Sunday, December 2, 2007

Cuti Sekolah .... buku cerita

Cuti sekolah hujung tahun ini, sempena Mu'adz dan Zubair bersunat, dan sepanjang pemergian aku dan suami ke tanah suci, perancangan perlu dibuat agar anak-anak tidak terbiar tanpa apa-apa yang berfaedah perlu dilakukan.

Selain dari mengisi masa dengan membaca dan menghafal Al-Quran, bermain computer games, melayari internet, friendster dan chatting dgn kawan2, 2-3 bulan yang lalu aku telah mula membeli buku-buku cerita kanak-kanak dan remaja utk anak2 membaca.

Selain drpd itu, juga utk menyokong rakan2 bloggers, seperti OD. (Mesti OD tersengih lebar tengok gambar ni kan....!? )
Siri Ninja Kunaharo dan Ajak Kadir

Anak-anak saya sangat suka membaca siri Penyiasat Ekstrovert ini .... sentiasa menantikan siri yang terbaru....yang terdapat dalam koleksi: Serangan Amfish, Lolongan Misteri, Sesat di Bukit Fraser, Pedang Yamashita, Kucing Utusan, Misteri Vila Penn dan UFO
Siri Penyiasat Ekstrovert

Di bawah pula cerita misteri dan berkenaan bola: Zidane@Zizan .... Anything berkenaan bola sepak, bagi saja kpd 5 orang hero ku...mesti laku...

Ini pula, Siri pahlawan Islam oleh Pak Latip yang dikenali ramai....
Siri Pahlawan Islam oleh Pak Latip

Siri Pahlawan/Sejarah Tanah Melayu oleh Pak Latip Talib

Suatu hari menerima bungkusan ini, dari e-kedai.net Apa ya yang terdapat dalam bungkusan ini???
Ini lah dia isi bungkusan di atas.......
hampir 90% telah dibawa balik oleh Kak Long ke Jordan tempohari...
kebanyakan novel utk remaja.
5 tahun 5 bulan
ialah novel berkenaan pelajar medic di luar negara(sgt sesuai utk kak long baca), Pudarnya Pesona Cleopatra (baca ulasan di sini) nukilan Habiburahman El-Shirazy, iaitu pengarang novel Ayat-ayat Cinta,
Senafas Rindu
oleh Damya Hanna , Surat Ungu Untuk Nuha oleh Noor Suraya,
Curahan Cinta Niagara oleh Maya Iris. "Aku Dekat.....Kau Dekat".....Ini adalah mantera cinta Mira dengan PenciptaNya yang diulang berkali-kali di dalam novel Curahan Cinta Niagara yang sangat berkesan di hatiku. Mira adalah watak utama di dalam novel islami oleh penulis Maya Iris ini.

Membaca buku As I Was Passing oleh Adibah Amin membawa kita mengimbau kembali ke zamn 70an . Dengan gaya bahasa Inggeris yang bersahaja dan mudah difahami, Puan Adibah berjaya mencolek hati kita membaca sambil menghayati nilai-nilai yg sepatutnya ada dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.(Baca ulasan di sini)
Semasa berkunjung ke MPH di SACC Mall, anakku memilih utk membeli buku Dicakar Hantu. Tetapi selepas membacanya, masing-masing takut bersendirian di bilik...(hurm...lepas ni tak mahu kasi mereka membaca buku cerita hantu lagi)

Suami ku ada membeli buku Pengembaraan Ibn Battutah, tapi belum sempat habis membaca, baru baca 1 bab sahaja, namun apabila membaca ulasan oleh ulas-kupas, mmg saya teruja hendak membaca sehingga habis, cuma tiada masa sekarang. InsyaAllah selepas balik dari mengerjakan haji akan aku habiskan membaca...Pengembaraan Ibn Battutah

dan akhir sekali ini , buku resepi oleh Nina Suria dari bumi seberang, Brunei Darussalam, utk diriku dan bibik! ... kami dah cuba macam 2 resepi, yang bestnya Ayam Masak Limau...sehingga menjilat jari...!!! Silalah berkunjung ke blog Nina, yang sentiasa dipenuhi dengan pelbagai juadah yang beraneka rasa dan rupa... sentiasa jadi lapar bila berkunjung ke blog beliau...hehehe

Oppss... terlupa...sebelum Hari Raya Aidil Fitri yg lalu sempat lagi order 3 buku di bawah iaitu Al-Andalus Menangis, Wilayah Cinta dan Jalan Jauh ke Ramallah dari Khadijah, iaitu salah seorang ahli Grup Karyawan Luar Negara.

Al-Andalus Menangis dan Wilayah Cinta adalah Antologi Puisi manakala Jalan Jauh Ke Ramallah pula adalah sebuah Antologi Cerpen karya ahli-ahli GKLN.

GKLN mula diwujudkan pada awal tahun 2005 di Dublin, Ireland, oleh sekumpulan pelajar perubatan Malaysia yang menuntut di sana. Pada awalnya, GKLN dikenali sebagai Grup Karyawan Ireland (GKI) dan ketika itu ahlinya sekadar mencapai 20 orang sahaja. GKI menjalankan aktiviti-aktiviti seperti perkongsian karya, berita sastera, tips-tips penulisan dan kertas-kertas kerja penulis serta pengkaji sastera yang lain melalui komuniti siber di internet.

Lebih mengujakan lagi apabila terdapat banyak permohonan untuk menjadi ahli di kalangan pelajar-pelajar luar Ireland-United Kingdom seperti Australia, Rusia, Jepun, dan United States. Atas desakan tersebut maka GKI telah diubah namanya kepada Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) dan keahliannya dibuka kepada pelajar-pelajar Malaysia di seluruh dunia. Sehingga kini, GKLN mempunyai sekitar 230 orang ahli dari pelbagai negara seperti Jepun, Rusia, Ireland, United Kingdom, United States, Jordan, Mesir, Australia, Ukraine, Jerman, Perancis, Republik Czech, New Zealand, Morocco, dan lain-lain. Para ahli GKLN juga mengambil jurusan pendidikan yang pelbagai termasuklah perubatan, farmasi, bioteknologi, akauntan, teknologi maklumat, pengkomputeran, kejuruteraan, bahasa, kimia, syariah, dan sebagainya.
(dipetik dari blog GKLN)


Al-Andalus Menangis
La Alhambra, Granada
7 Jun 2005

Andalus, seribu musim kau merawat parah di ruang kendiri
saat laung istighfar Alhambra menjagakan marga langit
dengan seribu sengsara
dan pada waktu berdarah itu
kiblat yang dicabut dari ladang ibadat ini
adalah kerebahan yang tidak tertebuspun oleh
sebungkus doa kita yang renyuk.

