak jumpa hari ni... lalu waktu pun dah di set ....

Pepagi lagi pB dah sms, "jadi tak ni?"

Apalagi terus jawab, "Jadilah, apa pulak tak jadi"

Bila tanya, "*** Lady ada dtg tak?"

pB jawab, "Tetamu kehormat mestilah ada"

...dipendekkan cerita, bertemulah kami bertiga di satu lokasi di Ole-Ole Seksyen 18, Shah Alam...

dalam hati, "Eh...betul ke ni *** Lady? Comel lote, cun nampak awet muda betul .... Kata dah sambut Wedding Anniversry ke-25 (eh betul ke nih? 24 ke 25?) ... "

Siapakah dia gerangan "Lady" ini? Ini lah dia Kak Lady, makcik blogger yang terkenal tu, di antara makcik blogger yg selalu cerita pasal masakan, selain makcik blogger Mak Lang...

bila jumpa saja, terus kak lady peluk aku dengan erat sekali... seolah-olah kami pernah berjumpa sebelum ini... Ialah persahabatan yg terjalin di alam maya .... rasa macam kakak aku sahaja...
kemudian terus ke kedai yg pB mengidam nak pergi tu. aku dan kak lady order Kuew Tiau, pB makan roti..oppss bun bakar....

Sesi borak-borak berjalan sungguh lancar hingga tidak sedar jam sudah hampir pukul 12 tghr...

Kami berpisah sambil berjanji InsyaAllah akan bertemu lagi di lain kali...

Terimakasih pB kerana belanja akak makan.

Terimakasih Kak Lady kerana sudi bertemu saya....

14 comments:

  1. ummi, apa khabar? lama tak dengar berita...

    haah la..akak jumpa kak lady dan pB semalam...seronok sungguh... nanti bila-bila boleh gi jumpa ummi pulak kan...
    ntah bila lah boleh jumpa ummi ya....

    ReplyDelete
  2. Salam azzah...malunya...azzah ni lebih2 plak...heheh...

    Terima kasih banyak sebab sudi jumpa akak...memang terasa banyak nak bual...cuma masa tak mengizinkan...maklumlah kita curik waktu pejabat pb...

    Nanti insyaallah...kita akan bertemu lagi...terima kasih kerana pemberian tersebut...happy sgt semalam...tak sangka dpt jumpa azzah yang slim walaupun dah ramai anak...jeles tau...& tabik spring kat azzah...kerana berjaya sebagai seorang ibu, isteri & berjaya juga dlam kerjaya...

    ReplyDelete
  3. kak lady,
    betul lah apa yg azzah cakap...lepas ni kena ajar azzah apa petuanya ya...

    trying all my best to fulfill all the roles...dah belajar cara to handle, I nsyaAllah tak mahu stress lagi, dan tak mahu buru2 lagi, just take it one day at a time...buat apa yg boleh utk hari ni, dah hari esok utk hari esok... tak mahu bebankan diri... nanti memakan diri sendiri..then baru boleh senyum selalu...
    hey...selalu senyum dan happy mcm kak lady boleh membuat kita kelihatan lebih muda...


    zlaa,
    tunggu you balik dari UK, nanti hari-hari kita boleh jumpa... hehehe (jangan boring lak...)

    ReplyDelete
  4. jumpa kawan blogger mesti best tu!

    nanti kalau saya dah "berhijrah" ke shah alam, boleh kot buat date dgn akak :)

    ReplyDelete
  5. 1/ I dulu pun asyik fesyen rambut Lady Di je.... kira up to date lah msa tu..hihi.

    2/ Bestnya dapat Kak Lady yang bergetah tu...

    3/ Bila lah kita nak jumpa ni..huhuhu.

    4/ Nak jugak makan makanan yang you all makan tu .

    ReplyDelete
  6. *jeling2 jer dari meja sebelah* ...isk isk..

    pp

    ReplyDelete
  7. OndeOnde,
    rasanya akak boleh agak sebab you nak "berhijrah" ke Shah ALam...ada kena mengena dgn MakTeh kan?


    SilverSarina,
    Berita terbaru bengkel we all kat Tganu tak jadi buat masa cuti sekolah ni. Sebab Hotel UiTM kat Dungun tu dah penuh, di tangguhkan ke tarikh (dlm belas-belasan) ... tak sure lagi..tapi yg pasti dalam bulan Jun jugak...
    InsyaAllah jika ada rezeki kita akan bertemu kembali juga...


    PakPayne,
    alaaa...knpe jeling-jeling jer... jom lah join sekali... ajak Kak Aisyah sekali...boleh berkenal-kenalan.

    ReplyDelete
  8. bila nak jumpa umie pulak azzah8...

    ReplyDelete
  9. si PB ni semua orang dia belanja...haku sorang jer dia lom belanja..ish..tak adil...

    ReplyDelete
  10. adiejin,
    jangan jealous...pB takleh belanja you lagi sebab you sakit gigi...

    dah cuba beberapa petua yg saya bagi tu?

    ReplyDelete
  11. nanti kalau saya balik msia boleh jumpa tak? *wink

    setakat ni dah jumpa dalam (kira jari jap) 7 orang bloggerkot

    take care

    ReplyDelete
  12. D, boleh saja...InsyaAllah jika panjang umur dan murah rezeki....
    kan D ada 2 orang kakak tinggal di Shah Alam, so bila2 D datang melawat kakak D, jemput lah ke rumah "kakak blogger " ini pulak....;-))

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....