Panduan Praktikal Qiamullail
Pengarang: Ust Nik Abd Rahim Nik Abd ghani & Ust Zahazan Mohamed
Teringat semasa membaca novel karya novelis sejarah Islam yang tidak asing lagi Pak Latib, Sallehuddin Penakluk Jerusalem. Bgmn Salahuddin Al-Ayubi berjaya memimpin tentera2 Islam mengalahkan tentera Salib yg lebih ramai lengkap dgn peralatan perang. Apakah rahsia kejayaan Salahuddin Al-Ayubi? Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya, bahawa setiap malam Salahuddin akan meronda khemah-khemah tenteranya utk memerhati apa yang mereka lakukan. Keesokan harinya, Salahuddin akan memilih tentera-tentera yang menghidupkan malam dengan qiamullail seperti solat sunat Tahajjud, berzikir dan membaca Al-Quran sbg persiapan perang. Mereka yang hanya duduk berbual-bual kosong, tidur, berehat akan ditinggalkannya.
Buku ini dihadiahkan kpd saya sebelum saya berangkat menunaikan fardhu haji tahun lepas oleh kumpulan usrah akhawat taman perumahan saya.Sangat berkesan di hati dan InsyaAllah selama di tanah suci di samping menjaga ibu mertuaku yang kurang sihat, cuba memenuhi masa dengan melakukan solat2 sunat.
Selepas pulang ke tanah air, masih lagi melakukannya sedaya upaya walaupun sesibuk mana. Apabila dilakukan dgn penuh kusyuk dan tawadduk InsyaAllah kita akan merasa kemanisannya... akan terasa kekurangan jika ditinggalkan. Semoga Allah masih kekalkan usahaku ini dan semoga aku istiqamah melakukannya...Ameen.
Sinopsis buku
Buku ini mendedahkan rahsia bgmn seseorang dapat merasai kemanisan bangun beribadah pd tengah malam. Ramai orang yg mampu bangun pg tengah malam tetapi tidak ramai yang sanggup berwuduk dan solat sunat atau membaca Al-Quran.
Tahukah anda bhw sekurang-kurangnya atau paling lemah qiamullail ialah terjaga daripada tidur, bangun menghadap ke arah kiblat, ingat kebesaran Allah swt dan kemudian tidur semula? Mungkin ada yang berkata, "Kalau begitu tiap-tiap malam aku boleh qiamullail!"
Buku ini juga menggariskan secara terperinci kaifiat dan kaedah solat-solat ketika qiamullail antaranya, Solat Tahajjud, Tasbih , Taubah, Istikharah, Hajat dan Witir.
Kemuncak ibadah qiamullail adalah pada bulan Ramadhan. Mana lebih utama solat Tarawikh 8 atau 20 rakaat? Pada bulan Ramadhan juga terdapat malam Lailatul Qadr. Beribadah pada malam Lailatul Qadr mendapat pahala seperti beribadah seribu bulan. Rugilah orang yang tidak mengambil kesempatan ini.
Hadis Nabi saw yg bermaksud:
"Barangsiapa yang menunaikan solat Isyak secara berjemaah maka seolah-oleh dia telah bangun qiamullail separuh malam dan barangsiapa yang menunaikan solat Subuh secara berjemaah maka seolah-olah dia telah bangun qiamullail seluruh malam."
(Hadis Riwayat Muslim)
Thanks for sharing. Jazakallah...Saya akan cari juga buku ini...
ReplyDeleteSalam azzah...terima kasih kerana sinopsis buku tersebut...insyaallah akan mencarinya nanti...
ReplyDeleteIbadat malam memang indah jika sudah menghayatinya... nak mula memang agak payah.. terimakasih atas maklumat ini... nak cari jugak buku ni nanti.
ReplyDelete