Sudah lewat berzaman tidurmu ditertawakan
dentingan genta dari Giralda
saat angin Mediteranean berpeleseran dirasuk rindu buat Tariq
mencari jika masih tercicir
lagu muazzin yang rendah berbicara dengan langit
dimimbar Cordoba ini,
pun aku masih lagi berdiri di sini, di tebing zaman
membaca ranumnya puisi luka Guadalquivir
seakan mengutip pepasir sesal di dasar arus yang teresak-esak
dalam rajuk yang panjang.

Masih akrabkah cinta dalam mimpimu, Andalus,
pabila sejarah adalah cagaran buat syahadah
yang kita teduhkan di rimba nurani ini?
Atau telah mungkinkah tanah ini tersumpah
sesudah nafsu yang tumpah membanjiri sebuah riwayatmu
dalam amukan langit yang murka.

Dalam iktikaf usia ini sempat kau bertanyakan kami
milik siapakah dosa ini?

Al-Andalus , sesudah lelah
hadiah ziarahku kau jawab dengan salam curiga
dalam diammu
merahsiakan tajamnya sebuah tangisan.

(memenangi hadiah utama(Puisi) Hadiah Sastera Utusan Exxon-Mobil 2005)


~ SELAMAT MEMBACA DUHAI ANAK-ANAK KU ~

Saturday, December 1, 2007

Menjadi Tetamu ALLAH

"Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Al-Baqarah: 196)

"Allah mewajipkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (engkarkankewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu daripada sekelian makhluk)."
(Al-Imran: 97)

InsyaAllah, saya, suami, MIL dan BIL akan pergi menunaikan haji pada 7 Disember 2007. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun maaf sekiranya selama saya berinteraksi dengan saudara-saudari sekelian, terdapat kata-kata saya yang menyinggung atau menyakiti hati saudara-saudari. Doakan kami selamat segalanya dalam perjalanan pergi dan balik, serta sepanjang masa kami beribadah di Tanah Suci Allah. Doakan semoga kami dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa agar kami dapat menjalankan ibadah haji ini dengan sempurna.

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni'mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Artinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu'
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba


Tuesday, November 27, 2007

Berkhatan

25hb Nov 2007 (Ahad)

Bila dua orang anakku hendak berkhatan pada hari Ahad lepas, teringat akan satu iklan petronas tentang berkhatan ni.


Hari Ahad, Mu'adz (darjah 4) dan Zubair (darjah 2) telah menyertai acara berkhatan beramai-ramai di Sek Ren Islam Hira', Klang. Seramai 25 orang murid telah mengambil bahagian. Dengan berakhirnya acara berkhatan ini, maka selesailah sudah kelima-lima orang anak lelaki ku berkhatan... selepas ini... 5 orang bujang di rumah...

Update:
Selepas beberapa hari Mu'adz dan Zubair berkhatan, jenuh aku dan suami hendak menjawap berbagai pertanyaan dari Hana' (anak ku yg bongsu). Soalan-soalan yang ditanya:
"Sunat tu apa ummi?"

"Sakit tak ummi?"

"Ummi, nanti Hana' besar Hana pun kena sunat macam abang ke?"

(Selepas aku menerangkan bahawa Hana dah sunat masa kecil...)

"Hana' nangis tak ummi masa sunat tu?"

"Masa Hana' sunat dulu Hana pun tak boleh makan udang dan sotong ya ummi?"

(dia tanya ni bila dengar kami melarang Mu'adz dan Zubair makan seafood, takut gatal...hehehe...manalah pulak dia nak makan udang dan sotong...kan dia kecik lagi masa tu, minum susu aje lah...)

Yang bestnya bila dia tanya, "Abang sunat tu nanti dia tak boleh kencing lah ummi ya?"

Ha Ha Ha... gelak besar saya....terpaksa pula menerangkan kpd dia bagaimana...


Sunday, November 25, 2007

Happy Belated Birthday Zaid

19hb November 1988, anakku yg ke-2 selamat dilahirkan. Waktu itu musim sejuk sudah bermula di Athens, Ohio, USA. Daun-daun kekuningan dan kemerahan sudah gugur dari ranting-rantingnya. Angin sejuk menghembus lembut ke pipi tatkala suami membawaku ke hospital. Pengalaman melahirkan anak ke-2 di Hospital O'Blenes, Athens sungguh mengujakan. Walaupun ketika itu kami jauh dari ibu-bapa dan sanak saudara, namun kami beruntung kerana sahabat seperjuangan menuntut ilmu saling bantu-membantu melebihi saudara sendiri.
19 tahun dahulu............

Staf di hospital juga sangat baik dan melayani kami dengan baik walaupun kami tidak sebangsa dan tidak sama warna kulit dgn mereka. Ini dibuktikan dengan layanan yang tidak berbeza yang diberikan oleh mereka. Masih aku ingat ketika itu waktu hampir tengah malam. Suami sudah menalipon pihak hospital tentang kedatangan kami apabila contraction sudah mula sekerap setiap 3-5 minit. Sesampai di hospital, suami menurunkan aku dihadapan pintu masuk. Apabila aku turun sudah ada seorang nurse menunggu dengan sebuah kerusi roda. Aku berkata tidak apa aku masih boleh berjalan sendiri, tapi nurse tersebut insist juga aku menaiki kerusi roda tersebut. Aku pun duduk dan terus ditolaknya aku masuk.
Zaid bersama Mujahid 1989

Urusan mengisi borang dsb juga berjalan dengan lancar dan cepat. Tiada banyak kerenah. Nurse itu menyatakan aku bernasib baik kerana tatkala itu sebuah bilik khas untuk bersalin dengan suasana seperti di rumah masih kosong. Bilik ini dihias indah dengan wall paper yg cantik dan katil yang tidak kelihatan seperti di hospital. Ini bermakna aku tidak perlu ke labour room dan juga delivery room. Semua urusan di lakukan di bilik ini. Suamiku juga dibenarkan berada di bilik ini sepanjang masa sehingga saat-saat aku melahirkan.

