Saya ingin berkongsi kisah artikel ini dgn pembaca sekelian..saya dapat link ini dari FB ..
(hurmm..tak ingat pula siapa yang share..tapi ini artikel dari ILuvislam.com, penulis artikel ini ialah
Dr. Hishamuddin Alham, beliau merupakan seorang pensyarah
kejuruteraan mekanikal di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor.
Lulusan PhD dalam bidang 'fire reseach' ini merupakan aktivis dakwah
bersama
IKRAM Johor.)
"Romantis... isy aku tak main lah romantis romantis ni. Yang penting
aku beri cukup makan minum padanya setiap hari. Lagipun aku ni dah
tua."
"Romantis....
Come on man!!! Kita ni kan pejuang Islam.
Orang kafir je yang promote romantis romantis ni. Pejuang Islam kena
hidup dengan serious... kita nak tawan dunia tau?"
Realiti yang berlaku masa kini, ramai pasangan (secara umumnya) sudah
agak bosan hidup sebumbung dengan pasangan masing-masing. Nampak gaya
rakan sekerja yang berlainan jantina di pejabat lebih "interesting" dan
"caring".
Saya termenung sejenak mengingatkan satu persoalan dari seorang wanita semasa ceramah saya di Melaka suatu ketika dulu.
"Dr., macamana nak buat dengan perangai suami saya ni. Saya teringin
sangat nak bersembang sakan macam doktor kata tu dengan suami saya.
Tapi dia ni... kalau dengan rakan sepejabat... bukan main ligat lagi.
Tapi dengan saya.... hambar je. Pernah saya
travel dengan kereta dari utara ke selatan... hampir basi air liur ni."
Cuba jawab soalan di bawah ini. Jika jawapannya YA ...Insya Allah anda makin dekat dengan istilah pasangan yang romantis.
1. Bila berjauhan... sering menelefon antara satu sama lain?
2. Kalau makan... teringat pasangan masing-masing?
3. Sentiasa peka dengan permasalahan pasangan masing-masing?
4.
Jika bermasam muka – sentiasa mendoakan agar pasangan diampunkan Allah
dan jangan lupa untuk mengampunkan pasangan masing-masing?
Of course masa 'kabel' tengah rosak susah sikit nak
berkomunikasi. Tetapi kebiasaannya apabila baik kembali – kasih sayang
akan bertambah.
Kaji punya kaji... rupanya ia adalah sifat naluri manusia... suka di
belai dan suka membelai. Ia adalah fitrah. Tetapi dalam dunia yang
serba moden ini, manusia makin lama makin jauh dari kehidupan yang
selari dengan fitrah. Cuba kita kaji kehidupan manusia unggul di dunia
ini. Kehidupan Rasulullah S.A.W. Adakah beliau seorang yang romantis
bila berinteraksi dengan isterinya?
Aisyah dipanggil dengan nama "Humaira". Apabila Rasulullah minum air
dalam cawan yang dikongsi bersama dengan isterinya, Baginda akan minum
tempat mana Aisyah minum.
Beliau amat pelembut dengan isteri-isterinya dan sering membantu kerja-kerja isterinya di rumah.
Kita sering dengar Hassan Al-Banna sebagai seorang pendakwah hebat.
Buku Cinta di Rumah Hassan Al-Banna sepatutnya di baca oleh setiap bapa
yang hendak menggelarkan dirinya pejuang Islam. Begitu romantis sekali
kehidupan mereka suami isteri. Pernah suatu ketika rakan-rakannya
datang ke rumah pada waktu malam. Isterinya sedang tidur. Beliau
menyediakan makan minum untuk rakan-rakannya kerana tidak mahu
menyusahkan isterinya yang sedang tidur lena.
Pada hemat saya yang dhaif ini, jika kita pasangkan niat benar-benar
berkahwin kerana hendak menyambung kerja-kerja dakwah yang sudah kita
mulai semasa muda dan kita bernekad memastikan isteri kita itu berada
dalam soff dakwah, InsyaAllah kita akan mampu untuk menjadikan medan di
rumah itu sebagai medan amal dan dakwah.
Dengan izin Allah, isteri akan dijadikan sebagai rakan kongsi dalam
menyelesaikan permasalahan dakwah kita. Dia akan menjadi sumber rujukan
apabila kita kebuntuan dalam menjalan kerja-kerja dakwah kita.
Akhirnya kerja-kerja dakwah kita akan menjadi ringan. Dan natijahnya
kasih sayang yang berputik masa mula-mula mendirikan rumah tangga akan
terus mekar sehingga akhir hayat kita.
Tetapi jika rumah tangga porak peranda, hubungan menjadi hambar,
perjuangan isteri hanya tinggal di dapor sahaja bagi menyediakan makan
minum kita dan anak beranak, perbincangan di rumah tidak lebih dari
perkara-perkara duniawi sahaja. Kerja-kerja dakwah kita akan mudah
terbantut dan silap silap gaya terkubur dengan masalah di rumah.
-
Artikel iluvislam.com