"Kak, ada terima berita tak? Khabarnya sahabat kita, Dalilah (di kalangan bloggers lebih dikenali sebagai Raden Galoh) sedang tenat, ada di kpg bonda beliau di Banting."
Kali terakhir aku membaca blog beliau ONE BREAST BOUNCING yang diupdate sebelum beliau pergi menunaikan umrah kira-kira sebulan yang lalu. Airmataku meleleh sewaktu membacanya, seolah-olah aku turut sama merasai penderitaan beliau mengharungi dan melawan penyakit itu...namun aku tahu, bak kata pepatah, "berat bahu melihat(atau mendengar) , berat lagi bahu yang memikulnya"..
Terus terpaku merenung skrin handphone...mulutku terkumat kamit ... membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa, semoga Allah permudahkan bagi beliau mengharungi saat-saat ini. Samada hayat beliau masih panjang, atau Allah lebih sayang, sesiapa yang mengenali beliau, Dalilah Tamrin aka Raden Galoh, marilah kita sama-sama berdoa untuk beliau.
Raden Galoh berdiri no 3 dari sebelah kiri (barisan tengah)
Di majlis itu juga, kami dapat membeli buku beliau yang akan dilancar semasa Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 pada minggu hadapannya. Buku Raden Galoh yang bertajuk ..."Kanser Payudaraku "
Ya Allah Ya Tuhanku, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Engkau ampunkanlah dosa-dosa beliau dan kurangkan kesakitan yang ditanggung oleh beliau, Engkau Permudahkan segalanya sehingga ke akhirnya...Amin.