Zaid bersama Asma' , Spring 1989

Jam sudah melepasi pukul 1 pagi. Sakit sudah semakin kerap, namun aku berjaya melepasinya dengan melakukan teknik-teknik pernafasan yang diajar semasa mengikuti kelas latihan untuk melahirkan, disamping tidak lupa mulutku berzikir dan beristighfar sepanjang masa. Apabila bukaan sudah mencapai 8 cm, nurse itu mula menukar katil tempat aku berbaring menjadi tempat delivery. Sebaik sahaja bukaan menjadi 10 cm, nurse pun memanggil doktor. ALhamdulillah, dengan hanya 3 kali 'push' sahaja anak ku sudah dilahirkan... Doktor pun mengumumkan..."it's a boy!" .... sungguh mudah sekali, sehingga aku sendiri pun tidak percaya ....
Hari Sabtu, 19 Nov 1988 bersamaan 10 Rabiul Akhir 1409H jam 2.51 pagi, Zaid dilahirkan seberat 7 lbs 11 oz .....................2004.....................2006..................2007.............

Sekarang seorang mahasiswa kejuruteraan mekanikal di UiTM, Shah Alam

Friday, November 9, 2007

Menerima kunjungan bloggers

Semalam sempena cuti Deepavali, aku menerima kunjungan rakan bloggers ke rumah. (bukan meraikan Deepavali... Syawal kan masih ada lagi..) . Memang seronok dapat berjumpa bloggers dalam alam realiti. Bloggers yang berkunjung kerumahku bersama gerombolan keluarga ialah Abang Long dan Pokcik Mersik.
Abang Long pernah menyiarkan gambar sekeluarga dalam blog nya pada minggu lepas, tetapi aku ter'miss' pulak...sebabnya masa siarannya yang paling pendek iaitu hanya 5 jam sahaja. Tak mengapa kerana pada hari ini dapat berjumpa secara berdepan...
Anak2 abang long hensem-hensem dan cantik (ada seorang puteri sahaja)...macam emaknya...(alahai...nanti marahlah pulak abang long...ok lah...hensem macam ayahnya jugak!)

Pokcik Mersik pulak, saya rasa agak2 pemalu gitu, samalah bila baca n3 di blog beliau... malu-malu kucing gitu ya pokcik? hehehe....Pokcik rupa2 ada seorang puteri... ingatkan pokcik ni bujang lagi...hehehe.... Haa...jangan lupa membeli dan membaca buku terbaru pokcik mersik nanti, akan diterbitkan tidak lama lagi...Dol Leman: Misteri Kebun Pisang ..
Pokcik, kalau keluar semasa musim cuti sekolah ni mesti laku macam goreng pisang panas, sekurang-kurangnya anak2 dpt membacanya masa cuti nih...

Tolong promo utk Pokcik Mersik!!! Kalau buku ni dah keluar kan best, masa Pokcik datang boleh mintak autograf kat buku tu kan....

Keluarga Abang Long dan Pokcik Mersik sedang menjamu selera.
(Maaf lah tak boleh siarkan gambar abang long dan pokcik mersik dari depan, atas permintaan mereka. Tengok dari belakang aje lah ye... Abang Long berbaju merah, Pokcik Mersik berbaju biru. )

Wednesday, November 7, 2007

Nuh's Ark Graduation Day

Ahad lepas 4hb Nov 2007, tadika Nuh's Ark telah mengadakan "Graduation Day" utk anak2 6 tahun. Anak2 yg lain (3,4,5 tahun) juga terlibat sama mengadakan persembahan pada hari tersebut...
Kali ini , tema nya adalah "The Garden"

Saturday, November 3, 2007

Ummi .... Hana nak adik baby!


Satu pagi, tiba-tiba anak bongsu ku Hana' bersuara,

"Ummi...Hana' nak adik baby...!"

Aku yg mendengarnya terkejut.... "Ya??? Hana' nak adik baby???"
"Kan Hana' dah jadi adik baby..."

"Alaaa...Hana kan dah besar...dah 5 years old... " kata Hana'.

" Kenapa Hana' nak adik baby?" tanya ku.

"Semua kawan-kawan Hana' kat sekolah ada adik baby," Hana' menyambung.

Dia pun bercerita, kawan A ada adik baby boy, kawan B ada adik baby girl, kawan C ada DUA (2) orang adik baby girl and boy. Hana' aje yang takde adik baby....

Hahaha... rupa-rupanya dia membandingkan dirinya dgn kawan2 disekolah tadika.... memang kawan2 ramai yang anak sulung atau kedua, parents masih muda belia lagi...mmg lah akan ada ramai adik baby... sedangkan Hana' ku adalah anak ke-8!!!!

"Ummi letaklah baby dalam perut ummi tuh, macam mama kawan Hana' !"

kah kah kah...lagi besar tawa ku.... agaknya dia ingat senang2 je nak mengandung ada baby dalam perut...hehehe...

Aduish...bgmn ya nak slow talk dgn si Hana' nih....pikir...pikir....

"OK...kalau Hana' nak adik baby...Hana' kena tolong ummi nanti kalau ada baby."
"Hana' kena tolong salin pampers kalau baby kencing atau b**ak"
"Hana' kena tolong mandikan baby tiap2 hari"

"Kalau baby nangis Hana' kena jaga sampai baby tak nangis"

"Kalau baby nangis nak susu malam-malam, Hana' kena bangun tolong bancuh susu dan susukan baby"
"Kalau baby nangis nak makan Hana kena tolong suapkan baby"


Termenung panjang dia........ agaknya tgh berfikir.... (hehehee)

Akhirnya dia berkata, "HANA TAK NAK ADIK BABY LAH UMMI !!!!"

SELAMAT....... ;-))

Thursday, November 1, 2007

pb - 35

pB - 35
29 Oktober 2007

Pada pagi hari Isnin yang lalu, saya sms pB.
"pB hari ni kerja ke? jom akak belanja di restoran Azira Beriyani"
pB pun balas, "yae, yae, nak, nak. Nasib baik tak pose ari ni.."

kami pun berjanji akan jumpa di sana pukul 12:30 thr nanti.

