Monday, April 23, 2007

Damsyik & Nasi Mandi

18 March 2007 Damsyik; Nasi Mandi

Damsyik ialah sebuah bandar yg sgt cantik dipenuhi dgn tempat2 bersejarah. Kami masih lagi berjalan ronda sekeliling bandar Damsyik ini.









Melawat garden yg dipenuhi tumbuh2an herba.






K
ota lama di tengah-tengah bandar. A city within a city.












Kami ingin melawat makam sahabah Al-Jalil Abi Darda' namun tidak kesampaian kerana ianya ditutup sewaktu kami tiba di situ. Mungkin penjaganya sedang berehat atau sembahyang.




Pintu masuk ke makam Sahabah Al-Jalil Abi Darda'.






Ok. dah penat jalan-jalan sekeliling bandar Damsyik ini. Hurm, kalau ikutkan Asma' dan kawan2 dia nak jalan lagi, tapi Auntie Azzah dah tak larat, dah surrender... kaki dah penat..kena lah rehat sekejap!






"Sekejap... sebelum makan nak singgah kedai Halawiyat (manisan) dulu ke? Kakak2 senior kata halawiyat kat Syria ni lebih murah dari di Jordan" tanya Asma'. "Okay, boleh jugak. Lagi pun ramai kawan-kawan ummi dah pesan jangan lupa bawak balik Halawiyat... esp auntie Hayati", Maka kami pun singgah lah di sebuah kedai menjual manisan Arab ni, "Abu Rashed Sweets" atau "Halawiyat Abu Rashed"

Ok. "Apa kata kita makan dulu?" , "Eh! Ya tak ya jugak...seharian berjalan tak sedar belum makan lagi." Punya lah seronok dapat melawat tmpat-tempat bersejarah sampai lupa makan.
"Nanti saya bawa auntie makan kat satu tempat tu. Auntie belum pernah makan Nasi Mandi kan?", tanya Ashraf.


"Nasi Mandi? okay lah... Mandi pun mandi lah". Sejuk-sejuk ni kena makan Nasi Mandi selalu, sbb 2-3 hari sekali baru mandi...hahaha !









Haaa.....nak tengok Nasi Mandi? Ini dia...
punyalah besar pinggan (or should I say "dulang") dgn ayam bukan seketul tapi seekor tertonggok atas nasi yang setimbun tu!!!! Hurm... larat ke nak habis nih...

Tapi Ashraf boleh habis... !!!! Kesian Ashraf, penat bawa auntie Azzah jalan-jalan sekeliling Damsyik... takpe.. mesti habiskan sbb auntie Azzah belanja!

Akhirnya Auntie Azzah hanya berjaya habiskan 1/3 shj drpd Nasi Mandi tu, at last suruh Pak Arab tu bungkus... balik rumah Asma' nnt boleh sambung makan...


Selepas makan kami meneruskan agenda terakhir iaitu, shopping di Souq Al-Hamidiyeh. Dapatlah juga auntie Azzah shopping beberapa helai alas meja, cadar/comforter yg sgt cantik (Lina tanya, "cadar ni utk Asma' kahwin ke auntie?" Hurm... ye ke....??? "Kalau Asma' nak kahwin, nnt dia beli sendiri aje lah... pilihan sendiri, betul tak?" kata auntie Azzah. ) , souvenirs utk saudara dan rakan2 di Malaysia, dan beberapa helai jubah.


Beg utk Farhana (anak saudara)





Kepenatan menunggu Asma' tawar-menawar dg Pak Arab nak beli Jubah.



Selepas selesai agenda terakhir, kami pun berjalan ke tempat perhentian teksi di mana teksi yg kami chartered dari Irbid itu sedang menunggu. On the way, they want to buy some drinks "koktel Arab", they said it tastes very nice.


Sedang menunggu koktel, tapi Subhanallah...sejuknya angin yg bertiup..semakin malam semakin sejuk... tenguk Auntie Azzah dah siap pakai gloves dan muffler , tapi org Arab tu nmpk relax jek... hurm...dia org dah biasa...




Semakin ke malam semakin ramai org di Souq Al Hamidiyeh.

No comments:

Post a Comment

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....