Monday, December 31, 2012

Last Call !!!

Y.E.S.
(LAST DAY 31st Dec 2012 ONLY until 12 midnight!! 
Special offer, ALL items listed below will be 50% DISCOUNT!!!  
Ordered and pay by tomorrow!!! )

click here

A new Toy in the house!

Alhamdulillah..akhirnya Allah murahkan rezeki dan meluangkan peluang untuk ku memiliki peralatan ini... sudah lama sejak baru kahwin dahulu ingin memilikinya, tetapi setiap kali melihat harganya, terus terbantut hajat di hati ... namun beberapa bulan lepas... terlihat rakan FB menawarkannya pada harga yg murah dan didatangkan khas dari UK ..so, tak perlulah menggunakan adapter untuk menggunakannya... seperti peralatan elektrik dari USA yg lain, perlu menggunakan adapter jika hendak memakainya ... (sebab itu saya tidak ada membeli satu pun peralatan elektrik dari USA ketika hendak pulang ke Malaysia selepas tamat belajar di sana dahulu..kecuali sebuah mesin jahit yang saya gunakan di sana untuk menjahit baju suami dan anak-anak semasa hendak menyambut Hari Raya ....)

Merahnya Mak Ngah !!! 

Warna merah itu yang menggamit perasaan ku semasa hendak memilikinya ...
selepas ini kena lah rajin-rajin kan ...tak ada alasan lagi ...hehehe

Sunday, December 23, 2012

Salam dari Ghazzah

Perkongsian maklumat dari Ustazah Maznah Daud dan Kak Norhayati Bakar..
mereka di antara peserta yang menyertai misi ke Gaza di bawah Pertubuhan NGO , IKRAM Malaysia.  Jika sesiapa ada membaca berita atau melihat YouTube, inilah rombongan yang disertai bersama selebriti iaitu Afdhlin Shauki dan adiknya..
 Ustazah Maznah bersama tuan rumah, kak Norhayati Kadir

  Jika mengikut Ustazah Maznah, sebenarnya sebutannya adalah "Ghazzah", bukannya "Gaza" sahaja.
 Bumi Palestin adalah bumi untuk seluruh umat Islam, bukan hanya untuk segelintir orang Islam Arab di sana... oleh itu, adalah menjadi kewajipan SEMUA UMAT ISLAM di dunia ini untuk membebaskan Palestin dari cengkaman dan jajahan Israel ..

Menurut Ust. Maznah, apabila berada di sana, penduduk Ghazzah tidak sedikit pun berasa sedih, malah kehidupan kelihatan sangat lively dan bandar Ghazzah kelihatan 'hidup'... mereka tidak meratapi kehidupan mereka di sana, malah mereka sangat bersyukur kerana mereka telah terpilih untuk berada di sana, tinggal di sana... kerana apa? kerana bumi Ghazzah adalah bumi BARAKAH. Ini dengan jelas telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran dalam surah dan ayat-ayat berikut:
  Sila rujuk Al-Quran terjemahan untuk mengetahui maksud ayat.
Surah AlIsraa'. Ayat 001.
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

 Disebabkan Allah telah beberapa kali menyatakan bahawa bumi Palestin adalah bumi barakah, maka telah terbukti walaupun tanah Ghazzah ni dikepung oleh tentera israel di sebelah utara, selatan, timur dan barat ... namun mereka tidak terjejas sedikit pun.. kerana mereka tidak dikepung di sebelah atas, iaitu kelangsungan pergantungan kepada Allah SWT.
Dan mereka membangun dengan sangat pantas walaupun telah dibom dan bandar mereka dimusnahkan beberapa kali oleh tentera Israel.  Kadar kelahiran adalah sangat tinggi. ust Maznah menceritakan bgmn beliau telah berjumpa dengan satu keluarga di mana ibu mereka menceritakan bahawa dia telah kehilangan 8 orang anak, syahid di medan perang menentang tentera Israel, namun si ibu berharap dia akan dapat melahirkan lagi ramai anak untuk menjadi barisan hadapan menentang tentera Israel kelak ! MasyaAllah .... Subhanallah ...Allahuakbar!!! betapa seorang ibu juga memainkan peranan penting di sini... Semangat kental dan tidak kenal erti susah ...dan yang paling penting adalah Pergantungan mutlak kepada Allah SWT ...

 Satu perkara yang menyentuh hati adalah perkongsian berikut oleh ustazah Maznah.

Roti dijual dengan 3 Harga

1) Harga Pasaran - untuk golongan mampu
2) Harga kos - untuk golongan kurang mampu
3) Percuma - untuk golongan tidak mampu

Yang mengagumkan adalah palestinian datang dan declare mereka dari golongan mana, seandainya mereka mampu, mereka tidak menipu dan mengambil harga percuma.


Jika di negara kita, rasanya ramai orang akan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Contoh yang paling mudah, cubalah lihat semasa jualan rumah murah di adakan suatu ketika dahulu .. Rumah murah yang dijual dengan harga RM25,000 sahaja ...tetapi yang membelinya ramai dari kalangan orang yg "berada" ..yang berselindung di sebalik nama orang yang kurang mampu... tidak ada sedikit pun perasaan berslah mengambil HAK orang lain yang lebih memerlukan ... yang difikirkan adalah keuntungan sendiri sahaja ..
Ruang tamu yang besar di rumah banglo Kak Norhayati masih tidak mampu menampung kehadiran akhawat yang ramai, sebahagiannya duduk di ruang makan dan ruang legar di sebelah luar ..namun mereka masih dapat mendengar danmelihat slide kerana sistem PA yang sangat bagus di rumah Kak Yati..