Sebelum pergi, singgah di rumah ambil anak kecil ku Hana untuk temankan berjumpa pB. Sebenarnya saja nak belanja pB makan sempena hari lahirnya yang ke-35.
hurm...mudanya lagi...hehehe..

Kami sampai terlebih dahulu, tapi alamak.... restoren Azira Beriyani tutup! hurm... nampak gayanya makan kat restoren Azira aje lah.... sambil tunggu pB, aku pun mengambil makanan utk Hana. Hana nak makan ayam tom yam. Sambil suapkan Hana, tetiba dpt msg, dari pB... rupa2 nya dia dah sampai... so, terus lambai dia dan suruh duduk sama dan order apa saja makanan yg dia nak makan. pB order Nasi Ayam, aku pula teringin nak makan pecal, Jadi ambil nasi sikit + pecal + tempe goreng.

Sambil tu berborak lah kami, tapi si Hana ni yang terlebih peramah betul2 jealous dgn ummi dia nak berborak dgn pb. Setiap kali ummi nak cakap, dia pun nak cakap jugak! kalau tak layan dia, marah pulak... hurm... takpe lah pB ya...nanti lain kali kita jumpa lagi.....

SELAMAT HARI LAHIR KE - 35!

Wednesday, October 31, 2007

Allah Lebih Menyayanginya

Allah Lebih Menyayanginya
30th Oktober 2007

Setiap pagi apabila membuka blog, pautan blog yg pertama sekali akan ku klik ialah blog D. Ini adalah kerana aku sentiasa mahu mengikuti perkembangan kesihatan suami D, dikenali sbg (Allahyarham)Mr D. Gembira apabila membaca D telah update blog nya dgn memberitahu bahawa pada 29th Oktober 2007 ialah tarikh lahir (Allahyarham)Mr D... namun begitu hati tersentuh kerana membaca keadaan (Allahyarham)Mr D masih tidak menentu.

Lalu teringat pd seorang sahabat yg ada membuat rawatan kanser melalui Al-Quran. Terus segera menghubungi sahabatku meminta buku yg digunakan oleh beliau. Hajat hati ingin fotostat segera buku tersebut, untuk diberikan kpd abang (Allahyarham) Mr D, yg dijangka akan bertolak ke UK. (melalui n3 terakhir, D menyatakan abang iparnya duduk di Shah Alam). Tanpa membaca bahagian komen n3 terakhir di blog D, aku terus menghantar sms kpd D, meminta no hp abang iparnya itu. Namun tiada mendapat balasan. Dalam hati berkata, mungkin D sedang sibuk melayani anak2 dan (Allahyarham)Mr D.

Pada masa yang sama, seorang lagi sahabat, Kak Norehan dtg ke bilik. Aku pun menceritakan kisah D dan (Allahyarham) Mr D kpdnya. Bila balik ke pejabat beliau, beliau menelefon meminta URL blog D, terus aku memberinya. Selang beberapa minit Kak Norehan menelefon ku,
"Azzah, u baca kat bhgn komen, ada somebody tulis Mr D dah meninggal dunia!"
Terperanjat sungguh, terkedu, tak tahu apa yang perlu dikatakan. Segera aku klik di bhgn komen, dan membacanya.

Innalillahi wainnailaihiraajiun.

Nampaknya tidak sempat aku mengirim salinan buku mengenai rawatan penyakit kanser melalui Al-Quran kpd D, suaminya telah pergi lebih dahulu. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi nya. Sememangnya dari n3 yg dibaca di blog D, aku dapati D seorang yang sangat tabah menghadapi saat-saat getir sebegini, melayani anak2 yg masih memerlukan belaian seorang bapa. Bgmn beliau terpaksa menjawab persoalan anak2 yg masih belum mengerti sepenuhnya, dan menerangkan kemungkinan yang akan berlaku kpd ayah mereka. Terutama dalam n3 di mana D terpaksa menjelaskan kpd anaknya yg paling kecil, (di quote dr blog D):

With this, I think the children understand the situation a little bit better (though Princess tries to be funny by making ridiculous jokes). I have even told Little D about it. He seemed a little hesitant after listening to it, and asks heart-breaking questions like, "but if Abah is gone, then I wouldn't have any daddy anymore! Who's going to look after us?"

tanpa dapat ditahan2, airmataku laju membasahi pipiku...

untuk D dan anak2, akak doakan agar D sentiasa tabah menghadapi hari-hari mendatang demi anak2, InsyaAllah segala yg ditakdirkan ini adalah suratan Ilahi. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Ketika Menerima Berita Orang Meninggal DuniaErtinya: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kami kembali pula kepada Allah dan kami pasti kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah! Catatlah mayat ini pada sisi Engkau dalam golongan orang-orang yang baik, dan jadikanlah catatannya dalam golongan yang terpuji / tinggi.


Ya, D tidak mengenali siapa diriku, begitu juga aku tidak mengenali D dan keluarga secara zahiriah. Namun kemajuan teknologi internet telah mengenalkan kami melalui blogsphere. Persahabatan terjalin, kata-kata pengenalan diungkap. Jalinan persahabatan yang tersimpul, menyatukan hati-hati kami. Doaku untuk D dan anak2, tabah dan cekalkan hati, kerana kehidupan perlu diteruskan. Ajarlah anak2 agar sentiasa mendoakan untuk abah mereka, kerana sudah termaktub seperti hadis nabi:

"Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang soleh yang mendo'akannya atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya"
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad).

Monday, October 29, 2007

Hari Raya Aidil Fitri 2007

Hari Raya Aidil Fitri 2007

Kami menyambut Hari Raya pertama di rumah ayahanda dan bonda ku di Pontian. Alhamdulillah, kedua ayahanda dan bonda ku dipanjangkan umur sehingga ke hari ini. Ayahanda sudah berumur 84 tahun dan bonda 69 tahun.

