Tuesday, April 24, 2007

19 March 2007 Ar-Rabad Castle, Ajloun

19th March 2007 Ar-Rabad Castle, Ajloun

Perjalanan dari JUST, Irbid dengan menaiki bas yg disediakan oleh pihak JUST akan bertolak ke Amman utk konferens seterusnya. Saya akan duduk di Hotel Palmyra, Amman selama perjalanan konferens pd hari kedua dan ketiga.


Dengan Linda dari Algeria.


Dalam bas saya duduk dgn Linda, peserta dari Algeria. Cuba berbual-bual dgn Linda utk memecah kesunyian, ttp beliau memberi isyarat bhw beliau kurang fasih berbahasa Inggeris. Beliau fasih berbahasa Arab dan Perancis. Saya cuba bertanya bgmn beliau membentang kertas kerja beliau. Dia menyatakan kertas kerja nya diterima sbg poster, oleh itu beliau tidak perlu membentangkannya. Namun begitu kami cuba juga berbual dgn perkataan yg sepatah-sepatah dan bahasa isyarat (tangan dan anggukkan kepala... ) Aduish... masa inilah rasanya betapa pentingnya jika kita tahu bahasa Arab...Suatu masa dulu adalah juga ambik kelas Arab, dah sampai kelas Intermediate, ttp lama-kelamaan apabila tidak diamalkan, hilanglah pengetahuan itu... rasa ruginya...........! 







We arrived at Ar-Rabad Castle in Ajloun around 3:30pm. The organizer of the conference said that we only have around 1/2 hour to look around and take pictures. This is becoz' we have to be at InterContinental Hotel in Amman around 5 pm.

 


Scenery taken on the way from JUST to Ajloun Castle 
 
 
Qala'ah Ar-Rabad di AJLOUN adalah sebuah kota pertahanan yg hebat. Kota ini dibina oleh Panglima Izzudin Usamah, anak saudara Sallehuddin Al-Ayubi. Izzudin Usamah terkenal sbg panglima yg hebat disebabkan beliau berjaya menguasai jalan perdagangan antara Syria hingga ke selatan Jordan dan menguasai sumber-sumber air di Wadi Kufranjah, Wadi Yabis dan Wadi Rajeb.  
Tujuan Qala'ah (Castle) Ar-Rabad dibina ialahutk mengintip pergerakan tentera Salib dan sbg kota yg menguasai lombong besi di pergunungan Ajloun yg diusahakan utk menghasilkan senjata.

 
 
 
Pada asalnya, kota ini mempunyai 4
menara disetiap bucu. Di setiap bilik tentera
di kota ini terdpt lubang sempit utk tujuan
memanah. Al Malik Adil saudara
Sallehuddin Al-Ayubi mengambil alih kota
ini antara 1198 hingga 1218. Kota ini
kemudian diperintah oleh Muazzam Isa
dan beliau menambah satu lagi menara
di bahagian barat daya kota pd tahun 611 H.





 
 
 
Selepas perang salib, sebahagian kota ini telah dirobohkan dan dimusnahkan oleh tentera Monggol pada tahun
1920. Dibina semula ketika
zaman pemerintahan kerajaan Mamluk
oleh Sultan Baybars.
Pd abad ke-17, kota ini dijadikan
penempatan tentera oleh kerajaan
Khilafah Uthmaniyyah.









Bersama Siti Mariam (UTM) di sebelah kiri saya dan Prof. Maslina (UKM) di sebelah kanan saya





Kini kerajaan Jordan telah membelanjakan wang yg besar utk membaik pulih kota ini dan menjadikan ia sebagai salah satu lokasi sejarah utama di negara Jordan.

Dalam perjalanan turun dari Kota ini yg terletak di atas bukit, saya terpandang satu papan tanda yang menyatakan bahawa makam Nabi Khidir terletak berdekatan dgn kota ini. (tapi tak sempat ambil gambar kerana bas bergerak laju)

No comments:

Post a Comment

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....