Alhamdulillah ramai dikalangan akhawat yang datang mendengar perkongsian ini.. dan diakhirnya rancangan, Ust Maznah mengadakan jualan amal untuk mengutip derma bagi palestin...
JOM ...mari kita menginfaqkan sebahagian dari harta yang kita ada demi Palestin ...  

Thursday, December 20, 2012

Keputusan PMR

Tak apalah, biarlah terlambat tetapi masih ada kan ... ni  baru nak buat entri mengenai keputusan PMR yang diumumkan semalam pada hari Rabu, 19/12/12...
Alhamdulilah, Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang telah pun menerima keputusan peperiksaan PMR mereka dengan cemerlang ... ! Setinggi-tinggi Tahniah juga kepada para ibu bapa yang telah bertungkus-lumus memastikan anak-anak mereka mendapt pendidikan yang terbaik ..dan do'a yang tidak putus-putus buat anak-anak mereka ... tidak lupa kepada para guru , para pendidik di sekolah ...kesemua mereka ini memainkan peranan yang penting dalam keputusan yang diumumkan dan yang paling utama tidak boleh di ketepikan adalah semua in adalah dalam pengetahuan Allah jua ...
setelah berusaha dengan bersunguh-sungguh , do'a dan tawakkal ke Hadrat Allah adalah yang paling utama dan penting...

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH kepada anak saudara saya, Fadhilah@Ilah ...kerana mendapat 7A dlm PMR ..
Semoga berjaya mengejar cita-cita Ilah ...
TAHNIAH juga kepada Ibu, Kak Long dan ayah Ilah@ Pak Long ..
 .

Wednesday, December 19, 2012

Sunday, December 16, 2012

Telur Itik Masak Lemak Cili Padi

Setiap kali berkunjung ke rumah kakak ipar, setiap kali juga ada benda baru / projek baru yang akan dibuat oleh biras ku, iaitu suami kepada kakak iparku.. 
Cikgu Omar memang rajin, selain mengemas rumah, memasak dan sebagainya, beliau juga rajin bercucuk tanam dan kali ini beliau membela itik di tanah kosong disebelah rumah beliau ..
dan sesungguhnya Allah hendak menunjukkan betapa orang yang rajin berbudi kepada tanah akan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT ... 
\murah rezeki beliau..itik-itik beliau telah mengeluarkan hasil tidak berhenti-henti setiap hari ..
 Saya ada membuat entri mengenai telur itik fresh yang diberi oleh beliau di sini..

dan beberapa hari lepas saya pun merujuk kepada blog Cik Mat Gebu @ Adnan Ibrahim , iaitu DAPUR TANPA SEMPADAN...
Ini lah hasilnya 
 Sedap di makan dengan nasi panas-panas ...
kipas ...kipas...mana? Pedas dan Panas ...

Friday, December 14, 2012

ole-ole dari Vietnam

Terimakasih kepada keluarga Mak Zai ..
dapat ole-ole dari Vietnam
 Fridge Magnet dan Purse Sulam

Thursday, December 13, 2012

Telur Itik

Alhamdulillah ...Terimakasih kepada abang iparku Cikgu Umar Sujak kerana memberi saya telur itik fresh dari ladang sendiri... cikgu Umar baru pencen, jadi dia mengusahakan sebuah ternakan itik di tanah kosong sebelah rumah beliau ... nampaknya, itik belaan beliau sudah memberikan hasil beberapa kali...
Siap ada nota sekali tu ... ini bukan telur asin, tapi telur fresh tau!

hurmm..kena cari kat blog masakan resepi masak lemak cili padi style orang nogori ...huhu

Monday, December 3, 2012

Ganjaran pahala SOLAT SUBUH Mengatasi Keindahan Dunia ..

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?


(petikan dari : http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/333-ganjaran-pahala-solat-subuh-mengatasi-keindahan-dunia.html)

Sunday, December 2, 2012

Solat Subuh

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Year End Sale

YEAR END SALE!!!


Saturday, December 1, 2012

Jom Join BLOGLIST AyuInsyirah tahun 2012


 

Syarat2 nya senang ajer...cuba klik sini.

DURIAN CREPE FENOMENA

Sekarang ni kat mana-mana sibuk pasal DURIAN CREPE. Di FB , di twitter dan blog-blog masakan, ada saja orang upload gambar durian Crepe ni ...dah jadi satu fenomena lah pulak ...
jadi saya pun nak cuba lah ..

Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi rasa...ada hmba Allah ni ada menjual durian crepe dekat-dekat area Shah Alam...
sebenarnya kalau tengok resepi, tak lah susah mana pun nak buat..tapi dek kesuntukan masa..(ewahhh...alasan jer tu!!) since tak perlu bersusah payahkan ...cuma keluarkan kertas2 warna merah ajer..hehe
Ini kali pertama nak rasa durian crepe ....
Nak tahu resepi, tanya Mr Google aje...ramai dah orang post resepi durian crepe nih....
 
(ada orang tukan ...nak buat lawak lah pulak...dia tanya..."Durian Jaquard tak ada ke? atau durian Satin ke? ...hehehehee...)
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....