Ayahanda dan bonda tersayang


Wednesday, October 24, 2007

Kamera Baru

Beberapa bulan lepas digital kamera Canon ku telah rosak kerana jatuh. Seminggu sebelum Hari Raya, aku pun mula "slow talk" dgn hubby agar membelikan digicam yg baru... al-maklum lah Hari raya hampir tiba, rasa satu kekurangan pula tidak dapat bergambar sempena Hari Raya bersama keluarga dan datuk nenek untuk kenangan..apabila balik ke kampung selalu nya semua cucu2 (anak kakak dan abang) akan bergambar kenangan bersama atuk dan wan...
akhirnya beberapa sebelum pulang ke kampung dapatlah daku digital kamera ini .... Olympus FE-280 ...waduh...Boleh lah bergambar sakan sewaktu hari raya (next n3 nanti diupdatekan gambar2 semasa Raya dikampung) Ingin tahu lebih lanjut berkenaan Digital Camera terkini, sila klik pd iklan di sebelah kanan ->mengikut manualnya digicam ini mempunyai beberapa ciri spt:

SUPER-SLIM 0.65-INCH, ALL-METAL BODY DESIGN.
An amazingly slim, all-metal camera that's slightly over a 1/2-inch thick. Fits practically anywhere so you can capture memories wherever you go.

FACE DETECTION.
Whether you're at a family reunion or a barbeque with friends, you always want great portrait shots. Face Detection tracks and focuses on your subjects' faces and optimizes exposure for sharp, brilliant portrait pictures.

DIGITAL IMAGE STABILIZATION (DIS) MODE & EDIT.
With high ISO sensitivity and faster shutter speeds you can freeze the action to capture sharp, blur-free images, even if the camera or your subject is moving. DIS Edit uses built-in gyro sensors to track camera movement so you can fix blurry images right in the camera.

21 SHOOTING MODES INCLUDING MOVIE WITH SOUND.
Always get the best shot. Preset shooting modes optimize your camera's settings for sharp, brilliant photos. Modes include Portrait, Landscape, Sunset, Night Scene, Sports, Landscape, 3 Underwater Modes plus many more. Shoots TV-quality movies with sound.

PERFECT SHOT PREVIEW.
It's no longer necessary to take multiple shots and then try to select the best one. Using a live, multi-frame window on the LCD, you can preview the effects of various settings and select and capture the perfect one before you shoot.

Wednesday, October 10, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Hari ini hari terakhir saya online, kerana IA jika tiada aral melintang esok kami sekeluarga akan pulang ke kampung di Johor. My hubby and I sama-sama orang Johor, cuma bandar lain-lain, so, tahun ini balik kampung Pontian dulu (kampung saya lah tuh...hehehee).. lepas tu baru balik Parit Raja, Batu Pahat pula...dekat je lebih kurang 1 1/2 jam dari Pontian.
Kat kampung I takde streamyx, so selama seminggu lah terpaksa cuti dari blogging...


Gambar keluarga yg diambil ketika Kak Long balik cuti pd bulan Ogos baru-baru ini. Masuk tahun ini sudah 3 tahun kami beraya tanpa Kak Long(sob..sob..sob)

Saya ingin mengambil kesempatan ini utk momohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa semasa berinteraksi di alam maya ini...utk mereka yg berada di Malaysia, jika nak singgah ke rumah berhari raya tu, sound-sound dulu, manalah tahu saya tak de kat rumah... yg jauh di perantauan , selamat menyambut hari raya bersama keluarga dan rakan taulan di sana. Tapi melalui pengalaman lepas saya rasa seronok beraya di perantauan kerana disambut beramai-ramai bersama semua Muslim dari pelbagai bangsa dari seluruh pelosok dunia...meriah.....

Hari raya hari yang berkat
Bermaaf-maafan sesama saudara
Hai maknusia bulatkan tekad
Perintah Allah laksanakan segera

Sebulan genap kita berpuasa
Semoga digolongkan pada orang berjaya
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa
Sesudah berpuasa kita beraya

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan


Tuesday, October 9, 2007

Travelog Haji

Travelog Haji

Hari ini Selasa 9hb Oktober 2007, satu pelancaran buku bertajuk Travelog Haji yang ditulis oleh Prof Mohd Kamil Ibrahim atau lebih dikenali sbg Prof MKI di kalangan bloggers. Pada awalnya walau pun kami sebenarnya berkerja ditempat yg sama, namun kami saling tidak mengenali kerana beliau dari fakulti yg berlainan dan kami tidak pernah bertemu dalam apa jua majlis. Namun begitu alam maya telah menemukan kami seperti juga bloggers yg lain. Saya bloghopped ke blog prof mki dari blog zlaa, rakan sekerja saya yg kini berada di UK.
Apabila mengetahui bahawa prof mki akan melancarkan buku terbaru beliau ini melalui n3 beliau, saya tidak melepaskan peluang untuk membaca buku tersebut, kebetulan jika diizinkan Allah swt, saya dan suami akan menjadi tetamu Allah pada hujung tahun ini. Oleh itu buku ini mungkin akan memberi pengajaran yg berguna buat kami nanti.
9:30 pg saya pun bertolak dari fakulti saya ke Dewan Annexe, UiTM. Sampai di sana kelihatan sudah ramai orang hadir memenuhi dewan lalu saya segera mengambil salah satu tempat duduk yg kosong. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ust Aminudin Sarul, diikuti dengan bacaan Al-Quran Surah Ar-Rahman oleh Ust Md Idris Abdullah. Sungguh sebak rasa hati mendengar bacaan beliau apatah lagi membaca terjemahan surah Ar-Rahman, di mana intipati surah ini ialah ayat yang diulang-ulang , "maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"
...............
Selepas itu ucapan pelancaran oleh penaja buku ini iaitu YB Dato' Dr Mohd Zaini Mohd Arief. Beliau telah membeli sebanyak 700 nashkah utk di berikan sbg hadiah etc. Apabila tiba giliran Prof MKI memberikan ucapan, airmata tanpa disedari meleleh keluar apabila mendengar 'deklamasi' Jamratul Aqabah Mengubah Segalanya. Meremang bulu roma saya. itulah perasaan saya. Sesungguhnya saya belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah sebelum ini walaupun utk membuat umrah. Tetapi apabila mendengar deklamasi Prof dan membaca buku itu sekembalinya ke pejabat saya (baru sempat baca sehingga bab 19), terasa seperti berada di sana, dan hati terasa sungguh dekat. Ya Allah Ya Tuhanku, semoga aku dan suami akan dapat menjadi tetamuMu Ya Allah pada tahun ini. Amin.
Prof MKI sedang menandatangani buku
YB Dato Zaini sedang menandatangani buku

Akhir sekali semua yang hadir mendapat buku ini secara percuma seorang satu... dan selepas majlis saya sempat mendapatkan tandatangan prof dan juga Dato' Zaini iaitu orang yg menaja buku tersebut.
Prof menandatangani buku menggunakan nama blogger's ku, Nurazzah8 (pertama kali menalipon Prof bertanya kpd ku, kenapa Nurazzah8, bukan 7, bukan 9... kenapa ya?)

