Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Saturday, April 26, 2008

Rahsia Murah Rezeki

Rahsia Murah Rezeki

Subuh tadi selepas solat dan menunggu suami pulang dari surau, terdengar kuliah subuh di TV (tak ingat channel berapa) oleh Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah mengenai Rahsia Murah Rezeki.
Oleh itu saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekelian dan sesiapa sahaja yang membaca blog ini.

Dato' juga menerangkan tentang konsep rezeki. Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit dan harta kekayaan spt yg selalu kita anggapkan. Tetapi rezeki adalah lebih luas definisi nya. Beliau memberi contoh seperti: Mendapat anak itu rezeki, mendapat anak dan isteri yang solehah itu rezeki, mendapat jiran yang baik dan bertolerensi itu rezeki, mendapat rakan2 yg baik itu rezeki dan macam2 lagi....

Beliau mengatakan sebelum kita hendak mengetahui apakah Rahsia Murah Rezeki, kita hendaklah mengenal pasti apakah punca-punca masalah rezeki menjadi sempit.

Punca masalah Sempit rezeki:
  1. Tidak mengingati Allah swt
  2. Meninggalkan solat 5 waktu
  3. Enggan membayar zakat
  4. Derhaka kepada ibu-bapa
  5. Mengelak melangsaikan hutang (jika berhutang)
  6. banyak dosa besar
  7. Makan harta riba
  8. Makan harta anak-yatim
  9. Suka berbohong/ menipu
  10. Terlibat dgn rasuah (memberi atau menerima)
  11. membiarkan ahli keluarga derhaka
  12. Cuai ketika membuang air kecil (ini beliau khususkan jika orang lelaki - jangan membuang air kecil sambil berdiri: mengikut kajian sains, kencing berdiri akan menyebabkan pelupa, sakit batu karang, etc...dan beliau menambah..."burung2 susah nak terbang" - ini kata-kata beliau sendiri ya...kalau tak faham tanyalah Dato'...hehehe)
  13. Sorok . kedekut ilmu (iaitu orang yg berilmu tapi tidak mahu berkongsi/mengajar orang lain)
  14. Suka mengadu-domba
  15. Suka menabur fitnah
Petua Menambah rezeki

  1. Patuh perintah Allah & banyakan berdo'a
  2. Banyakkan bermunajat kepada Allah - di waktu malam
  3. Taat/patuh kpd orang tua
  4. Banyakkan membaca Al-Qur'an setiap hari (Imam Al-Ghazali ada menyebut 4 perkara : solat, berdoa dan zikir, membaca Al-Qur'an dan bertafakur mengingati Allah)
  5. Selalu lakukan solat Taubah dan istighfar tiap2 malam (dengan bertaubat hati akan menjadi bersih, hati yang bersih akan menarik rezeki)
  6. Melakukan Solat sunat Isra' dan solat sunat Dhuha (pintu rezeki terbuka - masalah selesai - hati menjadi lapang)
  7. Tawakkal kepada Allah
  8. Banyak bersedekah dengan ikhlas
  9. Menolong orang miskin / anak yatim / dan mereka yang menyambung pelajaran
  10. memberi makan kpd binatang dengan ikhlas
  11. Menunaikan haji dan umrah
  12. Membentuk silaturrahim
  13. Berumahtangga (bagi yg belum)
  14. Berhijrah ke Jalan Allah
  15. Amalkan doa-doa utk murah rezeki (Al-Ikhlas, Al-Waqiah, Al-Kauthsar, Al-Fatihah, doa dlm AL-Mathurat...)

16 comments:

  1. Thx for sharing kak azzah...

    ReplyDelete
  2. satu peringatan yang amat berguna , sebab kadang2 kita tercari-cari apa punca rezeki kurang.

    btw, kalau jadi nurazzah9 I akan beli hadiah paling besar :P

    ReplyDelete
  3. azah8 :-) terimakasih....suka bila dapat ingatan begini!

    semoga murah rezki...

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak, kerana mengingatkan. dengan penuh redha dan tawakkal padaNya, insyaAllah pintu rezeki akan sentiasa terbuka.

    ReplyDelete
  5. ummi365,
    ALhamdulillah, akak dapat berkongsi ilmu yg didapati ini dgn rakan2...
    semoga kita semua akan mendapat keredhaan drpd ALlah dan semoga Allah melimpahkan rezeki yg diberkati ke atas kita semua.

    ReplyDelete
  6. silversarina,
    kadang2 kita tak sedar perbuatan kita sendiri yg menyebabkan rezeki itu tidak sampai kpd kita..

    yeah...hadiah paling besar!!! tapi tak ada lah...tapi takapalah..tak ada hadiah pun tak apa...sbb tak larat lah...

    ReplyDelete
  7. pakpayne,

    semoga kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain...saya pun byk dpt pengajaran yg berguna dari blog pakpayne...

    Alhamdulillah...ilmu itu mesti dikongsi bersama...jangan simpan utk diri sendiri sahaja...

