Hari ini 19hb Ogos 2007. Hari yang dinanti-nanti untuk menyambut kepulangan Kak Long bercuti selepas pergi menuntut di Jordan pada September 2005. 2 tahun adik2 tak jumpa kak long, semasa kak long pergi dahulu, semua kecik-kecik lagi.... sekarang semua adik2 bujang kak long dah tinggi melangit, semua dah tinggi dari kak long... Selepas solat subuh, bersama hubby tersayang, saya ke pasar. Kak long dah pesan nak makan seafood, jadi hari ini selain ikan, kami pun pergi mencari udang, sotong dan ketam. Tapi hanya beli udang dan sotong sahaja sebab tgk ketam tak berapa elok, ringan sahaja... nanti lebih kulit dari isi. Bila di jentik2 pun pd cengkerangnya, bunyi lompong saja...itu bermakna isi nya tak padat...kemudian baru teringat ... laa hari ni baru 6 sya'aban, awal bulan..patut lah rasa ringan sahaja... (haa...ini petua yg saya dapat dari orang2 tua... tapi mmg selalu betul...wallahualam. Orang tua kata, kalau nak beli ketam, beli semasa bulan penuh, iaitu semasa bulan mengambang penuh. baru lah isi ketam tu padat dan penuh...!!) Balik dari pasar, masaklah ikan, sayur campur udang, dan sotong. Kak Long kata flight tiba KLIA pukul 2pm, so estimate masa kalau dari Shah Alam lebih kurang 45minit sampai, so pukul 1pm pun boleh bertolak. Ammar, Zubair dan Hana nak ikut pergi KLIA, Mu'adz demam so dia tinggal dengan Anas di rumah. Sebelum bertolak ke KLIA, bagi anak2 makan kenyang-kenyang dulu... ini strategi kalau nak pergi KLIA, sbb kalau tidak teruk jugak nak beli makanan dan minuman kat sana, mahal....kalau dia orang dah kenyang, taklah mintak beli itu ini kat sana... hehehe...
sampai KLIA tepat pukul 2pm... tgk kat monitor, alamak flight Ettihad dari Abu Dhabi delayed!!! tak tahulah berapa lama delayed...so...jalan2 round tgk kedai2 kat situ...si Hana nampak kedai cokelat...apa lagi..."ummi nak cokelat!!!" hurm...kenalah belikan dia cokelat sikit... bagi tau Hana, "nanti kak long kan bawa balik cokelat dari Jordan, lagi sedap...!!!" so...dia pun tak lah buat hal...Alhamdulillah.
sempat lagi Hana dan Zubair posing semasa sedang menunggu.
Tiba-tiba Ammar bagi tau, "Ummi, flight kak long dah landed.." Berdebar-debar.... tapi....lamanya tunggu tak keluar-keluar.... Hana pun dah tak sabar, "Mana Kak long ni, tak keluar lagi ke ummi?" Saya pun hantar sms pada kak long, dia pun balas, "tengah tunggu beg nih, beg tak keluar lagik...." Biasalah...aku dulu pun pernah tunggu beg sampai lebih setengah jam...
sambil diri di balai ketibaan tu, aku lihat ramai jugak orang sedang tunggu, aku pun tanya kakak kat sebelah, "Tunggu siapa", dia pun jawab, "tunggu anak balik dari Jordan"... mmg ramai ibu bapa sedang tunggu anak mereka. Tiba2 ternampak Sharipah, kawan dan jiran. Pelik jugak sbb setahu aku anak dia yang sulung baru sekolah rendah...terus pergi jumpa dia, "Assalamualaikum Pah, tunggu siapa?" Pah pun menjawab, "Tunggu anak saudara dari Jordan..anak kakak tu...dia dari Muar..." oooo
kemudian baru aku diberitahu oleh kak long, satu flight dgn dia yg paling ramai student medic dari Jordan...46 orang!!!
Tiba-tiba Hana dan Zubair menjerit, " Ummi !.... tu kak long...!!!!" Aku pun menoleh, nampak lah kak long sedang mengheret troli keluar dari pintu ketibaan. Alamak...kurusnya kak long.... Kesian anak ummi, teruk sangat ke study medic... mmg nampak kurus, ke rindu kat orang kat Malaysia....sambil diri di balai ketibaan tu, aku lihat ramai jugak orang sedang tunggu, aku pun tanya kakak kat sebelah, "Tunggu siapa", dia pun jawab, "tunggu anak balik dari Jordan"... mmg ramai ibu bapa sedang tunggu anak mereka. Tiba2 ternampak Sharipah, kawan dan jiran. Pelik jugak sbb setahu aku anak dia yang sulung baru sekolah rendah...terus pergi jumpa dia, "Assalamualaikum Pah, tunggu siapa?" Pah pun menjawab, "Tunggu anak saudara dari Jordan..anak kakak tu...dia dari Muar..." oooo
kemudian baru aku diberitahu oleh kak long, satu flight dgn dia yg paling ramai student medic dari Jordan...46 orang!!!
soo...azam kak long, nak makan banyak2 sebulan nih semasa kat malaysia, nak naikkan berat badan ...percaya tak? berat dia kurang dari 40 kg!!!???
Sampai di rumah, Hana dan Zubair tak sabar-sabar nak tengok apa yang kak long bawak balik. Cepat lah bukak beg kak long....kata Hana... hurm...
Apa-apa pun Alhamdulillah aku panjatkan kpd Allah swt sbb anak ku selamat sampai ke Malaysia.