Sifu PTS Puan Ainon sedang menerangkan teknik menulis PTS kpd beberapa orang pensyarah Pusat Islam, UiTM

Sunday, October 7, 2007

Khatam Al-Quran

Khatam AL-Quran

ALhamdulillah, Jumaat 5 Oktober 2007, kumpulan taddarus di fakulti ku telah khatam Al-Quran sempena Ramadhan. 11:30 pg semua yg terlibat telah berkumpul di surau fakulti, bersama Ustazah Nafizah. Majlis dimulakan dengan doa pembukaan dan kemudian bacaan Al-Quran dari surah Ad-Dhuha hingga An-Nas. Setelah selesai doa khatam Al-Quran di bacakan oleh Ustazah Nafizah. Kemudian kami pun berselawat beramai-ramai sambil bersalam-salam memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekasaran bahasa atau perbuatan di antara sesama sendiri. Waktu ini lah ada di antara kami yg tidak dapat menahan airmata dari jatuh bercucuran, mengenangkan bulan yg mulia ini hampir ke penghujungnya, suasana yg hanya diperolehi hanya setahun sekali.
Majlis bersurai lebih kurang jam 1:00 tghr dengan masing-masing membawa buah tangan pulut kuning dan rendang + bunga telur + goodies (coklat, kurma, saputangan) sumbangan beberapa orang ahli yg pemurah, semoga Allah swt murahkan rezeki mereka di masa akan datang.
Amin. InsyaAllah jika panjang umur dan murah rezeki bertemu lagi di Ramadhan tahun 2008.

Tuesday, October 2, 2007

Bazar Ramadhan Oh Bazar Ramadhan..............

Bazar Ramadhan Oh Bazar Ramadhan..............

Hurm...sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan. Hanya membaca dalam akhbar dan mendengar berita tentang Bazar Ramadhan yang meriah di seluruh Malaysia sepanjang bulan Ramadhan ini. Apatah lagi di Shah Alam, di beritakan ada lebih 20 Bazar Ramadhan!!! Tapi kami sekeluarga mmg jarang ke sana. Sejak 2-3 tahun lepas kami mengisytiharkan kempen "Pasar Malam Sifar" (termasuklah Bazar Ramadhan).
Ada beberapa perkara yg membuatkan kami tidak ke Pasar Ramadhan (berdasarkan pengalaman lalu)
1) Keluarga ku besar, jadi kalau nak beli tak boleh beli sikit2... nak kena beli banyak...
2) Makanan yg dibeli tidak terjamin boleh memenuhi selera kami
3) Kadangkala kualiti nya sangatlah tidak memuaskan...
4) Aku sgt berkira tentang kebersihan makanan, jadi kalau kat luar tu tak tahulah terjamin ke tidak kebersihannya...apalagi jika lihat ada lalat berterbangan.........
5) Hubby tak suka makan di luar / makan makanan yg dibeli diluar

... ini adalah antara perkara yg membuatkan kami jarang ke pasar malam/Ramadhan...

tetapi entah mengapa semalam dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tiba2 sedar2 dah masuk parking kat Bazar Ramadhan Sek 7..... pusing-pusing kakiku berhenti digerai menjual kuih-muih... hajat hati nak tambah sikit kuih ke dalam menu kami petang ini.... lama juga memerhati kuih apa yg hendak dibeli...akhirnya membeli kuih ketayap (kuih gulung warna hijau tu...) RM2.00 = 6 ...
Selepas azan maghrib, aku pun berbuka dgn kurma 3 biji... dan minum air, lepas tu terus mencapai kuih ketayap yg ku beli tadi... nngapp.... masuk mulut..... tiba2.......kuluahkan semula...alamak...! Isinya rasa dah masam...basiii................rasa menyesal bertamu dihatiku....
...(di hujung mata aku nampak hubby menjeling ke arahku...seperti berkata.."haaa kan dah cakap jangan beli kat pasar malam/ramadhan.......)

......aduish....lagi rasa bersalah.....kerana telah melanggar kempen "Pasar Malam SIfar" kami!!!
(dalam hati berkata, "Baru padan muka aku..." )

Thursday, September 27, 2007

Bonus

Bonus

Teringat beberapa hari lalu dalam akhbar, salah seorang pemimpin CEUPACS ada menyatakan (kpd pegawai kerajaan) "Jangan terlalu mengharapkan kerajaan akan memberi bonus pada tahun ini". Ini mungkin kerana kerana kerajaan baharu sahaja memberi kenaikan gaji bermula pada bulan Julai yang lalu. Wbgmn pun untuk memujuk hati ini jangan kecewa (begitu juga kpd semua pegawai kerajaan muslim yg lain), marilah kita merebut BONUS dari Allah swt yg akan tetap diberikan kepada kita setiap tahun tanpa perlu kita meminta-minta dariNya.

Apakah
Bonus dari Allah swt itu?

Salah satu BONUS terbesar ialah Lailatul Qadr (malam Al-Qadr). Ini sudah termaktub dalam surah Al-Qadr iaitu surah ke-97 dalamAl-Quran (terdapat 5 ayat dlm surah ini) (terjemahannya:)

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) ini pada malam Al-Qadr.

2. Dan apakah engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Al-Qadr itu?
3. Malam Al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu, para malaikat dan jibril turun dengan izin Tuhan mereka, untuk mengtur segala urusan.
5. Sejahteralah malam (yg berkat) itu hingga terbit fajar!

