Monday, April 7, 2008

HAPPY 21st BIRTHDAY

HAPPY 21st BIRTHDAY TO KAK LONG ASMA'


Di pagi dinihari 7 April, 21 tahun yang lalu , jam 5.19 pagi bersamaan 9 Sya'aban 1407 H, lahir lah seorang puteri yang diberi nama Asma' (sempena nama sahabiah, Asma' Binti Abu Bakar).
Lahir nun jauh di bumi Amerika Syarikat, iaitu di Universiti Hospital, Columbus, Ohio.

Kak long, Ummi dan Abi (spt biasa Abi mesti tak ingat, ummi yg kena ingatkan!!!) serta semua adik-adik ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kpd kak long, semoga kak long sihat sejahtera dan sentiasa berada di dalam keimanan yang tinggi, sentiasa istiqamah dlm perjuangan hidup kita sbg hamba Allah, sbg seorang anak, sbg seorang pelajar dsbnya.

Jika mengikut masyarakat barat, 21 melambangkan kebebasan, bermakna seorang anak itu sudah bebas dari kongkongan ibu bapanya, tetapi agama Islam tidak begitu. Sebaliknya ia melambangkan bahawa kak long sudah matang, sudah bijak membuat pilihan yang berdasarkan pemikiran seseorang yg sudah dewasa. Dalam Islam dewasa tidak bermakna kita bebas melakukan apa saja, segala apa yg kaklong lakukan mestilah mengikut lunas2 Islam. Selagi kak long belum berkahwin, Kak Long masih di bawah tanggungjawab ummi dan abi.

Bijaklah dalam membuat keputusan, dan fikirkanlah apa yang terbaik utk kak long, disamping itu batas-batas pergaulan mestilah dijaga. Ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara.

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Wahai Anakku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Anakku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi
(lirik asal : Saujana)


zwani.com

8 comments:

  1. Happy Birthday Asma'. Semoga menjadi insan yang bertaqwa.

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Asma' !!

    Comelnya gambar kat oversea tu... tu... mak dia dan ayah dia pun comel ...muda belia ... :)

    ReplyDelete
  3. Happy 21st Birthday buat Asma'..s.emoga akan menjadi anak yang membanggakan ibu tersayang...dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki hendaknya...

    ReplyDelete
  4. hehehe...tq ummi 4 da wish...!
    pray 4 me

    ReplyDelete
  5. Happy Birthday Asma'...
    dah besar anak dara ummi> Semuga di lindungi ALLAH dan selamat berjaya dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  6. Salam. Happy Birthday Asma. Muga berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  7. Salam Azzah,
    umie dtg.. salam kenal2an... utk Asma selamat ulang tahun ke 21.. semoga berjaya di dunia dan juga akhirat... di beri keselamatan dan sentiasa dilindungi Allah... amin...

    ReplyDelete
  8. salam,
    lama tak singgah sini. rindu akak!
    eppy besday kaklong!
    comel sangat dia masa kecik2

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....