Sebenarnya tujuan utama saya datang ke Jordan ialah utk membentang kertas kerja di 1st International Conference of Digital Communications and Computer Applications (DCCA 2007) yang dianjurkan oleh Faculty IT , Jordan Uni of Science & Technology (JUST). Kertas kerja saya bertajuk " Improving Cluster-based Malay Text Retrieval System Using Thesaurus"
Hari pertama konferens diadakan di JUST, Irbid, Jordan. Iaitu Universiti tempat Asma' belajar.Irbid terletak 85km ke utara Amman. Pada zaman dahulukala Irbid dikenali sbg Arabella,. Sekarang ia merupakan bandar kedua terbesar di Jordan selepas Amman.
Konferens akan bersambung pd hari kedua dan ketiga di Intercontinental Hotel di Amman, iaitu ibu negara Jordan.
Selepas majlis pembukaan dirasmikan oleh menteri pendidikan Jordan, satu parallel session akan dimulakan sehingga tghr. Parallel Session tersebut mengandungi 6 track yang akan membentangkan sekurang-kurangnya 5 kertas-kerja setiap satu track. Saya telah menghadiri track yang membincangkan Computer Algorithm. Salah seorang pembentangnya ialah seorang pensyarah bernama Siti Mariam dari Universiti Teknologi Malaysia.
Pembentang dari UiTM ialah saya, Dr Norlida dan Dr Habibah dari Fakulti Kejuruteraan Elektrikal. Dr Norlida dan Dr Habibah datang bersama suami masing-masing.
Saya telah memohon kebenaran dari pihak Conference Committee untuk menjemput anak saya utk lunch bersama-sama. Dr Eyas, pengerusi konferens telah bermurah hati membenarkan Asma' dan rakannya utk join lunch tersebut.
No comments:
Post a Comment