MasyaAllah! SERIBU bulan!!! itu bersamaan dgn (lebih kurang) 83 tahun! dan kita pun tidak tahu samada kita boleh hidup hingga umur 83 tahun...ini jika dikira kita beribadah sejak kita umur setahun.... katalah tolak zaman kanak2 kita, zaman kejahilan kita, katalah kita mula "sedar" semasa berumur 20 tahun. bermakna kita kena tambah lagi 20 tahun... sehingga kita berumur 103 tahun.... baru nak sama dengan SATU malam Al-Qadr!!!
MasyaAllah...sungguh Pemurah Allah swt utk hambaNya.... namun terpulanglah kepada hambaNya utk merebut peluang mendapatkan BONUS dari Allah ini...

Saya sertakan sedikit petikan dari blog Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (bukan adik beradik saya ya...nama bapa saja sama...;-)

Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .

Maksimakan Perolehan Bonus Ramadhan

Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

8) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.

9) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

10) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi)

11) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

Thursday, September 13, 2007

PROMED DALAM AKHBAR

PROMED DALAM AKHBAR HARI INI

Berita mengenai PROMED telah keluar dalam akhbar hari ini, Khamis 13 Sept 2007.

1. Utusan Malaysia - sisipan MEGA, halaman 5
2. Berita Harian - halaman 23

boleh juga di capai secara online di sini.

Tuesday, September 11, 2007

PROMED

PROMED2007 Apakah PROMED? Ia adalah singkatan kepada PROgramming and MultimEDia design competition, atau dalam bahasa ialah Pertandingan Pengaturcaraan dan Reka Cipta Multimedia.

Pada hari Sabtu(8 sept 2007) dan Ahad(9 Sept 2007) yg lalu, Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Kuantitatif(FTMSK), UiTM telah menganjurkan PROMED2007 di peringkat kebangsaan. Secara khususnya penganjur utama adalah SIG Programming & Computer Sc Education , di bawah Pusat Pengajian Sains Komputer, FTMSK. (Anda boleh rujuk Website PROMED2007 di sini)
Tajaan utama adalah daripada kerajaan Negeri Selangor (SUK) .
35 pasukan telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Pengaturcaraan dan 29 pasukan dalam Pertandingan Reka Cipta Multimedia. Pasukan2 ini mewakili IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia, di antaranya UM, USIM (Uni Sains Islam M'sia), Kolej Pulytech Mara, UNIMAS, Institut Profesional Baitulmal, Uni M'sia Pahang, Uni Darul Iman M'sia, Uni M'sia Sabah, IIUM, UTeM, MMU, INTEC UiTM, FTMSK UiTM Pahang, Perak, Terengganu, Perlis, Johor, Sarawak.

Hadiah yang ditawarkan ialah:
PERTAMA : Wang tunai RM1000 , trofi dan sijil
KEDUA : Wang tunai RM700 , trofi dan sijil
KETIGA : Wang tunai RM500 , trofi dan sijil
Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan.

Acara telah berlangsung dengan jayanya. Sekalung tahniah kepada AJK PROMED 2007.

Pasukan yg telah memenangi Pertandingan Pengaturcaraan:
JOHAN         :  International Education Centre (INTEC), UiTM Sek 17
NAIB JOHAN : FTMSK, UiTM Perak
TEMPAT KETIGA : FTMSK, UiTM Shah Alam
Pasukan yg telah memenangi Pertandingan Reka Cipta Multimedia:
JOHAN         :  Universiti Malaysia Sabah (UMS)
NAIB JOHAN : FTMSK, UiTM Shah Alam
TEMPAT KETIGA : FTMSK, UiTM Terengganu
Tahniah kepada semua pemenang.

Apakah tugas saya?

Friday, September 7, 2007

Buku

Novel Terkini Pak Latip Talib

Alhamdulillah semalam Khamis 6hb September 2007, buat kali ke-3 Pak Latip Talip telah sudi berkunjung ke pejabat menghantar novel2 karya beliau buat pesanan rakan2 ku.
Kali ini membawa bersama 2 novel terbaru iaitu SiBongkok Tanjung Puteri dan Setelah Roboh Kota Melaka. Paling terharu, di belakang novel SiBongkok, terdapat komen dari ku!!!

Sesiapa yang ingin membaca, kena beli novel ini....(perasan syok sendiri.... baru tulis komen, belum tulis novel lagi!!! hehehe...)Gambar di ambil dari blog Pak Latip (sedih digicam ku telah rosak kerana terjatuh).

Sumbangan buku untuk perpustakaan sekolah
-----------------------------------------------

Petang semalam juga saya telah berjumpa dengan sepupu ulas-kupas , En. Saifuddeen di lobby Hotel Quality, Shah Alam. Beliau membawa bersama kiriman dari ulas-kupas buku2 dan juga majalah untuk sumbangan kepada perpustakaan sekolah anak2 saya.
Terimakasih juga saya ucapkan bagi pihak PIBG sekolah kepada En ulas-kupas dan juga Pak Latip Talib. beliau juga telah menderma satu beg penuh buku2 cerita utk kanak2 ini semasa kunjungan kali ke-2 tempohari.

Buat rakan2 bloggers dan juga pembaca yang lain, jika tuan-puan ada bahan2 bacaan untuk kanak2 sekolah rendah dan menengah, yang berlebihan, kira sudilah tuan-puan menderma kepada perpustakaan Sek Ren Islam Hira', Klang dan juga Sek Men Islam Hira, Jeram. Saya sedang mengumpulkan bahan2 bacaan tersebut untuk diserahkan kepada pihak PIBG sekolah.

Sunday, September 2, 2007

5 benda dalam ............................

5 benda dalam ............................

Saya
di tag oleh OD:

[ 5 benda dalam beg ]
- Dompet duit
- Pen + Marker (kalau dah cikgu mesti tak tinggal benda nih)
- Lip Gloss
- floss
- Macam2 resit + slip ATM + name cards..!!!

[ 5 benda dalam dompet ]
- Gambar darling + anak2
- Lesen memandu
- MyKad
- Kad bank:- Bank Islam, Maybank, CIMB
- RM RM RM

[ 5 benda favourite dalam bilik istimewa ]
- Katil + comforter ku yg gebu....
- Laptop
- Penyejuk udara
- Gambar kawin
- Buku ....!!! (Mesti ada....semua ruang dalam rumah ku ada buku...)

