Wednesday, April 18, 2007

First Day in Irbid, Jordan

17 Mac 2007 First Day in Irbid

Alhamdulillah dapat juga tidur dlm kesejukan di Irbid, Jordan ini. Kesian jugak tgk student kat sini, kena berjimat cermat, heater yg digunakan pon masih guna portable heater yg ada tong gas sebesar tong gas yg kita buat masak kat Malaysia tuh (lupa plak nak ambik gambar portable heater tu..).. ialah bukan takda apartment yg pakai centralized heater, tapi mahal la...(according to my daughter)

 
Pukul 4 pagi waktu Jordan terdengar laungan azan berkumandang... haa? Subuh kul 4 pg... tapi actually sebelum tu lagi dah terjaga, dalam kul 2 pg waktu Jordan. I'm still jet lag lagi... my body clock is still Malaysian time, ialah kul 2 pg waktu Jordan sebenarnya sudah pukul 8 pg waktu Malaysia..patutlah nak tido tak boleh...terkebil-kebil biji mata ni....


Okay..where am i? oh..Wake up Nurazzah! You are in Jordan now... ye ke? Alhamdulillah..syukur..Allah murahkan rezeki utk saya menjejakkan kaki ke bumi para anbiya' ini.tak dpt nak ucapkan dgn kata2 apabila melawat tempat2 bersejarah Islam di sini, mmg betul mcm tuan Syed kata, di bumi para anbiya' (and para sahabah too). The Hashemite Kingdom of Jordan atau Al-Urdun(dlm bahasa Arab) terletak di dataran Syam, merupakan dataran laluan para anbiya' terdahulu dan kawasan pembinaan tamadun2 awal yg berakhir beratus dan beribu tahun dahulu. Dataran Syam ini telah menyaksikan dakwah para rasul terdahulu mengajak kaum2 mereka kembali kpd agama Allah. Kota2 silam bagi kaum2 tersebut dikekalkan oleh Allah SWT hingga hari ini supaya kita dpt merenung sehebat manapun binaan dan keilmuan mereka tetapi akhirnya dibinasakan oleh Allah akibat keingkaran mereka terhadap seruan agama Allah yg dibw oleh para Rasul.

Firman Allah SWT : Surah An-Nahl:36, bermaksud
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Rasul pd tiap2 umat(utk menyerukan):
"Sembahlah Allah(sahaja) dan jauhilah Taghut itu", maka di antara umat itu
ada org2 yg diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya org2 yg telah
pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah
bgmn kesudahan org yg mendustakan (Rasul2)"

Today Asma' ada exam.. so takde plan apa-apa pun, ingat nak lepak-lepak cuba menyesuaikan diri dgn cuaca sejuk nih sambil tunggu Asma' habis exam. Asma' exam tghr, so cadangnya nak ikut Asma' pergi Univ dia, ronda-ronda melihat Jordan Uni of Science & Tech, sambil tunggu dia habis exam. Asma' kata nnt housemate dia habis exam (housemate dia exam sebelah pagi) they all akan bawa I jalan2 ronda kampus JUST.
Hurm..dah lama tak pakai winter coat, ready to go to JUST

Lepas Besse dgn Maryam habis exam, they all pun bawalah auntie Azzah ni jalan-jalan sekeliling kampus, tak semua tmpat pun, tak sempat sbb they all kata nak pergi Ajloun rumah kawan mak Arab, nak pergi main salji. Gambar kat sebelah ni ialah depan fakulti perubatan JUST. Medicine, Farmacy and Dentistry. Cantik jugak kampus JUST ni. tapi aduish...sejuk nya angin yg bertiup kencang ...tambahan lagi hujan pun mula turun renyai-renyai... nampak tak auntie Azzah pakai gloves tu..?







okay, okay.... cukup jalan round JUST, kami nak pergi main salji kat Ajloun... Pergi stesyen bas Irbid, then tunggu bas yg nak pergi ke Ajloun... sempat jugak posing kat stesyen bas tuh...




Sampai rumah Mak Arab tu, kami pun duduk-duduk berbual , tapi yg frust nya anak2 nih, SALJI DAH CAIR!!! Haaaaaa.........sedih dia org dah datang jauh-jauh tak dapat main salji sbb salji dah cair.... takpe lah... Anyway, kesedihan tak dapat main salji terubat apabila melihat hidangan yg dihidangkan oleh Mak Arab nih.... haaaa .... satu dulang besar.... hidangan ini dinamakan Maklubeh ...sejenis hidangan special bg Arab Jordan nih...dihidangkan bersama jeruk buah zaitun, lada hijau, timun, sejenis sayur (tomato + timun + daun parsley) dan kuah apa ye...tak ingat namanya... iaitu sejenis yogurt + minyak zaitun. Satu perkara orang Arab nih, walau pun mkn kambing biri2, ayam dan daging byk, mereka kurang sakit sbb disertakan dgn minyak zaitun...mostly makanan dia org akan letak atau guna minyak zaitun... ialah minyak zaitun kan murah kat sana, tak mcm kat Malaysia, mahal....

Huish.... terduduk kekenyangan selepas makan nih.... pastuh mengikut adat org Arab nih , selagi dia tak hidangkan kopi, bermakna kita tak boleh balik lagi.... haaa? perut dah penuh... mana nak taruk lagi... baru satu round air teh, pastuh air oren..... mana air kopi tak dtg lagik!!!!!????
Akhirnya selepas dihidangkan kopi, kami pun bergambar beramai-ramai dgn keluarga mak Arab nih di hadapan pendiang apinya yg unik yg terletak ditengah-tengah ruang tamu sebagai kenang-kenangan.....

1 comment:

  1. 'alaikumussalam

    Azzah, terima kasih sudi berkongsi pengalaman ke bumi para anbiyaa'.
    Sempat juga merakamkan kenangan ditengah-tengah kesibukan Phd.
    Tengok gambar nasi Maklubah + salad Arab + pes kacang kuda dengan
    minyak Zaitun teringat akan zaman nostalgia di US.

    Ashraf tu bakal menantu ke? Sama-sama doktor munkin akan lebih
    memahami kehendak profession tersebut.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....