Friday, April 27, 2007

21st March 2007 Dead Sea/Al Bahr al-Mayit/Bahr Luth

21st March 2007 Dead Sea/Al Bahr al-Mayit/Bahr Luth

Hari ini kami bercadang hendak melawat Laut Mati, Al-Maqtas dan Madaba (Mt Nebo). Selepas sarapan saya terus check-out dari hotel kerana selepas lawatan ke Laut Mati dll saya akan ke rumah Ina di Amman. Ina ialah rakan blogger anak saya Asma' (I'll tell the story about her in another entry). Semua luggage saya tumpang di store room Hotel Palmyra.


Me, Jane(India), Khaleda (Pakistan) and Muhaini (KUITTHO, Malaysia)



Tepat pukul 7pg Dr Norlida + husband and Dr Habibah + husband tlh bertolak dahulu ke Laut Mati dll dgn menaiki sebuah teksi. Saya menunggu Jane (prof dari Madras, India) sampai dari Hotel Jerusalem.





Sedang menunggu Jane , berbual2 dgn Muhaini + husband. Dia akan bertolak balik pd malam ini dgn menaiki Royal Jordanian. Saya mengajak Muhaini + husband pergi trip ke Laut Mati bersama-sama memandangkan kami boleh berkongsi tambang teksi dan ini adalah peluang terakhir mereka utk melawat Laut Mati sebelum pulang ke tanahair Malaysia. Mereka bersetuju dan akhirnya kami berempat bertolak dgn menaiki sebuah teksi lain yg di tempah khas oleh penyambut tetamu di kaunter hotel. Pemandu teksi bernama Mahmood, seorang Palestin ttp sudah lama duduk di Jordan.


Laut Mati dikenali sbg Al-Bahr al-Mayit atau Bahr Luth oleh org tempatan. Panjang nya ialah 65km dan lebar dari 6km hingga 18km. Sumber utama nya ialah Sungai Jordan. Laut Mati merupakan kawasan terendah di dunia(397m di bwh paras laut).

Dinyatakan dlm surah Rum:3. ia merupakan
kwsn yg bersempadan dgn Palestin, tasik garam (org takpandai berenang pun tak boleh tenggelam) dan byk cattn sejarah. Sejarah Utama, ialah kejadian bala ALlah terhadap kaum Nabi Luth a.s. yg berlaku kira2 lebih 1700 tahun dahulu.

Surah Al-A'araf:80-81 dan surah Hud:82 (maksudnya, 'Maka tatkala dtg azab Kami, kami jadikan negeri kaum Luth itu di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dgn batu dr tanah yg terbakar dgn bertubi-tubi").

Satu lagi perkara, semasa di kwsn Laut Mati, lalat-lalat mmg byk walaupun tmpt itu bersih. Ada pendapat mengatakan ini adalah kerana bangkai2 mereka yg ingkar di bwh sana, wallahualam. Mmg sedih semasa main air kat situ, terbayang dibwh sana ..... melihat ke seberang lagi sayu, bumi Palestin yg dijajah Yahudi Laknatullah. Saat itu juga kedengaran bunyi bom bertalu-talu di seberang. Meleleh air mata mengenangkan umat Islam di sana berjuang mempertahankan tanah air mereka. Yahudi Laknatullah yg tidak puas2 merampas hak2 org Islam.

1 comment:

  1. salam nur,

    Wah cantik blog ni.... welcome to the blogsphere :)

    Kisah laut mati memang tak terungkap kesedihannya dengan kata-kata dan pandangan...ianya menunjukkan betapa agongnya Allah Ynag Maha Esa.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....