[ 5 perkara yang saya ingin lakukan ]
- Tunaikan haji bersama suami dan ibu mertuaku (InsyaAllah doakan kami tahun ini, dah masuk senarai STANDBY)
- SIAPkan Thesis Phd ku!!!!!! (wuahhhh...tension...tension...)
- Luangkan masa bersama-sama keluarga sebanyak mungkin , tanpa perlu berkejar ke sana ke mari
- dapat ikut suami ke mana2 tempat kerjanya(terutama di luar negara)
- Buka kedai peralatan jahit-menjahit etc (sedang berbincang dgn kawan...ewah..bakal rakan kongsi... dan meninjau-ninjau kawasan strategik kat Shah Alam nih)

[ 5 perkara yang sedang saya lakukan]
- menulis Thesis Phd ku!!!!!!!!!
- update blog yg dah lama bersawang!!!
- minum air nescafe gold...hurm...harum aromanya.....
- baca emel
- insyaAllh tgh fikir nak bangun malam solat hajat utk anak ku yg ke-5 nak periksa UPSR selama 3 hari bermula esok.

[ Insan-insan yang ingin saya tag ]
- alaaa...malas lah nak tag-tag orang nih..... tapi kalau ada sesiapa yg membaca n3 ini dan ingin menjawab tag2 tersebut, dipersilakan.... hehehe...

Monday, August 20, 2007

Kepulangan Yang DiNanti

Kepulangan Yang DiNanti

Hari ini 19hb Ogos 2007. Hari yang dinanti-nanti untuk menyambut kepulangan Kak Long bercuti selepas pergi menuntut di Jordan pada September 2005. 2 tahun adik2 tak jumpa kak long, semasa kak long pergi dahulu, semua kecik-kecik lagi.... sekarang semua adik2 bujang kak long dah tinggi melangit, semua dah tinggi dari kak long... Selepas solat subuh, bersama hubby tersayang, saya ke pasar. Kak long dah pesan nak makan seafood, jadi hari ini selain ikan, kami pun pergi mencari udang, sotong dan ketam. Tapi hanya beli udang dan sotong sahaja sebab tgk ketam tak berapa elok, ringan sahaja... nanti lebih kulit dari isi. Bila di jentik2 pun pd cengkerangnya, bunyi lompong saja...itu bermakna isi nya tak padat...kemudian baru teringat ... laa hari ni baru 6 sya'aban, awal bulan..patut lah rasa ringan sahaja... (haa...ini petua yg saya dapat dari orang2 tua... tapi mmg selalu betul...wallahualam. Orang tua kata, kalau nak beli ketam, beli semasa bulan penuh, iaitu semasa bulan mengambang penuh. baru lah isi ketam tu padat dan penuh...!!) Balik dari pasar, masaklah ikan, sayur campur udang, dan sotong. Kak Long kata flight tiba KLIA pukul 2pm, so estimate masa kalau dari Shah Alam lebih kurang 45minit sampai, so pukul 1pm pun boleh bertolak. Ammar, Zubair dan Hana nak ikut pergi KLIA, Mu'adz demam so dia tinggal dengan Anas di rumah. Sebelum bertolak ke KLIA, bagi anak2 makan kenyang-kenyang dulu... ini strategi kalau nak pergi KLIA, sbb kalau tidak teruk jugak nak beli makanan dan minuman kat sana, mahal....kalau dia orang dah kenyang, taklah mintak beli itu ini kat sana... hehehe... sampai KLIA tepat pukul 2pm... tgk kat monitor, alamak flight Ettihad dari Abu Dhabi delayed!!! tak tahulah berapa lama delayed...so...jalan2 round tgk kedai2 kat situ...si Hana nampak kedai cokelat...apa lagi..."ummi nak cokelat!!!" hurm...kenalah belikan dia cokelat sikit... bagi tau Hana, "nanti kak long kan bawa balik cokelat dari Jordan, lagi sedap...!!!" so...dia pun tak lah buat hal...Alhamdulillah.
sempat lagi Hana dan Zubair posing semasa sedang menunggu.

Tiba-tiba Ammar bagi tau, "Ummi, flight kak long dah landed.." Berdebar-debar.... tapi....lamanya tunggu tak keluar-keluar.... Hana pun dah tak sabar, "Mana Kak long ni, tak keluar lagi ke ummi?" Saya pun hantar sms pada kak long, dia pun balas, "tengah tunggu beg nih, beg tak keluar lagik...." Biasalah...aku dulu pun pernah tunggu beg sampai lebih setengah jam...
sambil diri di balai ketibaan tu, aku lihat ramai jugak orang sedang tunggu, aku pun tanya kakak kat sebelah, "Tunggu siapa", dia pun jawab, "tunggu anak balik dari Jordan"..
. mmg ramai ibu bapa sedang tunggu anak mereka. Tiba2 ternampak Sharipah, kawan dan jiran. Pelik jugak sbb setahu aku anak dia yang sulung baru sekolah rendah...terus pergi jumpa dia, "Assalamualaikum Pah, tunggu siapa?" Pah pun menjawab, "Tunggu anak saudara dari Jordan..anak kakak tu...dia dari Muar..." oooo
kemudian baru aku diberitahu oleh kak long, satu flight dgn dia yg paling ramai student medic dari Jordan...46 orang!!!
Tiba-tiba Hana dan Zubair menjerit, " Ummi !.... tu kak long...!!!!" Aku pun menoleh, nampak lah kak long sedang mengheret troli keluar dari pintu ketibaan. Alamak...kurusnya kak long.... Kesian anak ummi, teruk sangat ke study medic... mmg nampak kurus, ke rindu kat orang kat Malaysia....
soo...azam kak long, nak makan banyak2 sebulan nih semasa kat malaysia, nak naikkan berat badan ...percaya tak? berat
dia kurang dari 40 kg!!!???



Sampai di rumah, Hana dan Zubair tak sabar-sabar nak tengok apa yang kak long bawak balik. Cepat lah bukak beg kak long....kata Hana... hurm...


Hana lah yang paling suka, sebab dia dapat gula-gula satu kotak, coklat satu kotak, dan gula2 batu...(rupanya macam batu, tapi rasa gula/coklat...)

Apa-apa pun Alhamdulillah aku panjatkan kpd Allah swt sbb anak ku selamat sampai ke Malaysia.
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....