Friday, April 27, 2007

21st March 2007 Mount Nebo / Jabal Siyagha

21st March 2007 Mount Nebo / Jabal Siyagha








Dari Al-Maqtas kami bertolak ke MOUNT NEBO juga dikenali dlm bahasa Arab JABAL SIYAGHA. Mt Nebo terletak di bandar Madaba
kira2 47km dari Amman.Dlm bahasa Aramaik, Madaba bermaksud air buah-buahan atau air yg tenang. Manakala Nebo pula bermaksud TUhan Perdagangan di sisi ahli Babylon.










Bandar Madaba terkenal dgn keindahan mozek (mosaics) yg cantik dan bersejarah dari era Byzantine. Bandar ini juga menjadi pusat yg sgt penting bagi penganut agama kristian, dan juga menjadi contoh sebuah bandar yg bertolak ansur dari segi anutan agamanya. Mesjid dan gereja sebelah menyebelah, sesekali kedengaran azan dilaungkan dari menara mesjid dan pada masa yang sama loceng dibunyikan dari gereja. 2/3 penduduknya berugama Islam manakala 1/3 berugama Kristian.

Mosaics from Byzantine Era




Tinggalan lama ini menjadi sejarah penting buat kaum Kristian kerana terdpt gereja lama di bukit tersebut.
Lantai gereja lama ini dihiasi mozek yg sangat cantik dari era Byzantine.



Pope John pernah melawat Mt Nebo pd tahun 2000 dan menjadikan tmpat ini sbg tmpat penting bg penganut agama kristian.

Ketika perayaan keagamaan kristian dijalankan, tempat ini turut menjadi tumpuan antaranya upacara baptist atau penyucian dosa.





Nabi Musa a.s dikatakan telah tiba di Mt Nebo dari bandar Jericho di Palestin dan menghabiskan riwayat akhir baginda di situ.


Dari situ baginda tlh memandang ke arah Baitulmuqaddis yg terletak tidak jauh dari bukit
tersebut. bandar terdekat di Palestin ialah Jericho, iaitu lebihkurang 27 km dari Mt Nebo. manakala Jerusalem terletak lebih kurang 46km dari Mt Nebo.







Terdapat
kesan mata air yg dikenali sbg 'Uyun Musa terletak di bahagian bawah bukit kwsn tinggi Nebo.

Sehingga ke hari ini air masih banyak mengalir dari kawasan mata
air tersebut.




























The Milestone from the sixth mile of the Roman road, which joined Esbous
(Hesban) to Livias (Al-Ramah) The Jordan Valley. The road which streched on the ridge north of the Wadi Uyun Musa, was used by Byzantine pilgrims to reach the Memorial of Moses on Mount Nebo from Jerusalem.




Di atas Mt Nebo didirikan juga
lambang/simbol tongkat Nabi Musa a.s dgn ular melilit di tongkat tersebut. Jika semua masih ingat kisah mukjizat Nabi Musa a.s iaitu tongkat baginda bertukar menjadi ular besar dan menelan semua ular2 dari ahli sihir yg lain.

Firman Allah SWT dlm surah Al-Isra' ayat 101 yg bermaksud : "Sesungguhnya Kami tlh memberi kpd (Nabi) Musa sembilan mukjizat yg jelas nyata (membuktikan kebenarannya); maka bertanyalah (wahai Muhammad) kpd Bani Israel (tentang itu): Tatkala (Nabi) Musa datang kpd Firaun dan kaumnya (serta menunjukkan mukjizatnya), lalu berkatalah Firaun kepadanya,"Sesungguhnya aku fikir, engkau ini wahai Musa seorang yg terkena sihir". "


Dgn terdirinya simbol atau lambang tongkat ini oleh pihak Kristian, menunjukkan mereka juga jelas mempercayai kisah Nabi Musa ini(atau mereka panggil Moses) drp kitab2 terdahulu.

1 comment:

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....