    ReplyDelete
  8. D,
    bukan utk diri D sahaja, tapi utk diri akak sendiri jugak....

    mengingatkan akak supaya tidak kedekut dgn apa saja rezeki yg Allah kurniakan... kerana mmg kita tahu bahawa "tangan yg memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima"..

    Allah sentiasa memberikan ganjaran atas apa yg kita beri/sedekah/derma kan... sesungguhnya Allah akan melipat-gandakan lagi atas apa yg kita berikan...

    ReplyDelete
  9. Pagi Jumaat, bila saya switch on TV, dah nak ke penghujung. Alhamdulillah dapat jugak seluruh peringatan dr blog ini. Terimakasih. Cepat Nurazzah tangkap point nya ya...

    Oh, pasal kawan baik tu, saya pun suspen jugak... sbb mak melahirkan saya dulu pada usia hampir 43...

    ReplyDelete
  10. Salam Azzah...terima kasih kerana berkongsi...

    Baca entry sebelum ni suspen jugak...hehehhe...kalau idak kene tukarlah gamaknya ye? :D

    Semoga azzah sentiasa ceria dan dimurahkan rezeki oleh Allah

    ReplyDelete
  11. Kak Azzah,
    reminder macam ni perlu untuk kejutkan kita yang selalunya lalai.

    Terima kasih kerana mengingatkan!

    Kasih sayang antara suami isteri jugak dikira rezeki dari Allah kan kak?

    Pernah sorang saudara mengadu pada saya, yang suaminya suka marah-marah sejak akhir2 ni..suka marah yang tak tentu pasal.

    bila ditanya adakah mereka ni mengamalkan bacaan al-Quran dirumah maka dia terdiam - saya cakap kalau kita selalu baca Quran, malaikat rahmat sentiasa disamping dan insya-Allah syaitan susah nak kacau kita - marah tu datang dari syaitan kan?

    kadang2 kita lupa benda yang kita anggap "kecik" tu nilainya sangat besar dalam kehidupan kita.

    ReplyDelete
  12. Sewaktu menonton slot rancangan itu, Abang Long menangis, semahu - mahunya .... mana tahu Abang Long telah melakukan kesalahan yang dimaksudkan, tetapi yang sedih dan pilunya adalah kerana, anak - anak yang menderita sama.

    ReplyDelete
  13. cikMilah,
    ALhamdulillah pagi tu semasa mendengar tazkitah pagi jumaat, ada kertas dan pen tersedia atas meja...terus saja mencatatkan point2 yg diberi
    ...
    hurm kawan baik tu...rasanya dah tak larat nak bangun malam ....

    ReplyDelete
  14. kak lady,
    ilmu yg kita dapat tidak boleh simpan utk diri sendiri sahaja...sedangkan ilmu yg kita dapat itu hanya sedikit berbanding ilmu Allah itu sendiri.

    Seperti kata hadis nabi, ilmu yg kita dapat sebanyak mana di dunia ini, jika dibanding dgn ilmu hanya, seperti kita merendam sebatang jarum dalam lautan yg luas dan mengangkatnya, air yg melekat di jarum tersebut itu lah perbandingan ilmu kita di dunia ini berbanding ilmu Allah seluas lautan itu..

    semoga kita saling ingat-mengingati sesama sendiri

    ReplyDelete
  15. Onde-Onde,
    ya...kasih sayang sesama suami isteri, dalam keluarga, juga adalah rezeki dari Allah... sebuah rumahtangga yang ketandusan kasih sayang ibarat padang pasir yang tandus...

    bacalah AL-Quran setiap hari walaupun satu ayat...
    apa yg akak amalkan sekarang, selepas setiap solat fardhu itu, cuba baca sekurang-kurangnya sehelai muka surat. kalau 5 waktu kita solat, bermakna sehari 5 helai kita baca Al-Quran.., seminggu 25 helai, sebulan 25 * 30 (ini tak tolak waktu cuti angkat bendera merah lah..) = 750 helai ... ini bersamaan berapa juzuk ya...
    kita sendiri lah...

    ReplyDelete
  16. Abang Long,
    Amalkan solat sunat Isra' dan solat sunat Dhuha...

    teruskan berdoa dan memohon ke hadrat Allah SWT... sesungguhhnya rezeki ini di tangan Allah... hanya Allah yang berkuasa memberi dan menarik balik segala rezeki yg Dia kurniakan...

    Mungkin ini dugaan Allah apabila abang long berjaya melepasinya Allah akan kurniakan rezeki yang lebih besar dan lebih baik...

    (*** just a note: my hubby dulu pernah sehingga 4 bulan tak bekerja... sudah puas segala macam pekerjaan yg dipohon... Alhamdulillah akhirnya Allah beri yg lebih baik dan yg pasti rezeki itu lebih terjamin sumbernya, tidak diragui)

    Sesungguhnya manusia itu merancang, tapi perancangan Allah lah yang lebih baik..

    ReplyDelete

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP